KLiK untuk Deklarasi Rakyat

Monday, August 29, 2016

dinturtle

Mukhriz - Najib Sendiri Yang Sebenarnya Telah Melemahkan Parti dan Kerajaan ( video )



Berikut adalah respon terbaru dari Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang membingungkan rakyat baru2 ini yang mencabar pengkritik supaya melawan beliau dalam pemilihan Umno, melabel pengkritik beliau sebagai pengkhianat parti dan mengungkit jasa2 lama Umno.



KLiK untuk ke Youtube

- Semua pemimpin2 Umno yang kritikal terhadap Presiden telah diambil tindakan

- Bagaimana Najib boleh cabar sesiapa pun untuk tanding lawan Presiden walhal semua pihak yang kritikal terhadap salahlakunya telah dibuang

- Najib gambarkan mereka yang mengkritik beliau sebagai mengkhianati parti. 

- Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

- Apabila seseorang itu mengkritik Presiden, tak semestinya dia mengkhianati parti malah sebaliknya ini semua dilakukan untuk menyelamatkan parti

- bagaimana nak memperkuatkan kedudukan parti sekiranya presiden sendiri menimbulkan masalah dan ditolak oleh rakyat ?

- Najib tuduh kita sengaja hilang nilai persahabatan dalam perjuangan dan tidak mempertahankan parti ... Kenyataan tak masuk akal

- Sebenarnya Najib sendiri yang telah melemahkan Umno

- Najib tuduh kita mengkhianati Umno dengan menubuhkan parti baru .... semua yang terlibat dalam penubuhan parti baru adalah mereka yang telah dipecat oleh Najib.

Tidak timbul isu menubuhkan parti baru ketika kami masih menjadi ahli Umno sebaliknya akibat tindakan Najiblah maka parti baru mahu ditubuhkan

- Najib mengungkit jasa2 Umno kepada negara dan seharusnya rakyat terus menyokong Umno ...

- Apa yang dimaksudkan sebagai jasa Umno itu adalah ketika sebelum Najib jadi Presiden. 

- Hasil wawasan kepimpinan Umno dulu .. dari Dato Onn hinggalah Paklah termasuk Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri ... 

- Najib seolah menidakkan sumbangan dan gerakerja yang telah dilakukan. Rakyat sedia maklum mereka yang telah berjasa melalui Umno ini telah dipecat atau keluar dan mereka ini ingin terus berkhidmat di bawah gagasan baru yang diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

                             **************************

Cuba kita imbas kembali semua isu2 yang ditimbulkan rakyat ketika ini ..... hampir SEMUANYA adalah berkaitan dengan tindakan peribadi Najib. Yang dipecat dan keluar parti pun disebabkan mereka menegur Najib.

Semua masalah ditimbulkan oleh Najib dan Rosmah tapi dikaitkan dengan parti dan baru2 ini dikaitkan dengan maruah bangsa dan negara. Habis porak peranda dibuatnya Umno dan agensi2 kerajaan dan pihak berkuasa juga turut dilibatkan ... sehinggakan kredibiliti pelbagai pihak rosak akibat Najib dan Rosmah.

Seperti kata Mukhriz di atas - 

Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

Malangnyalah nasib parti yang sekian lama dipandang tinggi oleh rakyat, hanya menunggu masa saja untuk ditolak oleh rakyat ..... Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Itulah jasa dan legasi Najib yang akan dikenang oleh generasi akan datang ... menjadi case study pelbagai pihak di seluruh dunia sebagai contoh yang harus dijauhi.

Kita beruntung (?) kerana menjadi saksi ketika sejarah diukir.
Read More
dinturtle

Benarkah Tun Mahathir Mohon Maaf Kerana Pinda Perlembagaan ?

Kali ini saya ulas sedikit apa yang ramai baca sebagai Tun Minta Maaf kerana meminda perlembagaan seterusnya mengekang kuasa YDP Agong. Kelakar bila baca para balaci dan macai Najib menyindir2 kenyataan maaf Tun itu sepertimana tajuk artikel Chedet 4 hari lepas ( Apology ).

Contohnya Teuku Adnan yang dilaporkan Mkini -

"Saya pun tak faham Dr Mahathir.

