KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, March 19, 2016

dinturtle

Apakah Masih Ada Pihak Yang SIasat 1MDB, RM2.6 Bilion dan SRC RM42 juta ?



Apa lagi perkembangan yang masih boleh dinantikan oleh rakyat dalam mencari kebenaran di sebalik isu 1MDB, RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta ? Apakah ada pihak yang masih menyiasat ?

1MDB 

PAC - Ketua Audit Negara sudah selesai siasat tapi laporan itu diOSAkan. Kini laporan itu ada pada PAC yang akan bentangkan laporan mereka kepada Parlimen. Selepas itu baru laporan Ketua Audit akan bebas OSA. 

Saya tidak pasti apakah laporan Ketua Audit atau laporan PAC atau kedua2nya sekali yang akan dibentangkan di Parlimen. Begitu juga saya tidak yakin dengan dakwaan kononnya selepas PAC bentang laporan di Parlimen, laporan Ketua Audit tidak lagi jadi rahsia. 

Dari PAC kita harap dapat penjelasan mengenai keputusan2 meragukan yang dibuat oleh 1MDB terutamanya berkaitan kerjasama 1MDB-Petrosaudi contohnya kenapa tergesa2 buat keputusan, kenapa diluluskan pembayaran US$700 juta kepada akaun bukan milik 1MDB-Petrosaudi, kenapa menipu Bank Negara Malaysia semasa mengisytiharkan pengeluaran untuk dilaburkan dalam Petrosaudi, apa cerita tentang Just Unit, apa cerita tentang deposit dan option IPIC, kenapa beli IPP harga mahal, apa cerita tentang cagaran pinjaman dengan Deustch Bank sehingga bank itu kejar pembayaran awal dari 1MDB dll.... 

Pendek kata - PAC harus ada jawapan kepada persoalan2 kewajaran / justifikasi sesuatu keputusan meragukan itu dibuat. Bukankah itu tujuan PAC menyoal saksi2 kan ?

Rakyat juga nak tahu kenapa rakyat diminta berbangga dengan 1MDB ini yang menyusah rakyat sehingga terpaksa jual aset kepada pihak luar hanya untuk langsaikan hutang !

Sama2 kita tunggu perkembangannya ...... cuma perlu diingat, Laporan PAC dengan Laporan Ketua Audit adalah dua perkara yang berbeza. 

Polis"Kalau kita tidak tunggu siasatan Ketua Audit Negara ini, siasatan kita tidak lengkap. Kita perlu kenal pasti kesalahan untuk kita jalankan siasatan," katanya sambil menambah bahawa pihaknya perlukan laporan Ketua Audit negara sebelum ia boleh menyelesai siasatan. ( Mkini 13 Okt 2015 ) . 

Tapi sejak laporan Ketua Audit itu siap, tidak kedengaran pula yang pihak Polis sudah menyambung siasatan mereka ke atas 1MDB. Dan tidak pula kita baca yang laporan itu ada diserahkan kepada pihak Polis. Mungkin ada cuma tidak dihebahkan .......

Kita juga masih menanti hasil siasatan pihak Polis yang telah berjumpa dengan Xavier Justo di Thailand. Apakah benar fakta2 yang disebar oleh Sarawak Report dan The Edge merupakan fakta palsu yang sudah diubahsuai dari apa yang mereka terima dari Justo ?

Di harap dapat ditunjukkan fakta mana yang palsu itu .....

Pihak Luar Negara - Yang ini kita tak boleh nak komen apa2, kita hanya mampu tunggu saja apajua pendedahan mereka.

So ... selain dari PAC dan Polis, pihak mana lagi yang boleh kita tunggu perkembangan mengenai 1MDB ?

1MDB - Hujung bulan Mac adalah tarikh akhir 1MDB kena siapkan lapuran akaun tahun 2014 setelah diberi lanjutan sehingga setahun. Untuk laporan 2015, 1MDB punya 6 bulan untuk disiapkan ..... itupun kalau tidak minta tangguh.

Dikatakan transaksi penjualan Edra kepada CGN juga akan diselesaikan pada bulan Februari 2016. Bulan Februari dah berlalu, apakah semuanya sudah selesai ? Boleh ceritakan tentang harga jualan RM9.83 bilion dan berapa sebenarnya hutang yang turut diambilalih oleh CGN ?

Mengenai perjanjian tukar aset 1MDB-Ipic, sebab 1MDB dan kerajaan suka berahsia, maka kita kena tunggu sehingga bulan Jun untuk dapatkan info tepat apa dan berapa sebenarnya yang terlibat.

Najib - Najib nak tampil jawab ? Hahahahahaha .....


