KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, February 29, 2016

dinturtle

Azalina Tuduh Muhyiddin Berkonspirasi - Dari Mana Datangnya 'Bulan Mei ' ? Jangan Fitnah ok .

Dua hari lepas Azalina ada mengeluarkan satu kenyataan menuduh Muhyiddin sebagai bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan penyalahgunaan sistem undang-undang di negara ini dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Paper banyak yang menyiarkan kenyataan penuh Azalina itu yang diedarkan dalam omputih..... saya siarkan semula di bawah -

Astroawani

Pendek kata - Azalina merujuk kepada kenyataan Muhyiddin tentang pertemuan dengan bekas AG Gani Patail di mana Muhyiddin telah ditunjukkan bukti kesalahan jenayah Najib berkaitan isu RM42 juta SRC.

Azalina mendakwa adalah menjadi satu kesalahan jika AG berbincang dengan Muhyiddin apa2 rahsia siasatan dan Azalina juga mempertikaikan bukti itu kerana katanya, waktu itu Task Force yang diwujudkan untuk menyiasat kes berkenaan belum ditubuhkan lagi.

Saya nak tumpukan pada 'bukti' Azalina itu -

7. But, in this case, a charge sheet was said to be drawn up in May 2015 - before the so-called Special Task Force was formed, before the investigation was started in June 2015, and certainly before the Prime Minister was interviewed in December 2015 by the Malaysian Anti-Corruption Commission. This proves that there was a conspiracy.


Kata Azalina, satu kertas pertuduhan telah dirangka pada bulan Mei 2015 sedangkan Task Force hanya memulakan siasatan pada bulan Jun ......

Halo saudara Azalina ! Dari mana saudara dapat maklumat berkaitan kertas pertuduhan ditulis pada bulan Mei ? 

Setahu saya, Muhyiddin TIDAK ADA sebut pun yang beliau berjumpa bekas AG pada bulan Mei. Dalam status FB beliau pun, Muhyiddin hanya sebut -


dari FB Muhyiddin -

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!


Ada Muhyiddin kata pertemuaan itu berlaku pada bulan Mei ?

Sewaktu majlis di Teluk Kemang minggu lepas pun, Muhyiddin ada sebut -





KLiK untuk ke Youtube. 


.... ketika saya masih menjawat jawatan, diberitahu oleh mereka2 yang penting - ( contohnya ) Gabenor Bank Negara, oleh MACC, Chairman atau CEO, oleh bekas Peguam Negara, memberitahu tentang perkembangan2 siasatan. 

Bukan kerana apa, kerana mereka tahu sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya harus tahu apa yang berlaku hal2 sebegini, lebih2 lagi kalau ia menyentuh tentang peribadi dan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. 

Takkan sesuatu berlaku dan saya tidak tahu ? Nanti apa akan dipersoalkan rakyat - apalah Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden tak tahu apa yang berlaku ! 

Sebab itu saya minta diberi maklumat. Dia tak beri semua. Tapi saya diberi banyak juga maklumat, Saya fikir lebih banyak dari apa yang tuan2 tahu.


Bagi saya, OK lah tu. Sebagai no 2, sewajarnya beliau diberikan maklumat dan perkembangan apa2 yang penting berkaitan negara apatahlagi jika ianya berkaitan dengan no 1. Jika berlaku apa2 kepada no 1 contohnya no 1 ditangkap untuk didakwa, no 2 yang akan ganti.  Bukankah itu tergolong dalam apa yang disebut sebagai membantu PM dalam mengurus negara ?

Begitu juga di pihak AG atau Gabenor BNM atau Bos SPRM atau mana2 agensi kerajaan lain,  sewajarnya mereka melapor kepada Timbalan PM perkara2 yang berkait kepentingan negara apatahlagi yang melibatkan PM. Takkan tindakan mereka melapor kepada TPM itu dianggap sebagai satu konspirasi untuk menjatuhkan PM ? Atau menyalahi Akta Rahsia OSA ? Mereka hanya membuat laporan kepada bos mereka. TPM juga bos mereka kan ?