"Dulu dia buat (pinda perlembagaan untuk hadkan kuasa sultan), dia juga suruh kita sokong.

"Sekarang ni bila dia tengok benda ini tak memihak kepada dia, dia kata dia salah," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Kononnya Teuku Adnan nak kata yang Tun Mahathir ni jenis yang flip flop macam Najib, sering ubah2 kenyataan mengikut kepentingan diri. 

Begitu juga balaci2 dan cai2 Najib yang lain, riuh rendah menyindir Tun yang dikatakan telah meminta maaf, seolah menyesal tindakannya dahulu itu.

Terlebih dahulu saya nak tanya - Anda dah baca ke belum artikel Chedet berkenaan ? Ada dua versi Melayu dan Omputih. Faham tak apa yang Tun tulis itu ?

Ahli2 Umno memang semua sedia maklum mereka agak kurang membaca sebab itu amat mudah nak diheret ke mana2 saja contohnya kumpulan yang sokong Baju Merah mahu lawan Bersih, padahal ramai yang hadir tidak tahu apa2 pun isu sebenar berkaitan DOJ atau 1MDB ( KLiK )

Otak beku belaka. Sebab itu senang sangat diperdaya oleh kepimpinan Umno kononnya DOJ juga turut berkomplot nak tumbangkan kerajaan Melayu, nak bunuh Melayu.

Samalah dengan tafsiran mereka mengenai artikel Apology Chedet. Saya percaya mereka hanya baca tajuk saja dan bila lihat artikel itu panjang, terus otak beku mereka jadi kejang. Tak boleh nak baca apatah lagi cuba memahami apa yang Tun cuba sampaikan.

Saya boleh bayangkan Tun Mahathir tersenyum melihatkan para balaci Najib melompat2 dek kerana perkataan Mohon Maaf yang dijadikan tajuk artikel itu.


Cuba fahami perenggan pertama artikel Tun itu -

1. Saya ingin memohon maaf kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Kononnya disebabkan pindaan ini, maka Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru telah dapat dikuatkuasakan walaupun tidak mendapat tandatangan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

KONONNYA .... ? Baca pula perenggan terakhir ....


23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Tun sebenarnya bukan meminta maaf kerana tindakannya membuat pindaan perlembagaan tersebut tapi Tun mohon maaf kerana membiarkan tindakan itu terbuka kepada tafsiran berbeza !


Selain dari dua perenggan itu, keseluruhan artikel Apology merupakan SATU PENJELASAN kepada tindakan beliau meminda perlembagaan itu. Tun menjelaskan pindaan yang beliau buat itu TIDAK TERMASUK 30 perkara yang tersenarai dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri.


Maknanya BUKAN SEMUA perkara PM dan kerajaan boleh redah begitu saja tanpa memohon persetujuan dari YDP Agong.

Ini termasuk kuasa mengisytiharkan darurat sepertimana yang cuba dirampas oleh Najib melalui Akta MKN 2016


7. Selain tidak menjadi keperluan, Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru yang memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

8. Jelas sekali Akta Majlis Keselamatan Negara ini, menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.

11. Apabila Kerajaan mengenepikan permintaan Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta Majlis Keselamatan Negara diperhalusi dan disemak semula, maka jelas sekali pindaaan tersebut tidak mematuhi Perlembagaan. Oleh itu Akta Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang.

BUKAN SEMUA perkara YDP Agong perlu mendapat persetujuan atau nasihat daripada PM. Perkara2 itu adalah HAK MUTLAK YDP Agong dan untuk kerajaan mengambilalih hak ke atas perkara2 tersebut, persetujuan dari Majlis Raja2 dan YDP Agong perlua diperolehi terlebih dahulu.

Dan perkara2 itu TIDAK terangkum dalam apa yang dipinda oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Begitu juga dengan hak YDP Agong untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicaranya. 

16. Yang di-Pertuan Agong jelas sekali mempunyai hak untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan Yang di-Pertuan Agong, maka calon tersebut terpaksa berhenti daripada menjadi Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon yang baru.

