KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 15, 2016

dinturtle

1MDB Bukan Saja Rugi, Nak Jawab Isu Pun Rakyat Kena Tanggung Kos Lebih RM600k !

Mkini

Kerajaan telah membelanjakan lebih RM600k untuk menerbitkan buku "1MDB - Siapa kata Tidak DiJawab" ....... huh ? Ada sesiapa pernah lihat dan baca buku ini ?

Apakah benar isu 1MDB sudah dijawab ?

Yang nyata ia merupakan satu lagi PEMBAZIRAN yang boleh kita kaitkan dengan isu 1MDB !

Banyak persoalan yang sedari dulu kita bangkitkan sehingga kini masih belum terjawab. Contoh mudah adalah persolan mengenai perjanjian 1MDB-Petrosaudi, kenapa masih belum dijelaskan ?

Kemudian penjelasan mengenai urusniaga yang melibatkan IPIC/Aabar di mana timbul isu2 berkaitan pembayaran yang dikatakan tidak diterima oleh IPIC ? Mengenai Option dan deposit yang dipegang oleh IPIC ?

Bagaimana dengan penjelasan tentang harga IPP yang dibeli oleh 1MDB dengan harga yang jauh melebihi harga pasaran ?

Kalau dah dijawab, kenapa perlu di rahsiakan laporan Ketua Audit Negara ? Dikatakan selepas PAC bentangkan laporan mereka di parlimen, laporan Ketua Audit itu tidak lagi rahsia ..... well, sama2 kita tunggu. Saya sendiri tidak pasti apakah laporan dari PAC atau laporan Ketua Audit yang dimaksudkan ....  

Dari awal lagi kita mengharapkan pihak 1MDB sendiri tampil mengadakan sesi soal jawab dengan wartawan dan para pengkritik. Bukankah itu yang lebih baik ? Tak perlu kos pun dan lebih efektif !

Soalan2 yang memerlukan jawapan panjang boleh diberikan terlebih dahulu supaya pihak 1MDB boleh buat persediaan. Waktu sama 1MDB juga kena bersedia untuk jawab soalan2 susulan ketika sesi itu berjalan. 

Bukankah itu yang terbaik ?

Dalam keadaan biasa yang melibatkan syarikat yang biasa, mungkin itu yang terbaik tapi nampaknya 1MDB ini bukan syarikat biasa dan keadaannya juga amat luarbiasa. Maka segalanya tentang 1MDB mengundang perkara2 pelik yang luar dari kebiasaan.


Bernama

Namun disebalik segala keluarbiasaan itu, yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun adalah - 1MDB langsung tidak menguntungkan rakyat dan negara !

Bukan saja operasinya merugikan, nak buat penjelasan pada rakyat pun terpaksa kerajaan tanggung kos.... sedangkan apapun tak dijelaskan lagi !

PS - Kos RM600k itu baru kos terbit buku. Kos2 lain ? Justo apa cerita ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
March 15, 2016 at 10:40 AM delete

Terbaik Din...sempat juga mencucuk dihujung ayat..panas panas

Reply
avatar
March 15, 2016 at 4:08 PM delete

Dalam kesempitan sempat lagi diorang 'paw' duit dengan penerbitan ye..hebat

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
March 15, 2016 at 4:43 PM delete

RM600K celah gigi aje. Yang tuan penasihatnya sanggup bayar kpd yahudi Goldman and Sachs lebih US500 juta sebagai fee terbitkan bond tempohari tu apa cerita. Anggaplah ia sebagai derma dr Najib. Najib pun pandai menderma.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 15, 2016 at 8:29 PM delete

Keluarlah 3 juta buku pun, belum tentu dapat mengubah persepsi rakyat.

Reply
avatar
March 16, 2016 at 1:43 AM delete

ni kerja mencekau duit..

Reply
avatar
amin
AUTHOR
March 16, 2016 at 1:52 AM delete

semoga Allah membuka pintu hati Tun Rahah agar menasihati anaknya itu mengikuti jalan yang lurus.Amin

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 9:39 AM delete

Najib & talibarut2, saban hari cuba menjustifikasikan jenayah yg dia lakukan...
Ia tak lebih hanya sebahagian pelan tindakan yg dicadangkan penasihat2 & talibarut penjenayah!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 10:46 AM delete

woi....aku tak dapat pun buku tu....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 11:07 AM delete

sasaran lhdn tahun ni ialah 180billion++ cukai langsung...

lepas tu 600k dibuang begitu sahaja...

nampak?

Reply
avatar