Satu lagi - mana ada Muhyiddin sebut tentang bulan Mei ? ? 

So Azalina, dari mana saudara dapat 'Bulan Mei' itu ?

Berkenaan Kertas Pertuduhan ( Charge Sheet ) itu, berita itu hanya tersebar pada penghujung bulan Julai tahun lepas, sebelum Gani Patail diberhentikan tugas AG. Bukan bulan Mei !

So, Azalina, dari mana saudara dapat "Bulan Mei' itu ?

Saya tidak menolak kemungkinan Azalina selaku orang dalam, berkemungkinan ada maklumat rahsia yang diberikan oleh mereka yang lebih tahu ( samada melanggar OSA wallahualam ), tapi bila kenyataan seperti itu dibuat secara official dan dipetik oleh paper2, ia bakal menjadi satu rekod resmi. 

Maka diharap Azalina dapat berikan penjelasan dari mana datangnya 'Bulan Mei' itu kerana ia menjadi asas utama kepada tuduhan yang beliau lemparkan kepada Muhyiddin sebagaimana disebut dalam kenyataannya, sebagai bukti wujudnya satu konspirasi.

Rakyat ingin tahu perkara sebenar. Jangan sebarang fitnah !  


PS - Sudahkah anda mengundi dalam Bancian PRU14 - Sokong Najib Undi BN ? Jika belum sila KLiK.

Kenyataan Azalina -


1. Former Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin said today that he was briefed by the former Attorney General, when both were in office, about alleged criminal "proof" against the Prime Minister. ‎

2. This is an admission that there was a high-level conspiracy to topple the Prime Minister, in what would have been a coup against democratic process and the decision of the people at the last General Election.

3. Firstly, the fact that a sitting Attorney General was privately briefing and sharing classified legal information with Tan Sri Muhyiddin, a member of Cabinet and UMNO member who clearly had vested interests, is not only unethical but also a breach of the Official Secrets Act.

4. Secondly, how could the Attorney General have had sufficient "proof" to charge the Prime Minister then, when an investigation had not even been launched.

5. Thirdly, is this the same "proof" that the Wall Street Journal referenced when it claimed to have seen confidential documents and used these as the basis to make all sorts of sensational allegations against the Prime Minister.

6. In any judicial system, anywhere in the world, there is a standard process that is followed. If there are allegations against someone, the lawful authorities conduct an investigation, and then - if they still have reason to believe a crime was committed - a charge sheet is drawn up.

7. But, in this case, a charge sheet was said to be drawn up in May 2015 - before the so-called Special Task Force was formed, before the investigation was started in June 2015, and certainly before the Prime Minister was interviewed in December 2015 by the Malaysian Anti-Corruption Commission. This proves that there was a conspiracy.

8. Based on his statement, Tan Sri Muhyiddin is also indirectly questioning the credibility of the current Attorney General and the Malaysian Anti-Corruption Commission.

9. For the record, the sitting A-G, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, on 26th January 2016 cleared the Prime Minister of any wrongdoing regarding the donations. Under Article 145 (3) of the Federal Constitution, it is the AG’s prerogative to start, undertake or stop any proceedings involving offences. The discretionary power given to the Attorney-General under Article 145(3) is absolute and cannot be challenged or replaced by any powers, including the judiciary. So if any quarters are not in agreement with the AG's action in handling a prosecution, they do not have any basis to challenge it. It is important to note that the AG’s decision was made after a detailed investigation from all angles on the report submitted by MACC.
10. So it seems that Tan Sri Muhyiddin was not only in breach of the Official Secrets Act, but was also complicit in a politically-motivated conspiracy to manipulate and abuse our legal system in order to overthrow a democratically elected Prime Minister.

