KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 29, 2016

dinturtle

Apapun Agenda DiSebalik Deklarasi, Rakyat Tetap Tagihkan Penjelasan Dari Najib !

Sejak diumumkan Deklarasi Rakyat, kita dapat lihat betapa menggelabahnya cai2 Najib. Masing2 berusaha hendak mengalihkan tumpuan rakyat daripada apa yang tercatat dalam Deklarasi itu kepada isu2 remeh yang sengaja diadakan. Heboh dicanangkan Tun Mahathir bersekongkol dengan Lim Kit Siang hendak menjatuhkan kerajaan, direkanya label Deklarasi Mahathir, Deklarasi Lim Kit Siang, kemudian dicanangkan konon semuanya itu adalah satu agenda peribadi Tun Mahathir bla bla bla ....namun segala dakwaan yang dinyatakan dalam Deklarasi itu langsung tidak disentuh mereka !

Seperti kata Anina di bawah -



KLiK untuk ke Youtube

Ramai pihak yang bertanyakan tentang agenda di sebalik Deklarasi Rakyat. ... apakah ianya merupakan agenda peribadi yang dibawa oleh Tun Mahathir, adakah ianya agenda peribadi Lim Kit Siang ataupun adakah ianya agenda untuk menjatuhkan kerajaan BN ?

Namun sehingga kini, belum ada seorang pun di pihak Najib yang tampil untuk menjawab walau satu pun soalan yang ditimbulkan oleh rakyat dalam Deklarasi Rakyat. Misalnya soalan berkaitan dengan SRC, 1MDB dan RM2.6 bilion.

So ... Najib, bila lagi nak jawab ? Rakyat sedang menunggu ....

( Anina dah berhenti dari jadi pensyarah dek tekanan dari dunia politik ! Kini beliau jadi usahawan Baju Kurung Kedah secara online. KLiK - FB Anina Saadudin Exquisite dan berikan sokongan anda )

Kalaupun Deklarasi Rakyat itu merupakan deklarasi Mahathir ..... Najib masih perlu jawab isu RM2.6 bilion dan lain2 .

Kalaupun ia deklarasi Lim Kit Siang, apakah Najib tidak perlu beri penjelasan tentang RM2.6 bilion dan duit SRC yang masuk akaunnya ?

Kalaupun ia agenda peribadi Tun Mahathir, duit bilion2, juta2 ringgit itu masuk akaun siapa ? Dan siapa yang belanja sakan dengan duit itu ? 

Malah kalau ia agenda mahu menjatuhkan kerajaan sekalipun, apakah FAKTA tentang duit yang masuk akaun Najib itu tidak perlu dijawab ?

Terbaru, Umno juga menghasilkan satu deklarasi sendiri, Deklarasi Putrajaya, yang diedarkan ketika mesyuarat cawangan2 Umno dan ahli2 diminta sain untuk dijadikan usul. Tak pernah dibuat oleh Umno sebelum ini !

Kalau bukan teracam dengan Deklarasi Rakyat, apa lagi ? Kalau bukan menggelabah dengan gerakan jelajah yang dilakukan oleh Muhyiddin, Mukhriz, Tun Mahathir dan GKCM, kenapa perlu diminta ahli2 setuju gerakan seumpama itu dihalang ?

Di bawah adalah salinan Deklarasi yang diberikan kepada cawangan2 Umno Selangor untuk di sain ahli (KLiK) -




Sama juga persoalannya - Apakah dengan adanya Deklarasi Putrajaya itu maka Najib tidak perlu jelaskan isu2 RM2.6 bilion dan berjuta2 ringgit lagi yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan telah dibelanjakan itu ?

Ini bukan fitnah tapi kenyataan ! Rakyat mahukan jawapan dari Najib !

Kenapa Najib TAKUT nak jawab ? Bukan saja pada rakyat malahan dalam Parlimen pun Najib mengelak ..... alahai Najib, Najib ......

Bukan soalan spontan saja malahan soalan bertulis yang diberikan notis supaya jawapan dapat disediakan lebih awal pun, Najib tak boleh nak jawab !

