KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, March 26, 2016

dinturtle

Arul - 1MDB Tidak Sembunyi Apa2 Kepada Penyiasat. Tapi Kepada Rakyat ?

Mkini
Lama dah tak dengar CEO pujaan cai2 Najib ni bercakap ....  semalam Arul Kanda tampil di BFM89.9 dengan kenyataan 1MDB tidak ada sembunyikan sebarang perkara kerana 1MDB sudah melalui proses siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa tempatan mahu pun badan kawal selia asing.

Sebelum kita melenting dan mula hentam mamat ni, ada baiknya kita kaji kenyataannya terlebih dulu. sebab ada kebenaran disebaliknya. Ini masalah 1MDB ..... setiap ayat harus dikaji bagi memahami maksudnya yang sebenar. Tidak boleh diterima begitu saja sebagaimana kenyataan dari syarikat2 lain.

Contohnya, 1MDB tidak ada sembunyi apa2 ...... kita kena pastikan dulu DARI SIAPA ? Dari apa yang kita boleh fahami dari ayat di atas, Arul kata 1MDB tidak ada sembunyi apa2 dari PIHAK YANG MENYIASAT. 

So ..... kita tak boleh nak komenlah sebab kita tidak tahu apa yang telah didedahkan kepada pihak penyiasat dan ini termasuklah pihak Ketua Audit Negara. Masalahnya laporan akhir Ketua Audit itu telah dijadikan maklumat rahsia di bawah OSA. 

Kita cma boleh menunggu bentangan oleh PAC di Parlimen. Itu pun kita tidak pasti apakah yang bakal dibentangkan itu hasil kajian PAC ke atas laporan Ketua Audit Negara atau laporan Ketua Audit Negara itu sendiri ?

Kalau PAC buat keputusan nak sembunyikan maklumat ..... mana kita tahu ? Pendek kata, kita terpaksa bergantung kepada budi bicara Hasan Cari Makan.

OK, kita sambung lagi ......

"Malah, saya ingin jelaskan, berdasarkan siasatan awal oleh pihak Bank Negara Malaysia, peguam negara memutuskan tiada sebarang kesalahan (dilakukan oleh 1MDB),"

Well ..... yang ini kita boleh pertikaikan ! Sebab 3 hari lepas Zeti ada menyatakan -

"Mereka (1MDB) tidak mematuhi arahan, (oleh itu) bank pusat itu akan mengambil tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai seperti yang dibenarkan oleh undang-undang di mana bank beroperasi," ( KLiK )

Ia berkaitan isu 1MDB yang dilihat telah MENIPU semasa buat pengisytiharaan alasan dana dibawa keluar negara konon untuk tujuan pelaburan di Perancis bagai padahal semuanya di'labur'kan di Petrosaudi. Kenapa TIPU ?

Jika tidak ada kesalahan kenapa Zeti kata - "Bank Negara merancang untuk mengemukakannya (cadangan untuk tindakan),"

Sambung lagi ...... Arul kata,  Mengenai dana US$1.83 bilion yang diarahkan oleh Bank Negara Malaysia agar dibawa pulang, beliau menjelaskan ia telah ditukarkan dan dijadikan sebagai unit dana pada 31 Mac 2014, yang bernilai US$2.33 bilion.


Mengikut transkrip program khas Bernama TV With Arul Kanda pada Oktober tahun lepas, Arul berkata, 

14. DANA DI SINGAPURA




Mana satu ni ? Ditukar jadi Unit pada 31 Mac 2014 atau September 2012 ? 

Pemilihan tarikh 31 Mac 2014 yang disebut oleh Arul semalam itu kebetulan sama dengan tarikh akhir akaun tahunan 1MDB ..... tak tahulah samada ada kaitan atau tidak. Kita kena tunggu laporan akaun itu dikeluarkan terlebih dulu. 

Unit dalam apa ? Sampai sekarang kita tidak tahu ...... Mesti ada nama... contoh Unit ASB ke ..... apakah 1MDB sembunyi fakta ? Tidak .... 1MDB cuma tak sebut jer ! Kerajaan pula cuma sebut JUST UNIT.

Itu belum kita ungkit lagi PENIPUAN NAJIB di Parlimen mengenai kononnya ada duit cash di BSI Singapura !

Lagi Arul kata, Mengenai sejauh mana penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB - dalam pelan rasionalisasi syarikat itu, Arul Kanda berkata komunikasi adalah menerusi Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham.

Tapi siapa pula jadi bos Kementerian Kewangan ? Cit, orang yang sama juga ...... Najib Razak juga. Apalah Malaysia ni, takde orang lain ke yang layak jadi Menteri Kewangan ? Asyik2 nama tu juga ..... Dialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dialah Menteri Kewangan, dialah PM ... 

Hanya Najib Razak saja yang layak ! 

Dan nampak gayanya Najib TIDAK AKAN lepaskan mana2 satu jawatan pun ..... kenapa ek ? Dah kelam kabut, RUGI BILION2, Jual aset negara nak bayar hutang .... masih juga Najib tidak mahu lepaskan 1MDB kepada orang lain !

Jadi balik kepada tajuk artikel Mkini di atas - 1MDB tidak sembunyi apa2 .....  anda boleh terima ?

Kita terus konsisten, jalan terbaik untuk yakinkan rakyat adalah dengan mengadakan satu sesi soal jawab terbuka dengan pengkritik dan wakil2 dari rakyat di mana kita bebas untuk bertanya apa saja persoalan yang tergantung dan 1MDB kena jawab secara telus. Apa masalahnya kalau benar 1MDB tidak ada apa mahu disembunyikan ? 

Yang rakyat tahu, 1MDB ini banyak benda pelik. Dan Menteri atau pemimpin di pihak kerajaan kalau banyak soal akan dipecat ! Rakyat yang tanya banyak pula akan dilabel pembangkang.

Satu lagi berita adalah kenyataan KBAB yang Polis masih siasat 1MDB dan hanya menunggu PAC bentangkan laporan di Parlimen sebelum siasatan disambung.
Mkini 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
QalamQabut
AUTHOR
March 26, 2016 at 10:55 AM delete

Kesimpulan dari cerita dongeng ni ialah Mohd Najib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegoblokan 1MDB. Mohd Najib ialah Perdana Menteri genius yg mewujudkan 1MDB. Mohd Najib juga adalah Menteri Kewangan yg menyalurkan segala bantuan kewangan dan memberi jaminan pinjaman kepada 1MDB. Mohd Najib juga adalah Penasihat kepada 1MDB. Dia tahu secara mendalam malapetaka yg ditempah oleh 1MDB dan segala projek mengarut yg dicipta 1MDB sejak dari awal lagi. Dengan ketiga2 jawatan yg dipegangnya dia memberi restu, sokongan dan bantuan.

Kegagalan 1MDB adalah kegagalannya. Dia yg patut dipertanggungjawabkan atas segala hutang piutang, bukan rakyat jelata. Selama ini pun dia tidak pernah membawa bincang mengenai 1MDB di Dewan Rakyat (kalau tak salah aku…).

So Mohd Najib tak boleh dilepaskan lari dari tanggungjawab dan tanggunghutangnya.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 26, 2016 at 11:05 AM delete

Din,

1. Tolong check pasal apa aku takleh terima subscription utk blog kamu ni. Kalau entry terbaru masuk ke mailbox aku senang sikit, takyah nak jenguk dua tiga kali sehari.

2. Kamu ada simpan tak entry pasal IPP yg nak expired yg dibeli 1MDB? Juga lain2 posting berkaitan 1MDB. Sedih juga bila blog lama kena sekat, hilang bahan rujukan.

3. Apa pun tahniah sebab dedikasi kamu masih macam dulu jugak, Sentiasa ada 'breaking news' dan 'klip exclusive'. Bravo...

TQ fr QQ

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 26, 2016 at 11:45 AM delete

Betul tu IGP masih siasat isu 1MDB, siasat orang yang masih nak heboh isu ini dengan mengguna opps 3T iaitu sesiapa TANYA,TERUS TANGKAP!!!

alfie

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 26, 2016 at 3:24 PM delete

“Something did go wrong in 1MDB and no one can deny that. The total debt was way out of range of its capital base. Secondly in 2009, 1MDB raised a RM5bil bond n the capital market but I was not privy to information about it,” said Nazir while responding to the audience during the question-and-answer session.

However, he added that his bonds team showed me that the transactions were not properly priced and was handled in a very unusual manner.

“So in 2009, based on public information, I said that something is not right in 1MDB,” said Nazir Razak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 26, 2016 at 10:32 PM delete




Tak siapa boleh nafikan salah laku dalam 1MDB: Adik PM


PETALING JAYA, Sabtu – “Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya.”

Demikian kata Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengenai syarikat pelaburan negara yang ditimpa kontroversi, – 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam sesi soal jawab pada program StarLIVE Business Series: Power Talks yang di Menara Star di sini, beliau berkata:

“Jumlah hutang adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya. Kedua, pada tahun 2009, 1MDB menerbitkan RM5 bilion bon ke atas pasaran modal tetapi tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenainya.”

Bagaimanapun, beliau berkata, bon itu telah menunjukkan bahawa urusniaga tidak dinilai sewajarnya dan dikendalikan dengan cara yang sangat luar biasa.

“Oleh itu, pada tahun 2009, berdasarkan maklumat awam, saya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB,” kata Nazir seperti dilaporkan The Star, hari ini.

Beliau berkata, terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga dan kebimbangan terhadap pertukaran juruaudit dan akaun yang tertangguh.

“Dari segi betapa besarnya salah laku, apa yang salah dan siapa yang melakukan kesalahan, itu adalah tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan tugas-tugas itu masih dalam proses,” katanya.

Nazir berkata, orang yang bertanggungjawab melakukan sebarang salah laku seharusnya bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tiada siapa lagi yang berani melakukannya sekali lagi.

Reply
avatar