KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, February 22, 2016

dinturtle

Shut Up ! - Last Warning Dari Nazri Aziz Kepada Muhyiddin

MMO

Tu dia .... dah ada yang melompat susulan ucapan berapi dari Muhyiddin Sabtu lepas di Teluk Kemang. Kita layan dulu LAST WARNING dari Nazri Aziz seperti yang dilaporkan Malaymailonline ( versi Melayu ) -

- "Ini amaran terakhir, Muhyiddin tidak bertindak dengan betul dan kita tidak boleh membiarkannya,"

- "Jika beliau tidak boleh bekerja dalam pasukan dan masih terus menyerang presiden, saya akan cadangkan di mesyuarat MT agar beliau digantung [keahliannya]." 

- Sebagai ahli biasa Umno, tambah menteri pelancongan, seseorang boleh mengkritik pemimpin parti tetapi timbalan presiden tidak boleh berbuat begitu.

- "Perlembagaan parti menyatakan beliau mesti membantu presiden dengan sedaya-upaya," katanya.

- Ahli parlimen Padang Rengas juga berkata Muhyiddin tidak wajar berfikir beliau itu seolah-olah “utusan Tuhan” untuk Malaysia.

- Nazri juga mendakwa ramai anggota Umno tidak suka pada Muhyiddin dengan alasan beliau seorang yang sombong.

Pendek kata - Muhyiddin, u shut up !

Kalau nak bercakap apapun, jangan kritik Najib atau apasaja yang ada kaitan dengan Najib. 

Sebab apa yang Muhyiddin dan semua orang duk cakap sekarang ini adalah berkaitan dengan Najib saja. Mana ada orang kritik Umno sebagai sebuah parti ?

Apakah yang ditakrifkan sebagai "membantu Presiden" ?

Muhyiddin di Teluk Kemang sudah pun menjelaskan yang selaku Timbalan Presiden, beliau sudah melakukan tanggungjawabnya sebaik mungkin iaitu membantu Presiden dalam memperkasakan Umno.

Saya percaya Muhyiddin tidak boleh terima ungkapan "membantu Presiden" sebagai memBODEK Presiden ! Atau mempertahankan salahlaku Presiden. Muhyiddin sudah memberi nasihat dan akibatnya, beliau dibuang dan digantikan dengan oranglain yang lebih pandai menyokong peribadi Presiden.

"Membantu Presiden" seharusnya dilihat dalam konteks parti Umno dan BN bukannya secara peribadi. Masalah2 yang diperkatakan rakyat ketika ini adalah berpunca dari masalah2 yang dicetuskan oleh Najib secara peribadi. Tidak ada kaitan dengan Umno tapi Umno telah diheret masuk sama oleh Najib.

Pemimpin2 seperti Nazri, Zahid, Mat Maslan, Azalina, Rahman, Salleh, KuNan, Annuar dan lain2 yang telah akur dan ikut sama menjadikan masalah peribadi Najib sebagai masalah Umno dan kerajaan.

Soal ancaman digantung dari parti, Muhyiddin sudahpun menjangkakannya dan telah mencabar tindakan itu diambil .... asal saja dikemukakan bukti2 sokongan.

Utusan Tuhan atau dalam omputeh God-sent ? Huh ? Apahal Nazri ni ? Kenapa dikaitkan sebegitu ? 

Bukankah menjadi tanggungjawab semua umatNya untuk menegur dan mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata ? Dan tanggungjawab itu menjadi lebih berat kepada mereka yang mempunyai kuasa. Seperti yang disebut oleh Muhyiddin baru ni apabila menghuraikan maksud sabda Rasulullah mengenai mencegah kemungkaran -



KLiK untuk ke Youtube

Mengenai komen terakhir Nazri yang kata orang tak suka Muhyiddin sebab dia sombong ..... well, mungkin beliau mahu jadikan dirinya sebagai contoh yang lebih baik, sebagai pemimpin yang rendah diri dan tidak sombong.

                               *****************

Kenyataan Nazri di atas hanya menyokong pandangan rakyat bahawa usaha2 sedang giat dilakukan oleh pengampu2 Najib supaya mulut pengkritik Najib ditutup !

Kebebasan bersuara semakin disekat .... semuanya sebab apa ? Sebab Najib sorang !




KLiK untuk ke Youtube

Untuk pengetahuan Nazri dan yang lain2 pengampu Najib, apa yang disebut oleh Muhyiddin dan Cikgu Kamarul di atas turut dipersetujui oleh ramai lagi rakyat.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 5:15 PM delete

Kami sokong TS Muhyiddin. TSMY seorang yang amat merendah diri. Bukan seperti Najib dan keluarganya yang gah macam helang mendabik dada. Nazri Aziz tak terkecuali siapa tak kenal playboy tua yang makin lapuk dek auta sendiri. U shut up playboy tua.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 5:26 PM delete

Rasanya nazri ni yg patut shut up.
Bila dia bersuara sahaja,segala bau busuk terkeluar dari mulutnya.
Cukup-cukup la tu membodek dan menjilat najib.cukup masa dan ketika PRU14 ko akan tersingkir dan tersungkur.masa tu kita ramai2 kencing dah berak atas muka nazri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 6:31 PM delete

Rakyat takkan bantu presiden kamu wahai nazrie

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 6:50 PM delete

Mengapa terlalu kalut sangat dengan ucapan TSMY?.Sekiranya bagi menentukan sama ada ahli umno suka/tidak buat pemilihan semula dengan masa yang terdekat supaya semua puas hati,mengapa ditanggohkan hingga 2018.Itulah yang gentlemen bukan ketar lutut apabila orang memberi pandangan.Sekiranya kita tak salah apa mau takut.Saran TSMY supaya ambil tindakan keatas WSJ,eloklah sebagai menteri dalam kerajaan Malaysia sambutlah cabaran itu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 9:57 PM delete

Nazri ni mulut cirit birit. TSMY lebih tua dan jawatan lebih tinggi dpd si bangsat ni pun dia tak hormat. Itu sudah cukup untuk menunjukkan akhlak si bangsat ini yang baru kahwin bini muda yang tak tau tutup aurat.Lebih baik dia ajar bini muda dia supaya tidak mendedahkan lurah buah dada atau paha degan skir pendek kepada orang ramai. Kita pun tak lupa pergaduhan di Hartamas beberapa tahun yang lepas melibatkan ank dia yang samseng sehingga seorang terkorban dan anak dia terlepas begitu saja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 10:19 PM delete

Nazri Aziz...heh heh...toy boy rosmah ke...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 22, 2016 at 11:44 PM delete

agaknya antara tugas presiden adalah terima duit dalam akaun peribadi dia kot?

bodohlah seorang yg tak mampu bezakan atas kapasiti apa sesuatu tindakan tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2016 at 1:20 AM delete

Baguslah..camni senang rakyat nak pilih ....yg mana kaca yang mana permata.
Penegak kebenaran, tetap dihati rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2016 at 1:58 AM delete

Assalam Bro,manusia ni pandai bermuka-muka.Tidak terkecuali Si Nazri ni.Dia mengharapkan agar dia akan menggantikan si Zahid tu.Itulah sebenar tujuan dia.....kami tahu.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 23, 2016 at 4:39 PM delete

Ahli MKT UMNO adalah dipilih oleh Perwakilan (tidak termasuk yang dilantik Presiden). Sebagai Ahli MKT tanggunjawab mereka ialah untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Mereka mesti elakkan daripada malakukan perkara-perkara mungkar. Jika sesiapa Ahli MKT, walau pun Presiden, melakukan perkara-perkara yang salah yang boleh merosakkan nama baik UMNO orang itu mesti ditegur dan lebih baik di singkir daripada menjadi Ahli MKT. Rujuk balik kepada Perwakilan untuk membuat keputusan. Masa kini nama UMNO begitu buruk sekali. Mesyuarat Perwakilan mesti diadakan tahun ini dan biar PERWAKILAN MEMUTUSKAN masalah genting yang sedang diharungi oleh UMNO.
Ahli MKT jangan pandai-pandai membuat keputusan yang akan menjejaskan perpaduan UMNO. Pulangkan kepada Perwakilan untuk membuat keputusan. Barulah masalah UMNO yang wujud kini dapat diselesaikan dengan baik dan dapat mengelakkan perpecahan UMNO. Nazri SHUT UP kita “tunggu jawapan daripada Perwakilan.”

Reply
avatar