KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, February 18, 2016

dinturtle

Amaran Dari Zeti / Bom Baru Dari WSJ !

Ada 4 berita yang saya ingin komen kali ini. Menariknya, jika dipadankan jadi dua set, ia mampu beri satu sudut pandangan baru kepada berita yang dilaporkan.

SET 1 

Zeti yang nak bersara pada 30 April ini, memberi jaminan tidak akan diterajui oleh mana-mana ahli politik selepas dirinya berundur. 


Mkini


"BNM telah menikmati (kebebasan) dan mempunyai rekod prestasi yang positif," 

"Malah institusi kewangan juga tidak mempunyai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah, (ini) lebih-lebih lagi bagi bank pusat,"


Nampaknya bagi Zeti, campurtangan orang politik harus dielakkan dalam urusan kewangan negara. Kenapa ek ? Jika kesannya negatif, bagaimana pula campurtangan orang politik dalam GLC yang melibatkan komitmen kerajaan dalam urusniaga kewangan yang besar ? Contohnya ..... 1MDB.


Apapun, kenyataan Zeti di atas bunyinya macam biasa jer  .......

Keesokannya, Najib pula keluarkan kenyataan yang kerajaan akan putuskan dalam waktu terdekat siapa pengganti Zeti sebagai Gabenor Bank Negara, bila ditanya mengenai kenyataan Zeti di atas.

So .... apa kaitannya kedua berita di atas ?

Well .... saya melihat kenyataan Zeti lebih kepada MENCEGAH perkara itu dari berlaku ! Sebagai satu peringatan kepada Najib supaya jangan masuk campur urusan Bank Negara dengan meletakkan balacinya di situ sebaliknya menyerahkan urusan Bank Negara kepada mereka yang pakar dalam bidang berkaitan.

Sekiranya diletakkan orang politik menerajui BNM, sudah pasti kewangan negara bakal hancur ! 

TerimaKasih Zeti di atas amaran awal itu. Sekarang berpandukan kenyataan Zeti, rakyat akan beri lebih perhatian kepada calon yang bakal menjadi Gabenor BNM yang baru.


SET 2

Peguam Negara ( AG ) telah membatalkan pertemuan dengan panel SPRM di saat akhir. Sepatutnya diadakan pada pukul 3 petang tadi. Pertemuan adalah berkaitan keputusan AG dalam kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC bulan lepas.

Teringat kita pada Nothing To Hide .......

Menurut seorang ahli panel, "Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat menemui beliau (selepas ini), kerana penggal kami dijadualkan tamat sebelum akhir bulan ini," - Mkini.

Apakah AG sengaja mahu menunda pertemuan itu sehingga perlantikan baru ahli panel SPRM ?

Kita harap, janganlah ..... sebab trend menukar orang baru atau ahli panel baru ditengah jalan dah kerap berlaku akhir2 ini dan mungkin secara kebetulan, orang2 baru itu semuanya nampak macam berpihak kepada Najib jer .....

TAPI saya lebih suka kaitkan berita itu dengan berita terbaru dari Mkini yang memetik laporan WSJ ini -

Mkini

Editor kewangannya, Ken Brown berkata demikian ketika ditemu bual oleh rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu.

"Laporan kami telah berbulan-bulan menunjukkan bahawa wang itu bukannya dari Arab Saudi, tetapi melalui sekumpulan syarikat dan akaun-akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.

"Dan awak juga tahu, sehingga kini, laporan kami belum dipersoalkan lagi dan kami mempunyai banyak bukti untuk menyokongnya,"


Bukan nak kata yang AG takut kepada WSJ. Tapi ayat  " kami mempunyai banyak bukti ... " itu yang menarik !

Goyang beb ....... 

Rakyat tertanya2 kenapa AG atau Najib tidak mahu tampil berikan penjelasan kepada banyak persoalan yang masih tergantung berkaitan keputusan AG bulan lalu itu. 

Mereka lebih cepat menuntut rakyat supaya melupakan semuanya dan bila rakyat terus mempertikaikan keputusan AG, mereka memikirkan cara untuk menutup mulut rakyat pula.

Semua itu lebih kepada MENGELAK dari memberi penjelasan tuntas kepada isu RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC. 

WHY ? Anything To Hide ? 

Kalau Nothing To Hide, tampil dan jelaskan kepada rakyat !

Itu saja cara terbaik untuk mengembalikan kenyakinan rakyat kepada kerajaan di bawah Najib. Bukannya LARI, ELAK, SPIN, TUTUP MULUT dan GERTAK.

Era kerajaan lebih tahu sudah berlalu ..... begitulah kata Najib waktu mula mengambilalih jawatan PM dari Paklah dulu. Ternyata ...... hampeh !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 20, 2016 at 5:16 PM delete

Rosmah Mansor pengganti TS Zeti?? What say you Jibby...kak mah bukan sekadar housewifey tau...dia pun pakar kira-kira $$$

Reply
avatar