11. Why only now is Tan Sri Muhyiddin making such a confession, just after he was suspended as the Deputy President? What is his hidden motive and agenda? Can his act be seen as abetting since he claims to have information on an alleged criminal act, but did not report to the authorities until today?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
QalamQabut
AUTHOR
February 29, 2016 at 10:37 AM delete

Salam Din,
Alhamdulillah, hidup lagi kamu. Aku ingat dah lupus sebab dapat berita "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara".

Melilau jugak aku, hingga kini baru berjumpa.

Seperti aku cakap di Helen Ang, setiap kali pemakan dedak ni bercakap nak ampu AhJib, ada saja soalan2 baru yg ditimbulkan yg menambah lagi keraguan, menambah lagi kebencian. Tak ada satu pun yg boleh beri penjelasan.

Apa yg dibuat oleh orang lain semua dianggap 'a high-level conspiracy to topple the Prime Minister'. Tetapi apa yg Perdana Menteri buat kepada ahli2 PAC, Peguam Negara, kes MB Trengganu, MB Kedah dll tidak pulak dipanggil 'a high level conspiracy to NOT topple the Prime Minister'

Dan last sekali,'Why only now is Tan Sri Muhyiddin making such a confession, just after he was suspended as the Deputy President? What is his hidden motive and agenda?'
Kenapa saudarai Azalina tak tanya 'Why until now AhJib cannot give satisfactory explanation about 2.6b?'

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 29, 2016 at 11:18 AM delete

Azalina ni is so pathetic. So obvious macai Najib. Takde siapa yg percaya dan dengar apa dia nak cakap pun. Baik dia diam aje.. tapi tak boleh pulakkan.. takut Najib kata bangang pulak and fired her!

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
February 29, 2016 at 11:48 AM delete

Ya, memang dah lama saudara tidak komen :) begitu juga pengomen2 tegar lama yang lain. TerimaKasih for the comeback !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 29, 2016 at 1:36 PM delete

Si Azzalina ni lupa ke bagaimana si najip memfitnah tun m kononnya tun m berkonspirasi dgn agen asing sebarkan maklumat kononnya duit songlap masuk akaun peribadi dia. Akhirnya memang terbukti pun ada billion masuk akaun dia.

Dah la terbukti membohong. Fitnah pulak tun m. Apa punya makhluk la si najip tu.

skrg ni si azzalina ni pulak nak memfitnah? Sebijik mcm si najip tu?

Reply
avatar
aQu LaRa
AUTHOR
February 29, 2016 at 1:49 PM delete

Salam DT

Jenuh mencari, akhirnya ketemu semula..

Pernah dengar cerita 'tidak mudah menangkap pencuri di negeri pencuri'

Di sebuah kampung, seorang pemuda kelihatan dikejar puluhan orang yang ingin menangkapnya. “Pencuri! Dasar pencuri! Gantung, “teriak masyarakat desa ke arah si pemuda. Sepanjang jalan, celaan, hardikan, bahkan pukulan tertuju ke diri si pemuda yang dituduh mencuri. Si pemuda cuma diam pasrah.

Di sebuah balai pertemuan kampung, si pemuda itu diadili. Seorang hakim bertanya, “Mana barang buktinya?” Seorang pegawai kampung menunjukkan sebuah bungkusan. “Ini, Pak!” Tampak dari luar balai desa, beratus-ratus pengunjung terus saja berteriak, “Gantung! Habiskan! “

Entah kenapa, suara jeritan itu tiba-tiba diam ketika hakim membuka bungkusan. “Hmm, apa ini?” Tanya hakim ke si pemuda. Agak lambat, pemuda itu menjawab, “Gelas emas, Tuan!” Sebuah benda berwarna emas menyerupai gelas besar antik. Gelas emas itu jelas bukan barang sembarangan. Persis seperti barangan kerajaan beratus-ratus tahun lalu. Nampaknya, pengunjung yang sebahagian besar petani miskin begitu takjub dengan barang bukti itu.

