KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, February 23, 2016

dinturtle

Muhyiddin - Apakah Bila Semua Hutang 1MDB Diselesaikan, Semua Masalah Selesai ?

Ini merupakan segmen terakhir hasil ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang Sabtu lalu. Seperti yang saya katakan, memang padat dan panas .... anda boleh tonton video penuh di SINI dan SINI.

Yang ini Muhyiddin bercakap tentang 1MDB ..... disebalik Plan Rasionalisasi Hutangnya, apakah semua masalah sudah selesai dan kita boleh tutup buku ? Move on .... seperti kata Najib ?




Ada tuan2 dengar 1MDB dapat untung ? Bayar dividen ?

Macamana nak bayar ni ? Dan juga sebab hutang tanggungan yang sebesar itu, yang telah terpaksa ditanggung oleh 1MDB, maka dia takde cara nak menyelesaikan hutang itu ....apa dia buat ? JUAL !

Tanah2 yang begitu berharga dalam bandar, TRX, Bandar Malaysia, tanah di Pulau Pinang, IPP .... terpaksa diGADAIKAN ! Yang ini pun dibeli dengan wang yang dipinjam tadi.

Takde hasil apa pun. Lepas tu terpaksa di JUAL untuk dapat hasil untuk  .... bukan nak bagi tuan2 dividen... takde! ...  nak bagi bayar balik duit yang dia pinjam dari bank !





KLiK untuk ke Youtube

Ada yang berkata, kalau begitu ( selepas habis dibayar segala hutang piutang ) dah selesailah masalah .... saya kata NO !

Yes, dari segi zahirnya selesai masalah ( bila tiada lagi hutang ).... tetapi penyelesaian masalah itu dengan membebankan rakyat dengan tanggungan hutang dan segala harta bendanya terpaksa di JUALkan. Yang patut harta itu milik kita, sudah terkorban hilang kepada bank. 

SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI ?

Rakyat yang rugi ..... Kalau takde 1MDB, tak payah buat macam itu. Dengan sebab masalah 1MDB, terpaksa digadaikan semua harta benda kita untuk menutup lubang dan bayar duit kepada bank. Kan tak betul tu ....


Pernah ke 1MDB mencatatkan untung walau 10 sen dari operasi pelaburan dan perniagaannya ? Pernahlah sekali tu tapi itu hasil penilaian semua harga tanah BUKAN dari operasi perniagaan. Buat pinjaman berbilion2 ringgit walaupun modal cuma 1 juta ..... WOW! Satu kebanggaan kepada cai2 Najib tapi cuba tanya mereka balik - ada untung tak ?

Jika hanya kerana mampu buat pinjaman besar merupakan lambang kebanggaan 1MDB ( bukannya kerana buat untung ), nampak gayanya ada yang tak kena dengan kepimpinan negara kita !

Ada kita nampak apa2 hasil secara fizikal hasil pinjaman berbilion2 itu ? Ada bangunan baru naik yang telah dibina oleh 1MDB ? Dapat tandas satu pun jadilah, boleh juga dapat hasil caj masuk..... ada tak ? 

So ... tang mana yang harus dipuji rakyat tentang 1MDB ni ? Cuba cai Najib cerita .....

Apa masalahnya dengan cerita Muhyiddin itu ? Bukankah itu hakikatnya mengenai 1MDB ? Iaitu 1MDB merugikan rakyat dan negara kita.

Pelan Rasionalisai Hutang 1MDB cuma merupakan satu CARA bagaimana nak selesaikan hutang. Ia bukan satu pelan perniagaan yang membawa keuntungan sepertimana yang cuba digambarkan oleh cai2 Najib.

Dan itu juga merupakan satu kebanggaan oleh mereka ! ? ?

Jika hanya kerana mampu bayar balik hutang dengan menjual harta yang ada merupakan lambang kebanggaan 1MDB, nampak gayanya ada yang tak kena dengan kepimpinan negara kita !

So ... apa yang kita nak sebenarnya ?

Pertama - Kita mahukan KETELUSAN tentang segala urusniaga 1MDB dan kenapa semua ini boleh berlaku. Jika benar kerugian disebabkan risiko perniagaan biasa, itu kita boleh terima. Tapi itu harus dibuktikan terlebih dahulu.

1MDB rugi atau tidak ? Itu pun tidak mahu diakui ....  berbelit2 lidah bercerita menggunakan ayat2 bombastik bagi mengelirukan rakyat. Jawab ajalah - 1MDB RUGI ATAU UNTUNG ?

Kita mahu penjelasan apa yang telah didedahkan tentang urusniaga2 yang banyak menimbulkan persoalan. Dikatakan 1MDB sudah berpuluh kali jawab .... kita katakan, 1MDB tidak menjawab sepenuhnya.

Kenapa tidak diadakan pertemuan antara 1MDB dengan rakyat di mana 1MDB akan menjawab apajua soalan yang dikemukakan ? 

Senangkan ? Jika tidak ada apa2 yang mahu disorokkan, pasti bunyi senang. Tapi jika banyak yang mahu disorokkan dari rakyat, maka perkara yang amat mudah itu akan jadi mustahil untuk dilakukan !

Keduanya, kita mahukan KEBERTANGGUNGJAWABAN atau AKAUNTABILITI.  Siapa yang berkuasa membuat keputusan2 dan meluluskan semua urusniaga 1MDB, orang itu harus bertanggungjawab. 

Sebenarnya orang itulah yang seharusnya tampil berdepan dengan soalan dari rakyat kerana dialah yang buat keputusan dan meluluskan segalanya. Orang itu pasti sudah buat pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat. Makanya orang itulah yang paling layak disoal. 

Logik kan ? 

Tapi kenapa orang lain yang baru kerja, yang tidak terlibat dengan urusniaga lama 1MDB pula yang ditugaskan menjawab ?

PAC yang ditugaskan menyiasat hal 1MDB juga tidak memanggil orang itu untuk disoal ..... kenapa ?

Adakah orang itu tidak tahu apa2 pun tentang 1MDB ? Adakah orang itu BLUR dengan segala keputusan yang dia buat ? Habis tu kenapa orang itu gatal nak pegang kuasa membuat keputusan dalam 1MDB kalau dia sendiri tidak berani memikul tanggungjawab yang datang bersama jawatan yang disandang ?

Kuasa dia nak .... tapi tanggungjawab dia tak nak pikul ! Jenis apakah orang sebegini ? 

PS - Tang mana artikel ini yang berunsur fitnah, cuba cai Najib tunjukkan. Jangan anda pula yang sebar fitnah .... 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2016 at 8:56 AM delete

Cai najib pun nak buat rasionalisasi najib. Jadikan najib boneka until cakap ikut apa yg mereka suka. Sekarang najib punya kesabaran ada had. Dulu pun ada had. Berapa hadnya. Kita pakai baju warna apa yer 27 feb ni?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2016 at 10:46 PM delete

Kita perlu kekalkan cai-cai yang ada. Tanpa kebodohan mereka tidak banyak yang kita tahu. Tanpa mereka nanti pemakan-pemakan dedak disekeliling kepala penyamun mungkin terjaga dari alunan mimpi indah mereka lalu membetulkan kesilapan masing-masing. Tanpa mereka kepala penyamun mungkin akan sedar bahawa rakyat tahu tentang kesalahan yang telah dibuat seterusnya melarikan diri, maka tak sempatlah kita nak sumbat dia dan konco-konconya kedalam penjara kelak. Jadi alunan syair gurindam dan seloka cai-cai untuk membuai jemuan-jemuan dalam penisi bugis itu ada banyak hikmah dan manfaatnya.

Reply
avatar