KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, March 18, 2016

dinturtle

Apakah Ratusan Pemimpin Umno Yang Ada Kini Semuanya BACUL ? ( + Surat Tun Mahathir Kepada Ahli2 Umno )

 
Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
 
Ada satu persoalan yang bermain di fikiran, soalan yang sering mahu diajukan kepada pemimpin tiapkali ada sesi soal jawab atau sidang akhbar namun saya tahan.... kerana saya rasa tidak adil kalau saya bebankan soalan itu kepada mereka. Sebab soalan itu lebih sesuai ditanya kepada empunya diri masing2.

Soalan saya itu - Dalam beratus pemimpin dalam MT dan Ketua2 Bahagian Umno yang dilihat mampu melakukan sesuatu, kenapa hampir semua SENYAP DAN TUNDUK kepada Najib ?

Kalau pun mereka tidak setuju kepada pengunduran Najib sebagai ketua, apakah mereka langsung tidak merasa ada apa2 kesalahan di pihak Najib dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion serta RM42 juta SRC ? Paling tidak mereka bersuara menuntut siasatan dan perbicaraan yang ADIL dijalankan.

Setakat menuntut sebegitu bagi saya tidak salah. Malahan tuntutan sebegitulah yang sewajarnya diminta oleh pemimpin2 Umno. Ia bukan memihak kepada sesiapa tapi memihak kepada KEBENARAN.  Bukankah itu yang dituntut oleh Islam ?

Pelbagai dakwaan telah dibuat yang hampir kesemuanya tidak dijawab. Apakah kesemua pemimpin2 Umno itu sebegitu dangkal pemikiran mereka sehingga langsung tidak dapat berfikir secara logik ? Sekadar bertanya meminta kepastian bukan bermakna menderhaka atau melawan ketua !

Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
 
Apakah kesemua pemimpin2 Umno yang ada ketika ini jenis PENAKUT ? Terlalu memikirkan kepentingan diri dan survival politik sendiri saja ?

Banyak dah saya dengar cerita tentang pemimpin2 Umno yang hanya tahu bercakap di belakang, secara senyap2 mengkritik Najib tapi bila di depan, mereka tetap sokong Najib. Apakah bangsa Melayu kini hanya memiliki pemimpin2 PENAKUT sebegitu ? 

Tidak ada lagikah pemimpin Melayu ( selain dari beberapa kerat yang tampil setakat ini ) yang BERANI ? 

Jika begitulah jenis pemimpin yang ada dalam Umno, bersedialah untuk menerima penampar sulung dari pengundi masa PRU14 nanti. Bangsa Melayu tidak perlukan pemimpin2 dayus dan bacul sebegitu !
 
..... Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
 
Dan rata2 rakyat sudah give-up dengan Umno BN untuk PRU14 yang akan datang ini selagi Najib masih di atas. Tidak nampakkah anda ? 

Saya tidak percaya ratusan pemimpin2 Umno di atas itu tidak nampak. Mereka nampak dan tahu apa yang berlaku. Tapi mereka semua PENAKUT ! Mereka tidak fikirkan masadepan agama bangsa dan tanahair. Yang ada dalam fikiran mereka cuma kepentingan diri masing2.

Jika pemimpin yang ada jenis BACUL, maka sudah tiba masanya ahli2 bangkit dan perbetulkan keadaan. Masa semakin suntuk ... usahakan perubahan sementara masa masih ada. Menyesal kemudian tidak berguna.

​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.

                              **********************
 
Saudara-saudari sekalian,
 
Assalamualaikum,
Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.
 
​ Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.
 
​Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
 
​ Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.
 
​ Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
 
​Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.
 
​Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.
 
​ Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.
 
​Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.
 
​Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.
 
Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga
 
​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.
 
Terima Kasih
 
Selamat bersidang
Dr Mahathir Bin Mohamad
18 Mac 2016

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Hussin S
AUTHOR
March 18, 2016 at 4:51 PM delete

Nampak sangat pemimpin dalam UMNO tak pandai cari duit diluar UMNO. Dah biasa bermewah dalam Umno sehingga dah tak reti lagi untuk cari makan luar Umno.

Untuk golongan ini saya sarankan supaya mengenang jerit perih golongan muda dan baru nak mula hidup nak cari rezeki. Keluar U ada hutang tunggu. Yang tak pandai kongsilah kerja dgn pendatang asing, itu pun jika ada.

Memangnya golongan berjawatan dalam Umno tak pernah pikir nasib golongan bawahsn, cuma tahu berpolitik saja. Yang tinggal cuma pelampungnya tapi ramai-ramai masih nak paut sebab tak tahu nak berenang.

Reply
avatar
joetamchi
AUTHOR
March 19, 2016 at 3:01 AM delete

SONYAP & TUNDOK

nasi semangkok,
kangkong sesendok,

#bubor?

Reply
avatar