Hmmmm ..... mohon tambah jika saya tertinggal apa2 maklumat.


RM2.6 bilion

AG dah arah supaya tutup kes. Tapi rata2 rakyat masih membicarakannya kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab dan dibiarkan tergantung. 

- Apa buktinya yang duit itu merupakan derma politik ?

- Apa buktinya yang duit itu dibelanjakan sebagai derma politik ? 

- Apa buktinya yang RM2.03 bilion sudah dikembalikan kepada penderma ?

- Benarkah hasil siasatan SPRM kata yang Najib tidak bersalah ?  Jika iya, kenapa perlu AG kembalikan kertas siasatan kepada SPRM ?

- Bagaimana dengan tafsiran undang2 SPRM sendiri yang menyatakan penjawat awam yang menerima derma adalah merupakan satu kesalahan ?

- Kenapa tidak ada sebarang pengesahan dari pihak Arab Saudi ? Siapa pendermanya ?

- Bagaimana dengan dakwaan terbaru dari Mukhriz yang berkata Najib sendiri mengaku sudah belanjakan RM1.5 bilion dari duit derma itu ? Jika benar, bagaimana mungkin Najib pulangkan RM2.03 bilion kepada penderma kerana baki hanya RM1.1 bilion setelah ditolak RM1.5 bilion itu ?

Itu antara persoalan yang ditanya oleh rakyat tapi tidak dijawab oleh AG.



SRC RM42 juta

AG langsung tidak menjawab tentang SRC selain menyatakan yang Najib tidak tahu wang yang masuk dalam akaunnya adalah dari SRC. Tapi faktanya - wang itu masuk. dan wang itu dibelanjakan Najib. So.... apa penjelasannya tentang itu ?

Najib dalam jawapan bertulisnya di Parlimen kata SRC tidak ada sebarang rekod mengenai RM42 juta itu sedangkan AG sendiri telah menunjukkan satu gambarajah aliran wang dari SRC yang mana akhirnya masuk ke dalam akaun Najib ! Ni apa ceritanya ? ?


Apa penjelasan AG tentang RM23.5 juta kepada 17 penerima dan pembayaran kad kredit RM3.2 juta dari SRC sepertimana yang ditunjukkan oleh AG itu ? ( KLiK )

Apa cerita tentang Nik Faisal Kamil dan Suboh Md Yassin, dua orang pengarah SRC yang menghilangkan diri tanpa sesiapa pun buat repot Polis terhadap kehilangan mereka ? Malah Najib pernah mempertahankan kedudukan mereka berdua sebagai ahli lembaga pengarah SRC -

"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya. - Mkini.


Punyalah lama hilang tapi Najib masih pertahankan kedudukan mereka dalam SRC ?  Adakah mereka hilang kerana tugasan ? Mereka dah pulang ke tanahair ? 

Masih adakah pihak yang menyiasat tentang SRC ini kalau SPRM sudah diarahkan supaya tutup kes ? Kalau tidak ada yang siasat, bagaimana rakyat mahu dapatkan penjelasan ?



Di mana lagi rakyat mahu dapatkan Kebenaran tentang persoalan2 di atas ? Semua persoalan di atas punya satu persamaan iaitu semuanya berkaitan dengan NAJIB. Nak harap Najib tampil beri penjelasan ...... Hahahahahahahaha ......

So, apa kesudahannya ?

Bagaimana cerita tentang akaun Rosmah yang turut menerima limpahan berjuta2 ringgit ? Apa penjelasannya ? 

Malangnya bila kita tanya persoalan2 di atas, cai2 Najib akan balas dengan dakwaan2 tentang zaman silam Tun Mahathir ..... apa punya turr la ....

Kemudian berharap segala persoalan di atas akan dilupakan oleh rakyat sehingga langsung tidak ditimbulkan lagi dalam kempen PRU14 !  

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 19, 2016 at 4:37 PM delete

Salam Din...

Isu yang jelas adalah SRC... RM 42 Juta...masuk ke akaun PRIBADI Najib...sbb isu ini kuat..kerana Tun Dr. LLS tengah dibicara dimahkamah...sbb pihak Najib minta Tun Dr LLS buktikan wang RM 42 juta masuk adalah dari SRC...Nah..bukti dari AG sendiri tunjukan aliran tersebut...kita tunggu waktu perbicaraan tersebut...

Isu lain walaupun JELAS...konspirasi pihak atasan...melindungi Najib...seolah "bersih dan suci" dari RM2.6 Bilion...