Tun Mahathir turut menyebut soal Laporan Ketua Audit yang mana mengikut perlembagaan -


(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan- laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.


bacalah artikel Chedet itu perlahan2 dan saya percaya, anda juga akan turut bersetuju bahawa Tun Mahathir sebenarnya BUKAN memohon maaf kerana tindakannya dulu yang telah meminta perlembagaan TAPI Tun mohon maaf kerana tindakannya itu terbuka kepada SALAH TAFSIRAN  seperti yang sedang dilakukan oleh Najib.


21. Seperti yang saya katakan dari awal lagi, pindaan kepada Perlembagaan yang menyebabkan persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan bukanlah secara menyeluruh. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih lagi diperlukan jika Akta yang dicadangkan menyentuh kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Dan Akta Majlis Keselamatan Negara jelas memberi kesan ke atas kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat, yang mana kuasa tersebut tidak lagi bermakna. Untuk Akta ini, persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.


                                        ******************************

Najib ada berikan responnya kepada kritikan Tun Mahathir -

"Saya telah tegaskan bahawa keputusan yang saya ambil ketika memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 adalah demi keselamatan negara," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter hari ini.

"Ada yang tuduh saya ingin guna kuasa dan Akta ini untuk kepentingan diri.

"Namun rakyat perlu ingat, setiap keputusan yang dibuat kerajaan tidak pernah bersifat peribadi.

"Apa yang lebih penting adalah melindungi rakyat serta kedaulatan negara daripada sebarang ancaman," kata beliau. ( Sinar )


Tapi Najib tidak terang dari segi mana yang Akta MKN itu digubal dengan meletakkan hak mengisytiharkan darurat kepada PM sebagai 'atas kepentingan negara' ?

Najib hanya mahu rakyat TERIMA BODOH apa saja tindakannya. Jangan banyak tanya, ikut saja !

Dengan ahli2 Umno bolehlah tapi dengan rakyat yang semakin cerdik dan pandai menilai, mereka mahukan penjelasan.


Dan bab beri penjelasan ini Najib ternyata lemah .... kenapa ek ? 
Read More

Sunday, August 28, 2016

dinturtle

Cabaran Najib - Kesan Sampingan Hormon Anti Tua Atau Memang Serius ?

Ramai yang gelak berguling2 bila baca berita di bawah semalam. Panglima Bugis berdiri megah ditengah2 halilintar sambil melontarkan cabaran kepada sesiapa yang berada dalam kapalnya yang layarnya berkibar megah tapi sauhnya dilabuhkan - 

"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam Umno tapi jangan runtuhkan Umno,"


Sinar
Mamat ni dah blur ke apa ? Ke kesan terlalu banyak suntikan botox dan hormon anti penuaan ? 

Siapa lagi yang nak cabar dia bila semua yang tak setuju dengannya telah dibuang atau digantung keahlian mereka ?

Masa pencabar masih ada, takde pulak Najib nak cabar sebegitu .... malahan ditundanya Pemilihan. Ker Najib buat2 lupa semua tu .... jadi masa berucap tu, dia perasan dirinya begitu berani la ! Hahaha .....

Tapi cuba baca balik perenggan pertama laporan Sinar itu ( harap betullah apa yang wartawan tu tulis ) -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar mana-mana pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Benarkah Najib merujuk kepada Muhyiddin dan/atau Tun Mahathir melalui cabarannya itu ? .... mana-mana pihak DALAM Umno ....

DALAM Umno ! Takkan Najib lupa yang Muhyiddin dah dipecat keahlian sementara Tun pula telah sukarela keluar parti ? Kan baru lagi Muhyiddin dipecat. Takkan teruk sangat kesan sampingan botox dan hormon hingga boleh jadi pelupa ? Najib nyanyuk ? Noooooo.... lah. Impossible.

So .... kalau Najib sedar dan faham apa yang diucapnya, SIAPAKAH orangnya yang DI DALAM Umno yang Najib tujukan cabaran itu ?

Mat Maslan ? KJ ? Teuku Adnan ? Ku Li ? Mat Maslan ? Atau ...... ZAHID ?


