KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, February 17, 2016

dinturtle

Isu Bakke - Hasan PAC Sekali Lagi Menunjukkan Pendirian Berat Sebel

astroawani

Mulanya saya malas nak komen isu Bakke yang difitnah sebagai berkata dana 1MDB dipindah ke akaun PM. Bagi saya, jelas terdapat perbezaan waktu dari segi tahun Bakke meletak jawatan dengan tahun transaksi RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib. Mana mungkin Bakke bertindak kerana sesuatu yang belum berlaku !

Beliau menegaskan, kenyataan seumpama itu atau merujuk kepadanya atau berkarektor sebagaimana disebarkan melalui laman sosial, tidak pernah disebut atau dilafaz ketika keterangan beliau kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.

"Kenyataan saya kepada PAC tidak pernah dibincangkan di media sosial dan (saya) tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Ada dua point penting dari laporan di atas :

1 - Kenyataan seumpama itu tidak disebut kepada PAC
2 - Bakke tidak pernah sebut apa2 berkaitan kenyataan sama kepada PAC di media sosial

Pro Najib pula mengeksploitasikan isu ini seolah2 memberi gambaran bahawa Bakke ada menyatakan bahawa dana RM2.6 bilion itu tidak ada kaitan dengan 1MDB.


Dari apa yang saya fahami, Bakke bukan saja tidak pernah sebut kaitan itu kepada media sosial, tapi Bakke juga tidak pernah sebut perkara sama kepada PAC !

Pendek kata - Bakke tidak ada sebut ADA atau TIDAK ADA kaitan antara RM2.6 bilion Najib dengan isu 1MDB.  Ia tidak timbul langsung.

Tapi bila Pengerusi PAC Hasan Arifin juga berlagak seperti blogger pro Najib, maka saya terpaksa jugalah komen sepatah dua.


Astroawani

"Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri Bakke tidak pernah menyatakan, pada bila-bila masa, yang dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"Fakta ini adalah konsisten dengan pengesahan berulang kali kepada umum yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara ini,"



FAKTA apa yang dirujuk oleh Hasan itu ? Seperti yang saya rumuskan kenyataan Bakke di atas, Bakke TIDAK ADA sebut pun yang dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib DAN Bakke juga TIDAK ADA sebut pun yang dana 1MDB tidak dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Maknanya, Bakke tidak ada sebut sebarang fakta pun !

Jadi Hasan PAC merujuk kepada fakta apa yang disebut oleh Bakke yang dikatakan konsisten itu ?


Nah .... sekali lagi Hasan telah menunjukkan sikap BIAS atau berat sebelahnya ! Beliau selaku Pengerusi PAC seharusnya bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana2 pihak. Tapi kenyataan beliau di atas seolah2 menunjukkan keterujaan dan kecenderungan beliau untuk membersihkan Najib dan 1MDB dari sebarang salah laku. 

Bagaimana mungkin rakyat boleh menerima keputusan PAC secara terbuka jika Pengerusinya menunjukkan sikap berat sebelah ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :