KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, March 21, 2016

dinturtle

Apakebendanya Yang Salleh Keruak Meroyan Ni ?


Kesian beb nengokkan si Salleh Keruak ni .....  punyalah dia meroyan sakan dalam blognya menghentam Tun Mahathir semata2 nak pertahankan bosnya.

Tak habis2 duk menfitnah Tun Mahathir mahu menghancurkan Umno dan menjatuhkan kerajaan. Kali ini Salleh menjawab penulisan Tun dalam artikel terbaru Che Det - Demokrasi dan Najib.

Acu baca royanan Salleh - KLiK. dan rujuk kembali pada artikel Chedet.

Sudah setahun Tun Mahathir konsisten dengan tuntutannya supaya Najib berundur. Alasan utamanya adalah isu 1MDB dan kemudiannya ditambah dengan isu RM2.6 bilion.

Semasa Tun enterframe Bersih 4 pun, beliau konsisten dengan tuntutannya supaya Najib berundur. Dalam setiap ucapan dan penulisannya, hanya pengunduran Najib saja yang ditagihnya.

Tidak pernah sekali pun Tun sebut nak gulingkan atau hancurkan kerajaan. Malah dalam artikel yang dirujuk oleh Salleh pun tidak ada disebut tentang menjatuhkan kerajaan atau mahu menjahanamkan Umno.

Yang Tun sebut - Najib TELAH, SEDANG DAN PASTI AKAN menjahanamkan Umno dan kerajaan, makanya Najib wajib dijatuhkan.

Isunya masih 1MDB dan RM2.6 bilion.

Punyalah lama ......lebih setahun isu 1MDB dan 8 bulan isu RM2.6 bilion, masih tak terjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Tun Mahathir !

Hinggakan point utama Deklarasi Rakyat @ Deklarasi Undur Najib pun berkisar isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Jadi secara logiknya, jalan terbaik dan tidak menonjolkan kebengapan diri sendiri untuk cai2 Najib mempertahankan bos mereka adalah - Jawap isu 1MDB dan RM2.6 bilion !

Takkan itu pun tak terfikir ?

Punyalah banyak kos habis dalam mengerah segala balatentera yang ada dalam memerangi Tun Mahathir, namun kedua isu utama di atas langsung tidak disentuh !  Apa punya banganglah ....

Atau sebenarnya mereka tidak mampu nak jawab ? Makanya diusahakan mereka bersungguh2 untuk mengalih topik.....

Kita cabar cai2 Najib untuk tunjukkan di mana dalam artikel CheDet yang ada menunjukkan Tun menggesa Umno dihancurkan dan kerajaan dijatuhkan ?

Adakah Najib itu Umno dan Najib itu kerajaan ? 

Nampak sangat betapa terdesaknya cai2 Najib dalam mempertahankan peribadi bos mereka. 

Kalau isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang menjadi masalah utamanya, kenapa tidak di adakan sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung supaya seluruh rakyat dapat penjelasan dan masalah pun selesai .... ? Simple and very the easy.

Tapi mereka tidak akan buat ..... faham2 sajalah kenapa.

Kepada rakyat terutama di negeri Johor, apakata anda hadir bersama Mukhriz dan Muhyiddin, dan anda sendiri boleh bertanya kepada mereka apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat dalam Deklarasi Rakyat @ Deklarasi Undur Najib.

Itu pun satu perkara yang cai2 Najib termasuk Najib sendiri tidak mampu buat iaitu - MENJAWAB PERTANYAAN RAKYAT. Habis macamana nak yakinkan rakyat ?

Yang mereka tahu cuma memaksa rakyat terima penjelasan apa yang mereka sediakan. Kalau tanya lebih, itu menunjukkan anda pembangkang.




dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
QalamQabut
AUTHOR
March 21, 2016 at 8:20 AM delete

Salam Din,

Ada satu perkataan yg tak pernah disebut oleh cerdik pandai bila membuat komen mengenai Mohd Najib dan tuduhan2 jenayah yg dilemparkan ke atasnya.

Perkataan ini berakar umbi dari perkataan 'judice' juga, seperti prejudice dan subjudice. So, memandangkan aku yg pertama guna perkataan ni, bolehlah anggap aku atas sikit dari cerdik pandai yg dok buat komen tu. Heh heh heh...

Perkataan itu ialah 'autajudice'. Maknanya menceritakan hal2 lain yg kelihatan mungkin berkaitan dgn topik tetapi sebenarnya tidak.

Misalnya: "Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa." Kata Mohd Najib di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan pada 20/03/2016.

Mohd Najib bukan saja boleh berkata, malah mengangkat sumpah di mahkamah dgn kata2 itu. Memang dia tak curi balak, tak ambil bauksit. Makcik Felda tentu percaya kata2 Mohd Najib sebab memang tak ada siapa pun tuduh dia begitu. Tapi itu tak akan bersihkan dia dari skandal 1MDB dan 2.6b.

Itu 'autajudice' Mohd Najib, cuba pesongkan pendapat rakyat utk katakan dia tak bersalah.

