KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, February 28, 2016

dinturtle

Bila Muhyiddin Ungkit Balik Kes RM42 Juta SRC .......



Kenyataan Muhyiddin selepas digantung jawatan, yang ada kaitan dana SRC RM42 juta menarik perhatian rakyat untuk dikaji semula penjelasan AG yang telah membebaskan Najib dari sebarang pertuduhan. 

Apa yang Muhyiddin kata -

- Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya

- ..... Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh.

Kita baca balik keputusan AG berkaitan duit SRC ini -


a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;

b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan

c. Keterangan menunjukkan pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.



- Kenyataan AG di atas langsung tidak sebut secara direct bahawa MEMANG ADA RM42 juta masuk dalam akaun Najib. 

- Apakah RM42 juta itu dari SRC ? Persoalan ini dibiarkan tergantung oleh AG ! AG cuma sebut yang kononnya Najib tidak tahu ada kemasukan wang SRC kedalam akaunnya. 

- Kemungkinan wang itu dari SRC tetap ada ! Cuma Najib tidak tahu saja.

- Tidak ada alasan diberikan oleh AG tentang kemasukan RM42 juta ke dalam akaun Najib. Dari mana datangnya RM42 juta yang muncul dalam akaun Najib ? Kenapa tidak dijelaskan oleh AG ?

- Yang Najib tahu cuma - Dalam akaunnya ADA WANG BANYAK. Tidak ada penjelasan dari AG kenapa penerimaan  RM42 juta oleh Najib dan seterusnya dibelanjakan oleh Najib itu, dianggap sebagai tidak bersalah

- Hanya kerana Najib kata yang dia fikirkan duit itu adalah sebahagian dari derma  ( yang sudah dipulangkan sepenuhnya sebelum itu lagi ), maka bagi AG, kes perlu ditutup ! 

Bila Najib dapat duit RM42 juta, waktu sama ada pihak yang kekurangan RM42 juta ( pihak yang berikan duit itu ). Siapa dia ? Untuk apa diberikan ? Apakah ia satu kecurian ? Dah repot Polis ? Siapa yang curi ? Najibkah yang curi ? Kalau bukan curi, apakah penjelasannya ?

Bagaimana dengan akaun SRC pula ? Bukankah ada ditunjukkan kekurangan RM42 juta ? Apakah yang dicatatkan dalam akaun SRC sebagai tujuan wang itu dikeluarkan, siapa yang sain arahan ? Apakah sebagai Advisor Emeritus SRC, Najib tidak tahu menahu tentang pengeluaran RM42 juta dari akaun SRC itu ? Kenapa AG tidak jelaskan ?

Jelas bahawa AG juga sedar yang RM42 juta itu BUKAN dari derma pak Arab. So ... kenapa AG tidak menjelaskan lebih lanjut ? 

Makanya kita katakan TIDAK ADA PENJELASAN dari AG mengenai dana RM42 juta SRC. Kesemua persoalan di atas langsung tidak dijawab oleh AG. Tidak ada penjelasan yang diberikan oleh AG mengenai kemasukan amaun yang sama ke dalam akaun Najib. Tidak ada penjelasan diberikan oleh AG kenapa Najib dibebaskan dari sebarang pertuduhan berkaitan RM42 juta itu.

Makanya kita setuju dengan Muhyiddin yang mengungkit kembali isu RM42 juta SRC. Mohon AG berikan penjelasan. Dan lagi cantik kalau Najib selaku Advisor Emeritus kepada SRC dapat berikan penjelasan bagi pihak SRC.



 
- Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

- Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Kenyataan penuh Muhyiddin - KLiK

PS - Juga baca balik artikel Mkini mengenai juta2 lagi pengeluaran duit SRC termasuk RM3.2 juta melalui kad kredit yang mana infonya diberikan oleh AG sendiri !  

Ini BUKAN fitnah tapi benar2 berlaku cuma saja tidak ada penjelasan. Apakah salah sebagai seorang rakyat, kita bertanya ? 

Apakah kepimpinan Umno yang kononnya mendengar suara rakyat, langsung tidak mahu tahu penjelasan isu ini ? Kalau dah tahu, kenapa tidak tolong jelaskan pada rakyat ? Atau pemimpin2 Umno jenis tidak kisah sebab ia melibatkan Najib ? Ikut suka Najiblah nak buat apapun ..... Najib berkuasa sepenuhnya ! ? Kalau bertanya nanti, kena buang ..

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :