KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, March 12, 2016

dinturtle

Arahan Supaya Jangan Ada UsulTak Percaya Kepada Presiden ! - Mukhriz



Najib, Ku Nan dan beberapa pemimpin tertingi Umno sering menasihatkan ahli2 Umno supaya menggunakan saluran yang betul jika ingin bersuara apatah lagi jika mahu membuat teguran kepada kepimpinan parti.

Tapi waktu sama, mereka pula yang bersungguh2 menyekat saluran yang ada .... so apa citer ni ? Cuba dengar satu lagi pendedahan dari Mukhriz yang saya rakam pada 7 hb Mac ketika lawatan beliau ke Kota Baru.




KLiK untuk ke Youtube.

Setiap kali kita nak gunakan saluran yang betul, ada saja arahan daripada atas menyekat kita daripada bersuara.

Ini yang terbaru sekali, di Kedah pun dah berlaku, di negeri2 pun saya fikir dah berlaku... daripada Pengerusi Perhubungan guna Ketua2 Bahagian, dah bagi arahan - cawangan2 yang mula mesyuarat 18 hb Mac ini tak dibenarkan membuat sebarang usul undi tak percaya terhadap Presiden Parti.


Sebaliknya mesti buat usul - menyokong tak berbelah bahagi terhadap Presiden. 


Inilah masalah ataupun barah yang berlaku dalam parti kita, dalam keadaan kita ini (bagai) telur di hujung tanduk. Kalau berubah saja 2% daripada sokongan rakyat terhadap Umno, kita akan tumbang. Dan percayalah ketua2 cawangan yang hadir ini, kalau kita tumbang ... kita akan hilang jawatan Pengerusi JKKK kita dan kalau jadi pembangkang seperti Kelantan ini, JKKP pun akan hilang. Sebab kerajaan pusat pun akan tumbang.


Sekarang ini mungkin kita rasa masih lagi selesa walaupun kita pembangkang di negeri, tetapi kerajaan pusat itu masih BN, jadi kita masih lagi boleh hidup. Tetapi PRU14 ini, selagi DS Najib Tun Razak kekal sebagai Presiden percayalah, kerajaan BN akan tumbang di negeri dan juga di Persekutuan.


Dan kalau ini berlaku, kita akan menyesal tak sudah. Dan waktu itu sudah terlambat keadaan. Itu sebabnya kita mendesak agar Datok Najib ini undur segera, kita nak supaya dia undur dan serahkan jawatan Perdana Menteri itu segera. Dan kita akan gunakan masa yang ada ni, mungkin dua tahun sampailah Pilihanraya ni, untuk memulihkan keadaan. Peluang kita bukanlah saya nak kata cerah, kalau ada perubahan tapi sekurang2nya jauh lebih baik daripada keadaan sekarang ni.  


Sekarang ni, tanyalah siapa sekalipun, orang muda orang lama di dalam bandar di luar bandar pun, nak kata boleh ataupun tidak sokong BN dalam PRU14 ni, rata2 geleng kepala.


Yang kita dengar - tahulah apa kami nak buat PRU nanti !




Memalukan kepimpinan Umno di bawah Najib ni ! PENAKUT ! Takut mahu menerima kenyataan.

Ingat masa PAU baru ni ? Sampaikan Timbalan dan Naib Presiden pun tidak dibenarkan berucap ! Malahan yang saya dengar, nama Tun Mahathir dan Muhyiddin pun dilarang sebut sama sekali ...... macam itu ke gaya seorang pemimpin yang dibangga2kan sangat oleh macai2nya ?

                                      *****************************



 GKCM Mula Bercambah Di Pantai Timur !

Saya juga ingin melaporkan GKCM juga turut ikut serta bersama Mukhriz dalam lawatan ke negeri2 Pantai Timur baru ni. Beberapa orang pemimpin GKCM turut bersama2 Mukhriz bertemu dan berbincang dengan Ketua2 Cawangan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Disebabkan pertemuan adalah bersifat tertutup, maka saya tidak dapat siarkan gambar2 atau video. Saya difahamkan pertemuan2 itu adalah sebagai langkah permulaan dan akan disusuli dengan beberapa lagi pertemuan dalam masa terdekat dan seterusnya melancarkan GKCM Pantai Timur pula.