Zahid ? ? Orang nombor dua nya yang beliau lantik menggantikan tempat Muhyiddin, siapa lagi yang layak untuk mencabar Najib ? ..... Apakah Zahid sudah mahu mencabar kedudukan Raja Wang Umno ? Dan Najib pula sudah dengar khabar2 angin itu lantas melontarkan cabaran kepada DALAMAN UMNO  yang mahu menjatuhkannya dari takhta ?


Menarik ni ...... 

Kalau hujah ini salah, maknanya benarlah Najib ni blur ?
Read More

Saturday, August 27, 2016

dinturtle

Semuanya Ada Dalam Bersatu - Muhyiddin @ Ketereh


Berikut adalah rakaman penuh ucapan Muhyiddin semalam di Majlis Bicara Rakyat Ketereh, Kelantan yang mendapat sambutan hangat dari rakyat Kelantan.

Sebelum itu, satu segmen video di mana Muhyiddin memberi keyakinan  kepada rakyat akan prinsip2 perjuangan Bersatu ( KLiK ) yang merangkumi apa yang dicari oleh rakyat dalam sebuah parti politik.



KLiK untuk ke Youtube

- membela kedudukan Raja2 Melayu 

-  membela hak istimewa orang Melayu

- menjamin hak kaum lain

- kedudukan agama Islam

- memperbetulkan institusi2 kerajaan

- memperbaiki sistem2 dalam negara yang telah rosak

- menentang rasuah, salahguna kuasa



Video Penuh






KLiK untuk ke Youtube



Read More
dinturtle

Ooooo Najib, Pimpinlah Kami Semua Ke Neraka ! - Tun Mahathir @ Ketereh



TAHNIAH rakyat Kelantan sekitar Ketereh yang hadir begitu ramai ke Mini Stadium Ketereh semalam untuk bersama2 dengan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz dalam program Bicara Rakyat.

Dianggarkan lebih 7 ribu hadir semalam dan kelihatan ramai juga yang mengikuti program dikeliling pagar stadium, mungkin takut untuk dilihat berada dalam stadium.

Muhyiddin begitu bersemangat sekali berucap dan antara ucapan beliau yang terbaik setakat ini dalam siri ceramah sejak akhir2 ini. Akan saya upload sepenuhnya ucapan Muhyiddin nanti.

Kali ini saya nak kongsi satu segmen dari ucapan Tun Mahathir yang pastinya buat balaca dan macai2 Umno terkedu !

Oooh Najib, Pimpinlah Kami Semua Ke Neraka !




KLiK untuk ke Youtube

Sebagai seorang yang memimpin BN ( selama 22 tahun ) saya sedih tetapi perasaan sedih tidak boleh mengatasi perasaan bertanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka menyeleweng ..... dan tidak lagi patuh kepada asas perjuangan Umno atau pun BN.

Mereka kini berjuang untuk DS Najib. Umno sudah tidak ada..... Umno sudah tidak ada. Yang ada ialah Parti DS Najib..... hasil daripada suapan dedak.

( hasil dari makan dedak Najib ) ahli dan pemimpin nak buka mulut pun tak boleh. Bila buka mulut saja ... Ooo Najib... Najib ... Najib.. Pimpinlah kami semua ke neraka ! Inilah Umno yang ada sekarang.

Sebab itu walaupun saya sedih, tetapi saya harus terima hakikat yang sebenar. Ini bukan parti yang berjuang untuk negara, yang berjuang untuk bangsa, yang berjuang untuk orang Melayu .. Tidak lagi.

Parti ini mesti dikalahkan ! Dan untuk mengalahkan parti ini, kita perlu sebuah parti yang lebih kuat daripada Umno ... ( hadirin menjerit Bersatu ! ) yaaa.... Bersatu !

PS - TAHNIAH juga kepada penganjur Gerakan Melayu BerMaruah ( GMB ) di atas kejayaan menganjur majlis semalam
Read More

Friday, August 26, 2016

dinturtle

Bicara Rakyat Tun Mahathir di Ketereh Secara LIVE


Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar persediaan Majlis Bicara Rakyat bersama Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz di Ketereh, Kelantan.

Harap cuaca elok ... sebab hujan setiap malam ketika ini.

