KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, February 18, 2016

dinturtle

Kepada Bos LHDN - Bagaimana Kalau RM2.6 Bilion Itu Satu Pelaburan ? Kena Cukai Tak ?

Mkini


Semalam ramai yang komen bila bos LHDN kata dana RM2.6 bilion Najib tidak dikenakan cukai kerana statusnya sebagai sumbangan politik tidak tertakluk kepada cukai pendapatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi.

Ini adalah mengikut Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar ketika ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Katanya, jika pendapatan tidak tertakluk kepada (cukai ) pendapatan, maka pihaknya tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.

Omputehnya -

“To me, if the income is subjected to tax, (then we can tax); if income not subjected to income tax, then we cannot tax,” Inland Revenue Board (IRB) chief executive officer Mohd Shukor Mahfar said when asked about political donations.


Jangan kita serang KP LHDN pula sebab beliau hanya berikan jawapan mengikut SOP. Ia jawapan secara umum kepada soalan yang diberikan.

Jika dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik maka ia tidak dikenakan cukai. Ok ? Standard lah tu . Kita pun akurlah kalau bos LHDN dah kata begitu. Rasanya semua bentuk derma bukan saja derma politik tidak dikenakan cukai.

TAPI bagaimana kalau dana itu BUKAN sumbangan politik atau bukan derma ? Haaa... soalan yang ini kenapa wartawan tak tanya ? Bagaimana kalau ianya satu bentuk Pelaburan sebagaimana pandangan Menteri Luar Arab Saudi ?

Sudah hampir 4 minggu berlalu sejak keputusan AG membebaskan Najib dari sebarang salahlaku isu RM2.6 bilion. Sejak itu rakyat masih tidak puashati dan persoalan2 yang masih tergantung dalam isu RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC menjadi bualan hangat. 

Tapi ada AG layan ? Ada Najib layan ? Apakah bagi Najib, pandangan rakyat tidak penting ? 

APA BUKTINYA YANG DANA ITU SATU BENTUK DERMA ATAU SUMBANGAN POLITIK ?

Saya cabar pro Najib untuk buat satu bancian bagi mendapatkan peratusan berapa ramai yang terima keputusan AG itu !

Amat menghairankan juga bilamana kerajaan dan keluarga diraja Arab Saudi juga sepi dalam hal ini. Mustahil mereka tidak tahu apa yang berlaku. Mustahil mereka tidak tahu isu ini sudah menjadi satu perbualan hangat diperingkat antarabangsa dan nama/imej keluarga diraja Arab Saudi juga sudah terpalit dengan skandal ini.

SiPenderma itu pula ..... jika niat asalnya murni, konon tidak mahu dikenali tapi keadaan sekarang menuntut beliau tampil bagi menjernihkan suasana. Tindakan memberi derma kepada Najib dulu sudah membawa lebih besar kesan negatif daripada positif !

Lagi pun, jumlah derma bukan lagi US$681 juta kerana menurut AG, US$620 juta sudah dikembalikan. Jadi derma sang putera Arab Saudi adalah USD$61 juta. 

Penampilan beliau selaku siPenderma yang budiman itu akan menjernihkan keadaan dan mengembalikan maruah rakyat Malaysia yang tercemar teruk dek keengganan si Penerima derma untuk membuat penjelasan dan suka berdalih. Lebih teruk lagi bila orang2 suruhan Najib pula asyik menukar2 cerita mengenai dana itu sehingga orang pun sudah tidak mahu percaya lagi alasan yang mereka berikan.

Jadi di sini kita harap siPenderma atau keluarga diraja atau kerajaan Arab Saudi dapat memberi kerjasama untuk beri penjelasan seterusnya membantu membersihkan nama negara kita dari aib yang dipalitkan oleh Najib. Tidak mustahil, tindakan itu juga bakal menyelamatkan maruah Najib .... 

Setakat ini, kenyataan paling resmi adalah dari Menteri Luar Arab Saudi yang menyatakan dana itu kemungkinan besar adalah satu bentuk pelaburan.

So ..... kepada bos LHDN, kalau ianya satu pelaburan, apakah dikenakan cukai ?

Bagaimana pula dengan tindakan Najib yang MENYOROK perkara itu selama lebih dua tahun ?


Bagaimana pula dengan dana RM42 juta yang Najib sendiri tidak tahu apakah datang dari SRC atau dari sumber mana dan pihak AG juga tidak nyatakan apakah derma juga atau status lain ? Apakah pihak LHDN tidak mahu tahu status dana itu ?

Bagaimana dengan RM juta2 yang ada dalam akaun Rosmah ? Apakah statusnya boleh dikenakan cukai ?

Apakah LHDN ada siasat bagaimana keluarga Najib Rosmah boleh hidup dengan begitu mewah melangkaui pendapatan Najib ? Senang citer, Najib ada bayar cukai tak ?

Diharap bos LHDN dapat berikan pencerahan persoalan2 di atas. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
KAPAS
AUTHOR
February 18, 2016 at 7:43 AM delete

Assalam. Bila boleh jumpa agaknya. Artikel telah link dalam fbook Rhu Rendang.

Reply
avatar
Raja Kumbang
AUTHOR
February 18, 2016 at 7:53 AM delete

Cantik, bro Din dah timbulkan jugak isu 2 juta yang saya ada cetuskan dalam blog putra 2 hari lepas. Kalau orang lain cepat je lhdn caj. Duit vss untuk kelangsungan hidup sampai dapat kerja baru pun kena cukai.

Reply
avatar
February 18, 2016 at 1:39 PM delete

Siamang dalam hutan pun akan ketawa pecah perut dengar alasan pengucup bontot najib

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 25, 2016 at 4:45 PM delete

Lepas ni, para majikan tulis je DERMA dalam slip gaji para pekerja. Letak gaji 500..yang lain2 semua derma. So, para pekerja takkan kena cukai. para pekerja pula mesti sumbangkan sedikit derma kepada majikan untuk cover company tax...

dah ada precedent..so tak perlu takut.

Reply
avatar