#RejectMyPM #SuspectMyPM #SelamatkanMalaysia

Reply
avatar
faizal ara
AUTHOR
March 19, 2016 at 9:54 PM delete

Saya adalah seorang yang tegar dalam mengundi pangkah dacing tapi kali ni mintak maafla saya takkan pangkah bn lg sb korupsi ni terlampau kotor dan jijik dimata saya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 20, 2016 at 12:18 AM delete

Baguslah. Dacing memang dah tak relevan di zaman sekarang. Kita nak timbang barang pun dah guna digital weigher, lebih tepat dan transparent

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 20, 2016 at 1:56 PM delete

Semalam aku tersesat menonton TV3 suku. Terpaku juga bila Ahli Jawatankuasa Menangani Rasuah, JKMR, Datuk Irmohizam Ibrahim yg juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengulas isu Lim Guan Eng membeli rumah murah.

Datuk Irmohizam berkata “… pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasik Gelugur sangat membimbangkan terutama sekali ianya dilihat sebagai satu elemen berkaitkan dgn integriti seorang ketua kerajaan dalam sebuah negeri. Dan sudah tentunya sebagai parti yg kononnya dilihat memperjuangkan isu2 yg berkaitan integriti, Ketua Menteri Pulau Pinang janganlah cuba lari daripada isu ini dengan mengaitkan dengan berbagai jawapan tetapi sebaliknya beliau harus tampil kehadapan dengan tidak memutar belitkan isu ini… bla bla bla…”
https://www.facebook.com/video.php?v=1319044334777411

Terus terlintas di hati aku, alangkah bijaknya jika YB Datuk Irmohizam Ibrahim menegur pemimpinnya dulu daripada menegur orang DAP itu. Wajib kita menegur kesilapan dan kesalahan kaum sendiri dulu kerana jika dibiarkan begitu saja pasti semua yg ada akan terpalit kepada semua yg berhampiran dengannya...

Tetapi hairan ya, mengapa Datuk Irmohizam lebih nampak kuman di seberang sedangkan tak nampak pula kerbau di depan mata. Tak mungkin dia juga bersubahat dgn penyelewengan yg dituduh ke atas pemimpin agung parti ‘Untuk Mat Najib Only’ itu. Dia seorang Ahli Jawatankuasa Menangani Rasuah, JKMR; mana mungkin dia boleh bersekongkol, mahu bersekongkol, rela disekongkolkan Dia juga seorang Islam, tidak mungkin dia mahu bersubahat dalam satu perbuatan yg menyalahi hukum agama. Hukum dunia habis di dunia saja, tapi hukum agama dibawa hingga ke Padang Mahsyar. Pasti dia tidak sanggup melakukan itu semua. Pastinya dia tidak rela memalitkan namanya dgn najis; menggelapkan masa depannya di arena politik, malah menghakis integriti dirinya sendiri sebagai seorang manusia. Datuk Irmohizam masih muda, belum pun 40 tahun, punya peluang yg cukup cerah untuk naik ke atas.

Atau mungkinkah Mat Najib sebenarnya tidak bersalah. Ditohmah dan difitnah oleh musuhnya dari dalam dan luar parti, dari dalam dan luar negara. Kasihan juga jika Perdana Menteri kita difitnah sebegitu rupa. Mungkin itulah sebabnya Datuk Irmohizam yg juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, bersatu padu bersama MT dan juga seluruh umat UMNO berdiri di belakang Mat Najib, mengawal dan melindungnya dari segala ancaman. Mat Najib tidak bersalah, dia dianiaya, dia difitnah. Dan dia akan dijulang sehingga PRU14 nanti. Selepas itu? Entahlah nak diarak kemana pula…

Datuk Irmohizam Ibrahim pasti tidak akan lupa ucapan Mr.Jose Ugaz, Ketua Tranparency International di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke16 di atas pentas di Putrajaya pada penghujung tahun lepas. Datuk Irmohizam pasti merasa malu bila big bossnya, Perdana Menteri Malaysia, dimalukan di dalam rumah sendiri. (Tahu pula Mat Najib malu, pandai pula menghilangkan diri). Mungkin nasihat ini, dari seorang lagi pakar anti rasuah di persidangan itu dapat meniup semangat baru kepada Irmohizam utk memerangi rasuah. https://www.youtube.com/watch?v=hw42zxS89BY

Semoga Allah swt menberi petunjuk dan hidayah bukan saja kepada Datuk Irmohizam tetapi juga kepada kita semua, untuk terus berjuang mencari dan menegakkan kebenaran, menegah kemungkaran. Islam adalah hidup dan mati kita. Letakkan agama di tempat yang paling tinggi sekali nescaya cahayanya akan menerangi kita hingga ke hujung hayat..

Reply
avatar