Terimakasih kepada budak2 Umno yang turut mengajak orangramai ke lokasi sama walaupun bersebelahan untuk ke majlis dikir barat mereka. Yang tidak tahu tentang kehadiran Tun, akan tahu dan mungkin akan ikut teruja sama mahu mendengar amanat dari Tun. Setakat dikir tu, lain kali pun boleh dengar.  Sebab lepas ni penganjur GMB akan anjur lagi majlis2 seumpama, so budak2 Annuar Musa akan buat lagi program2 dikir untuk beri saingan. Untunglah rakyat Kelantan .....

Kepada rakyat Malaysia seluruhnya, jangan lupa untuk saksikan secara LIVE streaming Bicara Rakyat Tun Mahathir dengan klik link di bawah. Sebar dan kongsikan link itu.

Terimakasih kepada pihak GHBMedia yang menyediakan khidmat LIVE.



http://www.tinyurl.com/mediaghb
Read More

Thursday, August 25, 2016

dinturtle

Bicara Rakyat Tun M Ketereh - Usaha Umno Sabotaj MEMALUKAN ! !

Baru je semalam saya minta Umno Ketereh supaya mengambil sikap Gentleman ketika majlis Bicara Rakyat Tun Mahathir berlangsung pada hari esok ( Jumaat 26/8 jam 9 malam ), dan jangan bersikap budak2 cuba mensabotaj majlis itu.

Ini yang terbaru diedarkan semalam oleh Umno Ketereh -


Tu dia... tukang2 karut tersohor dikumpulkan .... biasa konsert dikir macam ni akan dikenakan caj tapi kali ini percuma, siap ada hadiah cabutan lagi. Semuanya disusun disaat akhir.

Setakat buat majlis saingan pada hari sama dan waktu yang sama. OK lagi. Takde masalah .Biasa dah benda2 macam ni berlaku di mana2 program Tun Mahathir pun tapi orang tetap ramai untuk bersama Tun Mahathir.

Tapi kali ini benar2 tampak mahu mensabotaj majlis Tun secara terang tanpa segan silu lagi dah. Perhatikan kedudukan kedua lokasi melalui peta google earth di bawah -






Bersebelahan dengan jarak tak sampai 200 meter antara Mini Stadium ( majlis Tun ) dengan SK Seri Ketereh ( Dikir Barat ) !

Kita boleh bayangkan kekuatan loudspeaker yang akan puak Umno gunakan untuk persembahan Dikir mereka....  

Tidakkah itu bakal menganggu majlis Bicara Rakyat Tun Mahathir ! ?

Tidakkah itu boleh dilihat sebagai satu bentuk provokasi yang bakal mengundang sesuatu yang tidak diingini berlaku antara penyokong kedua belah pihak ?

Apakah sudah tidak ada tempat lain di Ketereh ( kalau nak buat juga di Ketereh ) untuk majlis Dikir Barat tanpa menganggu majlis orang lain ? 



Ada .... lihat peta yang lebih besar di atas. A adalah mini stadium ( Majlis Tun ), B adalah SK Seri Ketereh ( majlis Dikir ) dan C adalah SK Ketereh. 

Kalau nak buat juga di Ketereh kan ada sebuah lagi sekolah SK Ketereh (C) yang kedudukannya agak jauh sedikit dari lokasi majlis Tun ? Kenapa nak buat juga pada waktu sama dan bersebelahan dengan lokasi Tun sedangkan ada lagi lokasi lain yang serupa tidak jauh dari situ ? 

KECUALI memang niat Umno Ketereh sengaja mahu mensabotaj majlis Tun !

Takkan Umno Ketereh TAKUT pada Tun Mahathir, orang tua 91 tahun yang baling gelas pun tak pecah ? ?

Rasanya kalau dulu cara sabotaj begini sering dikaitkan dengan cara pembangkang tapi tak sangka pula kini Umno pula yang meniru cara kebudak2an itu.

Umno Ketereh MEMALUKAN !

Oya, siapa KB Umno Ketereh ? Bukankah Ketua Penerangan Umno iaitu TS Annuar Musa ? Malulah Annuar weh .....




Dan tolong jangan bagi alasan tidak tahu kerana sudah ada bukti yang menunjukkan Annuar TAHU mengenai majlis sabotaj ini.
Read More