“Dari mana kamu dapatkan benda ini?” Tanya hakim kemudian. “Rahsia!” Jawab si pemuda spontan. “Kenapa?” Tanya hakim lagi. “Kerana di sana masih banyak yang lebih bagus,” jawab si pemuda mantap. “Kalau begitu, kamu akan dihukum gantung!” Gertak si hakim. “Sila! “Ucap si pemuda lagi dengan tenang.

Tapi, si hakim mula bimbang. “Baiklah. Apa syaratnya agar kami boleh tahu lokasi emas-emas itu? “Tanya si hakim secara diplomatik. Si pemuda mula berfikir. Tidak lama kemudian, dia berkata, “Bebaskan saya.” Semua pengunjung spontan berteriak, “Huuuuuuu!”

Malamnya, si pemuda termenung dalam penjara ketika sang hakim tiba-tiba di hadapannya. Ia agak terkejut. “Tuan Hakim? “Suaranya spontan.” Esok, aku akan membebaskan kamu dari semua tuntutan. Asal kamu ceritakan di mana emas-emas itu berada, “ucap si hakim agak berbisik.

“Hm,” suara lain tiba-tiba menelusup. Ketua keselamatan tiba-tiba sudah berada di belakang hakim. “Tidak semudah itu. Aku saksi yang boleh memberatkan! “Ucap ketua keselamatan agak mengancam. Si hakim mula berfikir. “Baiklah. Bagaimana kalau kita kerjasama? “Suara hakim ke arah ketua keselamatan.” Setuju! “

Tiba -tiba, seseorang masuk ke lokasi penjara. Seorang pembantu ketua kampung menyampaikan surat. Isinya, ketua kampung ingin bertemu dengan si pemuda malam ini juga. Empat mata. Hakim dan ketua keselamatan terdiam. Wajah mereka agak pucat.

Di rumah ketua kampung, si pemuda dijamu dengan begitu istimewa. Dia kelihatan gembira. “Jangan kuatir. Kamu akan saya jamin bebas! “Ucap ketua kampunga penuh wibawa. “Jadi, di mana barang itu … ..”

Belum lagi habis ucapan ketua kampung, beratus-ratus orang berdemo persis di depan rumah. Ada yang membawa parang, besi, potongan kayu, dan batu. Mereka berteriak berulang-ulang, “Bebaskan dia. Bebaskan pemuda itu. Dia tidak bersalah! “

Ternyata, tidak mudah menangkap pencuri di negeri pencuri.

Rohani A. Ghani

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 29, 2016 at 1:58 PM delete

Bagi saya senang saja. Azalina ada mengugut TSMY supaya JANGAN membocorkan kandungan pertemuan TSMY dgn 4 agensi task force tu iaitu IGP, Gani Patail, MACC dan Zeti Aziz. Apa maksud ugutan Azalina ni? Maksudnya Najib MEMANG ada buat jenayah dan pertuduhan telah dibuktikan (BEYOND RESONABLE DOUBT) oleh keempat2 agensi tersebut. Kenyataan Azalina sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri, terutama Najib. Saya rasa Najib kalau sedar perkara ni mungkin tak boleh tidur malam.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
February 29, 2016 at 5:24 PM delete

Salam brother Din...

Masih masih ingat lagi Azalina ini awal kemunculannya adalah dalam satu program bual-bicara NTV7. She memang jenis 'lebih sudu dari kuah', padahal waktu itu sekadar peguam junior je.

Ingat juga waktu itu bicara beliau lebih menghentam kerajaan sahaja, zaman Tun Mahathir PM. Rupanya hingga kini masih berterusan hetam Tun. Apa la 'geram' si anak dara ini yea...!

Berita terbaru dari Putrajaya, Tun keluar dari UMNO.

Reply
avatar