Camne Din? Boleh tak kita letak 'autajudice' tu sebaris dgn 'prejudice' dan 'subjudice'? Perkataan ni aku munculkan buat pertama kali khas dalam blog kamu...

Aku belum baca lagi apa Keruak cakap. Nanti aku komen lagi...

Reply
avatar
March 21, 2016 at 8:49 AM delete

"Autajudice" boleh pakai ayat ni..terbaik..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 21, 2016 at 9:36 AM delete

mana bukti2 dari andre justo yg menunjukkan the edge dan sarawak report memalsukan dokumen2 urusan petrosaudi dan 1mdb?

dulu sikit punya kecoh...

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 21, 2016 at 5:15 PM delete

Aku teringin nak pos komen ni di blog SSK tapi takde tiket, so aku tumpang kat sini saja. Harap kamu tak marah...

Wahai Salleh Said Keruak,
1. Tun M bercerita mengenai demokrasi, dan minta umat UMNO terus jadikan demokrasi sebagai teras kekuatan parti itu. Adakah demokrasi akan hancurkan parti UMNO yg ada sekarang ini? Tak boleh dinafikan lagi, memang besar sekali kemungkinannya. Tetapi penyebabnya bukan Tun M, tetapi SSK sendiri, kerana mahu bermuafakat hapuskan demokrasi. Demokrasi adalah musuh UMNO ketika ini. Sebab itu siapa yg bercanggah pendapat dipersilakan keluar.

2. Tun bersekongkol, bersubahat dgn musuh politik UMNO adalah semata2 untuk menurunkan seorang pemerintah yg sedang menghancurkan Malaysia. Jika benar Mohd Najib seleweng dan songkapkan harta rakyat, dia harus diturunkan dari tampok pemerintahan secepat yg boleh agar kerosakan yg dilakukan dapat dihentikan segera. Itu tujuan utama Tun M bersekongkol dgn musuh politik UMNO. Adakah perlu tunggu pilihanraya untuk turunkan penjenayah?

3. Tun M lakukan itu kerana sudah tiada pilihan. Parti UMNO, MT, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan sudah tidak upaya utk perbetulkan diri sendiri, menangkis pemimpin yg honar. Mohd Najib sudah berkuku besi dan seluruh dan semua pemimpin UMNO sudah berada di bawah telunjuknya, berupaya sekadar mengangguk saja, puas dengan pampasan dan balasan yg diterima kerana tunjukkan kesetiaan yg tak berbelah bagi kepada presiden yg suci lagi menyucikan. Majlis Tertinggi gagal menjalankan fungsinya, membiarkan Mohd Najib memperkuda dan memperguna mereka untuk agenda peribadi yg jijik. Mungkin kepala Salleh lebih mudah buat anggapan Mohd Najib menabur budi, kepada MT, kepada umat UMNO dan kepada rakyat jelata.

4. UMNO sudah benar2 menjadi parti ‘Untuk Mat Najib Only’. Ada Said Salleh Keruak sedar? Tentu tidak. Sebab SSK enak dan selesa dgn dedak yg dihidang, sebab SSK lebih suka menyasar musuh di luar. Memang di luar semuanya musuh kerana memang itu polisi UMNO, siapa yg tidak sehaluan dgn Mohd Najib adalah musuh UMNO. Dan UMNO juga masih bermimpi dgn keahlian seramai 3 juta sudah cukup utk kekalkan Mohd Najib menjadi pemerintah Malaysia selepas PRU14 nanti, lupa 12 juta pengundi lagi adalah musuh Mohd Najib. Cukup meragukan bila sebuah parti UMNO yg tidak demokratik mahu memerintah Malaysia secara demokratik.

5. Jika benar Mohd Najib tidak bersalah, apa perlu seluruh pergerakan UMNO takut utk berterus terang secara jelas dan nyata, tulus dan luhur, dari awal2 lagi. Biar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah dan tipu helah. MT yg patut mainkan peranan utama utk hapuskan tuduhan liar, utk jaga kredibiliti dan integriti Mohd Najib sebagai pemimpin agung. Tetapi malangnya Salleh dan barisan anggota MT yg lain memberi cerita yg bersimpang siur bukan saja kepada rakyat, tetapi kepada ahli sendiri pun dihiasi tipu muslihat, biar nampak cantik dan menarik. Hairan juga jika satu cerita benar semakin hari diragui kebenarannya. Lebih malang lagi bila institusi2 yg terlibat seperti SPRM, BNM, PAC, AG, Polis dan lain2 lagi juga terpalit dgn keraguan. Belum pasti lagi Mohd Najib boleh diheret ke mahkamah dengan tangan bergari dan dituduh menyeleweng dan mencuri harta rakyat, tetapi pekungnya sudah merebak seluruh dunia. Aku cukup yakin UMNO tidak tahu, tidak bau.

6. Pernah tak Salleh terfikir yang MOHD NAJIB boleh juga menjadi pemimpin UMNO yg terakhir di dunia ini. Tahniah kerana pastinya nama Salleh Said Keruak juga tidak akan dicicirkan dalam lipatan sejarah hitam itu. Dulu, kini dan selamanya.


Reply
avatar