KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, February 19, 2016

dinturtle

Isu WSJ Tolak Keputusan AG @ Salleh Keruak - Kenapa Kita Tak Percaya AG Dan Najib ?

FMT

Heboh jugalah rakyat Malaysia bila baca kenyataan dari WSJ semalam yang tetap mengaitkan RM2.6 bilion Najib itu dengan 1MDB. Reaksi itu seharusnya membuka mata kerajaan bahawa rakyat sebenarnya masih skeptikal atau tidak dapat menerima sepenuhnya keputusan AG.

Berita itu mendapat reaksi segera dari Menteri SKMM Salleh Keruak, dari FMT -

“Kenapa kita tak percaya institusi Peguam Negara dan SPRM yang bebas jalankan siasatan sejak dulu lagi. Sedang institusi inilah yang banyak membantu kita dalam penyiasatan.

“Jika kita tak percaya institusi ini bermakna kita telah memperlekeh negara. Kita tidak boleh menghina institusi PM (Perdana Menteri),”

Bukan soal percaya atau tidak, tapi menjadi tanggungjawab institusi PM mengambil pendekatan yang telus dan penuh integriti dalam menjalankan tugas, tidak mengambil mudah atau memperlekehkan tahap pemikiran rakyat. Seperti yang kita sering katakan, jika AG berikan bukti2 bagi menyokong keputusannya dan menjawab secara tuntas segala persoalan yang ditimbulkan, rakyat tidak punya masalah untuk terima dan percaya.

Apakah AG buat begitu ?

Kita tidaklah mengharapkan penjelasan yang menyeluruh itu merangkumi semua kes, tapi memandangkan kes Najib itu menjadi perhatian dunia dan membabitkan integriti seorang PM, sewajarnya lebih perhatian diberikan dalam membentangkan hujah oleh AG.


“Mereka buat tuduhan yang melulu. Kenapa mereka nak campur aduk dalam urusan pentadbiran negara? Sudah tentu mereka ada agenda. Sedangkan tuduhan-tuduhan yang dibuat itu telah dibuktikan oleh Peguam Negara dan SPRM.

.... telah dibuktikan oleh AG dan SPRM ? Bila masanya AG membuktikan kes Najib itu ? Kalau ada, mungkin kita terlepas pandang, maka sayugia AG adakan satu PC dan jelaskan sekali lagi dan kali ini, biarlah PC itu dibuka untuk soalan2 dari wartawan dan rakyat. 

... telah dibuktikan ... jadi tidak timbullah sebarang masalah untuk menjawab pertanyaan2 yang masih bermain difikiran rakyat, kan ?

Dan kenapa Salleh kaitkan pula nama SPRM sebagai sekapal dengan AG ?  Benarkah siasatan SPRM membebaskan Najib dari sebarang salah laku ?

“Najib merupakan satu-satunya pemimpin yang sanggup menyerah diri untuk proses penyiasatan kepada SPRM dan Peguam Negara.

Ya, SELEPAS Peguam Negara itu ditukarkan dan SPRM diganggu ! 

Tak lupa, Najib juga merupakan satu2nya pemimpin yang sanggup LARI dari bersemuka dan berdepan dengan rakyat dan wakil2 dunia dalam isu menentang rasuah sepertimana yang dapat kita lihat semasa majlis Nothing To Hide dan Persidangan IACC tahun lepas.

“Perlu diingatkan Najib telah bersih daripada tuduhan yang dilontarkan oleh pihak luar seperti WSJ,” tegasnya.

Dari segi undang2 yang di bawah kawalan AG mungkin Najib telah bersih tapi apakah Najib telah bersih pada mata rakyat ? Rakyat memerhati tindaktanduk Najib dalam menangani apa yang dikatakan sebagai fitnah itu .... apakah mendiamkan diri saja atau menyuruh orang lain untuk pertahankan dirinya atau tampil berdepan atas prinsip Berani Kerana Benar ?

Ramai yang menggesa Najib bertindak menyaman WSJ demi menyelamatkan MARUAH dirinya yang tercemar teruk bukan saja dikalangan rakyat Malayisa tapi di seluruh dunia. Kita tidak nampak Najib berani untuk menyaman WSJ. Pelbagai alasan diberikan ....


So.... apakata Najib CABAR WSJ untuk membuktikan dakwaan mereka ! ?


Tapi janganlah cabar kosong saja. Semua orang boleh buat begitu, lepas satu2 pihak dicabar tapi bila kantoi, langsung tidak ada kesan. 

Apakata Najib CABAR WSJ untuk buktikan dakwaan mereka, jika WSJ terbukti benar maka Najib akan letak jawatan PM sebab ia bakal menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang PM dan merosakkan nama negara. Jika WSJ pula gagal, WSJ kena buat permohonan maaf secara terbuka di muka depan dan team editor WSJ yang diketuai oleh Ken Brown pula harus meletak jawatan !




PS - Oya, apakah SPRM telah diberikan ruang untuk menjalankan siasatan SEPENUHNYA baik di dalam dan di luar negara ? 

Bagaimana kalau "bukti" WSJ itu datangnya dari luarnegara yang mana SPRM tidak dapat siasat ?

PS2 - Anda boleh tonton video dakwaan dari Ken Brown WSJ itu di SINI

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 19, 2016 at 6:49 PM delete

Inilah yang dikatakan bangang, jurubelit tiga suku dari kerajaan kleptokratik najib-umno-bn. Kredibiliti sudah hancur. Kami tunggu pilihanraya umum.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 19, 2016 at 9:40 PM delete

Kalau pembangkang sering berslogan UMNO YANG SALAH dalam sesuatu kes, maka UMNO menggunakan slogan SEMUA ITU FITNAH untuk cover diri

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 20, 2016 at 12:18 AM delete

wsj dah lama dah keluarkan bukti najib curi duit contohnya:
http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-documents
pastu wsj cabar najib saman diorg kalau betul dakwaan tu palsu. tapi sampai sekarang...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 25, 2016 at 4:32 PM delete

saman la untuk membersihkan fitnah...bertindak bagai pahlawan jgn tukar jadik cendawan.

Reply
avatar