TERUSKAN PERJUANGAN !


dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 13, 2016 at 7:19 AM delete

Bravo! DMM,Berjuanglah sebagai manusia yang bertanggong jawab pada parti umno.Buat masa kini semua ahli-ahli umno buka mata dan lihat pemimpinan disemua peringkat dan anda mengenali sifat mereka sama ada musang berbulu ayam atau tidak.Kemungkinan penserelahan dapat kita nampak sifat-sifat mereka.Guna akal bagi kebaikan parti anda bagi mahu berfikir.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 13, 2016 at 7:30 AM delete

My prayers to GKCM and the like....Amin.

In Sya Allah we'll see the demise of Najib and no one will be sad when that happens!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 13, 2016 at 8:34 AM delete

Boleh percaya je ketua2 cawangan ni? Ketua Bahagian dan Naib Ketua dah dapat bahagian dedak masing2 mesti ketua2 cawangan nak pau sikit. Tapi usaha gerakan membongkar kesalahan najib ni kena diteruskan supaya ahli2 UMNO faham masalah besar negara ni jika najib masih berkuasa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 13, 2016 at 8:56 AM delete

188 ketua bahagian dah sign deklarasi taat setia tak berbelah bagi terhadap DS Najib. Apa lagi nak dirisaukan.
Mungkin DS Najib baru sedar yg hampir kebanyakkan ahli UMNO tak sukakannya.
Mandat DS Najib sebagai presiden Umno dah lama tamat pada PAU yg lalu.
Sepatutnya sebagai presiden Umno dalam tempoh pinjaman seperti ini tidak buat kerja pecat memecat dan sinkir menyingkir, tetapi cuma sebagai pentadbir saja.
Ingatan patut diberikan pada 'Ku' Nan supaya sedar diri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 13, 2016 at 5:37 PM delete

Perkara sebegini mmg adat bagi manusia munafik & tidak bermoral. Maka itulah yg digembar gemburkan gambar2 Najib berdoa yg tak lebih seperti iklan!
Bagi saya sebutir ayat pun yg keluar dari mulut Najib & talibarut tak boleh dipercayai!

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
March 14, 2016 at 11:19 AM delete

mohon jangan komen menggunakan semuanya huruf besar

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 14, 2016 at 12:09 PM delete

Alhamdulillah, terserlah kebodohan yg berkekalan utk ketua2 parti 'UNTUK MAT NAJIB ONLY'. Semoga mereka terus bersetia membabi buta bersama AhJib Go! hingga ke akhir hayat.

Cubalah google saja nama pemimpin suci depa ni dan baca apa dunia dok kata. Jgn asyik dok kata Mahathir dan Muhyiddin saja yg fitnah. Satu dunia beb... Parti 'UNTUK MAT NAJIB ONLY' mampu ka nak tangkis semua fitnah tu?

Aku terpaksa spesifik guna istilah parti 'UNTUK MAT NAJIB ONLY' sebab banyak ahli UMNO parti keramat dah malu AhJib Go! busukkan nama parti depa.

Reply
avatar
Rohana Saif
AUTHOR
March 15, 2016 at 10:54 PM delete

Maaf..apa jua alasan, kepentingan negara perlu diutamakan...ajib wajib diturunkan, umnooo wajib dikuburkan...umnooo dah jadi parti yg dipenuhi manusia2 yg tamakkan harta dunia, langsung tidak memikirkan kepentingan negara..bend dah hilang momentum perjuangan...spt kereta hampir kehabisan minyak...masing2 berkira tok mengisi minyak hgga x sedar keta akan mati di tgah jalan..kita memerlukan parti yg baru berkuasa..parti yg baru memegang nikmat kuasa pasti akan lebih berhati2 dlm setiap tindakan kerana takut kehilangan undi..pastinya kehendak negara jadi keutamaan...parti yg segar pasti fokus kepada masalah negara...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 11:28 AM delete

ketua bahagian yang bebgong pun kita cabut lepas ni....tsunamikan UMNO. Pilih ketua umno ikhlas berani dan not a copier of cash is the king

Reply
avatar