Ahli Parlimen yang mengemukakan soalan, sekiranya soalan itu ditolak akan diberikan sekeping surat pemberitahuan dan ditulis sebab kenapa ia ditolak. Di bawah adalah contoh jawapan yang saya terima dari seorang ahli Parlimen yang mana soalannya berkaitan RM2.6 bilion telah ditolak. 



Soalan ditujukan kepada PM meminta penjelasan rasmi kerajaan berkenaan penafian Menteri Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Dato' Seri Najib Razak bukan derma politik dan bukan dari Kerajaan Arab Saudi tetapi adalah satu pelaburan dari rakyat awam.

Dewan telah menolak soalan itu dengan alasan - Pertanyaan-pertanyaan bolehlah diarahkan kepada Menteri-menteri berkenaan dengan : (a) hal-hal yang dalam urusan jawatan mereka.


Adakah alasan itu membawa maksud yang 'derma' itu bersifat peribadi dan PM tidak jawab ?

Kita membicarakan soal integriti, sifat jujur dan amanah pada Perdana Menteri ! Sifat2 yang wajib ada pada seseorang untuk beliau memegang jawatan PM. Ia berkenaan LAYAK ATAU TIDAK Najib memegang jawatan PM. Apakah itu juga tidak relevan untuk ditanya ?

Habis tu, BILA dan Di MANA rakyat boleh tanya Najib soalan sebegitu ?

APA YANG PAYAH SANGAT NAJIB NAK JAWAB NI ? ? ? 

Duit masuk juta2 buat senyap2 ....... belanja juta2 pun buat senyap2  .... bila rakyat tanya pun, nak buat senyap2 ?

Ni apa punya Perdana Menteri yang kita ada ni ? ?

Pendek kata, sebanyak mana pun Deklarasi yang ada, apapun niat mereka yang kritik ...... Najib TETAP kena jawab kepada rakyat ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
abdul majid
AUTHOR
March 29, 2016 at 11:48 AM delete

Salam brother Din...

'Agenda untuk menjatuhkan kerajaan BN'...

Saya langsung tak faham kenapa BN perlu gusar 'jika benar' ada agenda untuk menjatuhkan BN. BN yang selalu laungkan yang mereka membela rakyat selama puluhan tahun.

Dari sudut mananya cara Chedet kini yang jelas satu cubaan menjatuhkan BN/kerajaan? Tun hanya mahukan our PM bertanggungjawab atas kemelut hasil ciptaannya iaitu 1MDB.

Pembangkang dah memang nama pun pembangkang, sure la tak lari dari tugas-matlamat mengambil alih sesuatu kerajaan negeri/persekutuan. Ada kah BN sebagai pembangkang di-Selangor, Penang & Kelantan tiada hasrat menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada sekarang ini?

Untuk waktu ini, saya tak nampak pun yang pembangkang sangat berhajat untuk menjatuhkan BN/kerajaan. Jika yea, kenapa 52 % yang mengundi pembangkang dalam PRU-13 lepas belum semua pun yang sudah tandatangani Deklarasi Rakyat.

Pembangkang pada masa ini seumpama WSJ yang masih menyimpan sebahagian peluru/point untuk digunakan kemudian hari...

Reply
avatar
Esa Adam
AUTHOR
March 29, 2016 at 1:31 PM delete

Din, Berapa kali nak jawab daaaaaa. Silap Najib juga. Kenapa tak jawab dalam bahasa Tamil. BM dan Inggris mana dia orang ni semua faham.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 29, 2016 at 1:59 PM delete

Betul tu.. Agenda, Agenda, Agenda tak abis2 yg nak dipersoal. Dah nama politik bersangka buruk tu mesti kena ada je.. Skrg apa pun "wayang" politik... rakyat tak nak jadi mangsa keadaan terus-terusan. Nak kata Tun ke, Kit Siang ke sapa2 je lah... Soalan-soalan utama bila nak bg penjelasan nih...

Reply
avatar