KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, February 29, 2016

dinturtle

Tun Mahathir Membawa Perjuangan Ke Pentas Yang Lebih Besar !



Seperti biasa ramai yang akan buat analisa berkenaan tindakan Tun Mahathir yang keluar Umno. Apakah ia satu tindakan positif atau negatif dalam konteks perjuangannya dalam usaha menyelamatkan negara dari kerakusan Najib ?

Macai2 Najib bersorak riang dan mereka menyindir2 tindakan negarawan kita yang ramai dari mereka sendiri amat sanjungi satu ketika dulu .... kenapa ? Apakah asas keriangan mereka ? Apakah mereka melihat tindakan Tun itu sebagai satu kemenangan kononnya tercabutlah sudah duri dari dalam daging Najib selama ini ?

Apakah pada mereka, Tun Mahathir tidak lagi beri ancaman kepada Najib bila tidak lagi menjadi ahli Umno ?

Cuba ingat kembali masa Tun bertindak sama zaman Paklah, apakah ancaman dari Tun semakin kurang dirasai baik dari dalam mahupun luar Umno ? Waktu itu hanya beberapa kerat saja penyokong Tun ikut sama keluar parti .... apakah Paklah dan Umno menjadi semakin kuat ?

Tidak ! Sejarah menyaksikan tentangan dan protes terhadap kepimpinan Paklah semakin kuat bila Tun keluar Umno sehingga memaksa Paklah sendiri mengundurkan diri.

Sebabnya, dengan keluarnya Tun Mahathir dari Umno, beliau telah membawa bersama perjuangannya kepada rakyat. Rakyat tidak lagi punya keraguan bahawa Tun berjuang atas nama rakyat. Isu yang dibawa Tun bukan lagi dilihat sebagai isu dalaman parti Umno tapi adalah isu rakyat Malaysia. Waktu sama pengaruh Tun dalam Umno tetap terasa kuat.

Saya yakin perkara sama akan berlaku selepas ini. 

Sebelum ini tidak ramai di kalangan rakyat  yang mahu menyertai perjuangan Tun walaupun mereka dapat merasai kebenaran apa yang Tun perjuangkan. Bagi mereka, ia adalah satu isu dalaman parti Umno. Isu Tun Mahathir yang mahu menjatuhkan Presiden Umno. Tun pula berterusan meminta kepimpinan Umno untuk bertindak menukar keadaan. Kesannya jika berjaya, rakyat juga akan ikut sama meraikannya kerana PM juga secara otomatis akan bertukar.

Ditambah dengan percaturan kuasa dalam heirarki Umno, kemudian penglibatan Muhyiddin dan Mukhris yang pergerakan mereka terhad kepada Umno semata2, umum melihat isu Undur Najib ini sebagai isu Umno.

Sekarang bila Tun Mahathir sudah keluar dari Umno dan waktu sama menegaskan yang beliau akan terus berjuang untuk menjatuhkan Najib bersama kemungkarannya, Tun sudah membawa platfom perjuangannya ke pentas yang lebih besar. Tun sudah merakyatkan isu Undur Najib !

Kini seruan bukan lagi Undur Najib dari kerusi Presiden Umno tapi dari kerusi Perdana Menteri. Suara Tun bukan lagi terhad dalam dewan Umno tapi bakal bergema ke seluruh pelusuk Malaysia !

Tidak ada kesangsian lagi selepas ini kepada siapa suara Tun Mahathir ditujukan. Bukan lagi kepada kepimpinan Umno tapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kepada penyokong2 Tun yang di dalam Umno, terserah pada anda untuk ikut sama Tun keluar parti atau tidak. Setiap kita ada peranan masing2 dalam kapasiti kita sendiri. Jika anda merasakan lebih efektif untuk bergerak dalam Umno, maka teruskanlah. Tak perlu untuk anda juga keluar parti di mana keaktifan anda berkurangan.

Kita semua ada peranan masing2, bertindak mengikut apa yang anda fikirkan terbaik. Perjuangan belum selesai ...... 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2016 at 2:03 AM delete

Smart move by Dr M siding with the 52% majority. If he can just get another 10% from those whose supported BN drom the previous GE, UMNO/BN is out in the next GE.

UMNO image and reputation is already tainted and destroyed under Ah Jib Gor and wouldnt have made it in the next GE,unless action is taken on Ah Jib Gor before then.

alfie

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2016 at 7:24 AM delete

Kemungkinan apa yang terjadi dalam umno sekarang ini adalah perancangan teliti apabila selepas perhimpunan agong umno yang lepas.Ada yang terasa tergugat dengan muka-muka baru mencabar kedudukan mereka.Ini pun menunjukan pembentukan team dalam umno,mungkin TSMY naik mereka terasa terancam.Pencucian dalm umno belum habis lagi,nak tunggu 2018 akan ada lagi ahli umno akan disingkir/dimental toucher bagi meninggalkan umno.Cubalah Pak Din selak-selak mencari kebenaran diatas pandangan saya ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2016 at 8:34 AM delete

Pak Lah walaupun tido tetap sedar bila rakyat mahu dia berundur. Najib pulak bermimpi di siang hari. Sedar yg benci rakyat semakin membuak tapi berpura bermimpi yg rakyat masih sokong dia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2016 at 12:45 PM delete

With current line-up, TSMY mmg dah tak ada harapan dlm UMNO. Harapan untk diselamatkan amat tipis. TSMY and team should join Tun M, and form new party and new coalition. Tun M as advisor. TSMY, President. DS Shapei Afdal T.President. Nama parti, may be can use nama "wawasan" bersempena wawasan Tun M.

Reply
avatar