KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 2, 2016

dinturtle

Belia Tolak Najib ! Masih Lagi Nak Dukung Biawak Itu ?

mkini
"Kami, para pemimpin belia Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

"Cinta kami kepada Malaysia tidak berbelah bahagi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini...

Itu antara kenyataan Syed Saddiq dari kumpulan belia negara, Challenger dan turut ditandatangani oleh 25 wakil anak muda lagi.

Anda boleh baca kenyataan penuh Challenger dalam versi Melayu dan Omputeh di SINI.

TAHNIAH! anak2 muda semua .... ternyata kita masih punya harapan. Kematangan anda jauh melebihi mereka yang berada dalam kepimpinan Umno dan kerajaan !



Masih tidak mahu menerima hakikat lagikah  ? 

Mereka ini mewakili generasi muda kita dan saya percaya ramai dari mereka juga adalah pengundi2 muda yang bakal mengundi pada PRU14 nanti. Tak perlu ditanya ke mana perginya undi mereka kelak, yang pasti bukannya kepada BN ...... selagi biawak hidup masih digalas Umno.

Dua tahun lagi PRU14 ! Apakah ada langkah2 yang efektif bagi menangani isu2 1MDB dan RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC yang begitu teruk menghakis keprcayaan rakyat terhadap kerajaan ?

Ya, AG sudah bersihkan nama Najib dalam isu RM2.6 bilion dan SRC ..... tapi apakah rakyat terima seadanya ? HAKIKATNYA rakyat menolak keputusan AG. Kerajaan boleh saja mendiamkan segala kritikan terhadap keputusan AG itu melalui tindakan undang2 tapi adakah itu jalan penyelesaian terbaik ?

Rakyat boleh dan akan diam jika digertak ..... tapi tak usah haraplah undi dari mereka ini.

Ya, AG juga boleh bersihkan 1MDB dan Najib bila tiba masanya nanti tapi apakah caranya sama dengan cara AG membersihkan Najib dalam isu RM2.6 bilion yakni dengan tidak menjawab sepenuhnya segala persoalan dan memaksa rakyat terima hujah2 dangkal ?

Masih mahu dukung dan belai lagi biawak hidup itu walaupun sudah terang tanpa perlu bersuluh, ia akan menuju kehancuran ?

Kali ini Umno sudah tidak boleh lagi bergantung harapan pada faktor Dap sepertimana sebelum ini. Isu Najib adalah lebih besar dan dilihat sebagai lebih membawa ancaman daripada isu perkauman dan isu pembangkang.

Kekal Umno bermakna kekalkan Najib bermakna bangsa dan negara HANCUR !

Apa bezanya kalau pembangkang menang sekalipun ? Selagi Umno menjadi Parti Najib, tidak ada bezanya dengan pembangkang ......

Tak percaya ? Kita CABAR Umno untuk lakukan bancian atau paling tidak pun, buat satu pungutan suara baik dikalangan rakyat mahupun di kalangan ahli2 Umno akar umbi. Jangan syok sendiri dengan kenyataan2 bodek macai2 Najib yang sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa Umno semakin ditolak pengundi.

Jangan lupa, PRU13 Umno menang atas dasar ehsan pengundi2 Melayu atas pagar yang masih takut kepada dominasi Dap..... bagaimana kalau kebencian terhadap Najib MELEBIHI ketakutan terhadap dominasi Dap ?

PS - Kepada yang masih belum mengundi dalam Bancian yang saya lakukan, sila KLiK http://dinturtleoriginal.blogspot.my/  , bancian akan ditutup jam 1 petang esok.




Imej saya copy jam 10:30 pm tadi. Seribu lebih IP sudah mengundi selama 3 hari ini. TerimaKasih ! Bukan senang nak dapatkan 1k, tanyalah mana2 blogger yang pernah buat bancian. Apalagi untuk blog yang baru dibuka yang mana linknya tidak ada dalam senarai bloglist blogger2 lain.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 11:37 PM delete

Padan muko Bangsatwan... pemakan dedak bolehla dia bangsatkan sbb bodoh mcm lembu kondo... rakyat semuo sudah sedar skrg krn data dan maklumat hanya di ujung jari... klu PRU 13 Bangsatwan boleh menang atas tiket melayu... PRU 14 ni jgn haraplah... UMNO totok pun sdh menyampah dgn perangai Bangsatwan dan konco2 pemakan dedak nya... ditambah lg dgn kesedaran belia2 yg lebih update dari lembu2 kondo pemakan dedak tegar... maka tunggu lah kehancuran sebuah kerajaan kepimpinan Bangsatwan yg mana org melayu tidak lg boleh bergantung harap... sprt kata Din... klu dah sama perangai dgn kepimpinan DAP bahkan terlihat lebih terukkk... maka tiada beza nya undi pembangkang maupun parti pemerintah... klu tk sdr lg wahai lembu2 kondo... tkade ape lg yg boleh diperkatakan... kita tunggu lah ape tindakan rakyat pd PRU 14 nnt...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 9:30 AM delete

Tun M dulu pernah sentuh pasal "Budak Tingkat 4"...mana budak tu sekarang? Dia penulis buku "PRU 13" - tapi pernah keluar di FB yang dia ni penyamar. Mana budak tu? Ada satu laporan mengenai 1MDB bahawa ada beberapa individu (13 individu kalau tak silap) lain yang tidak boleh dikesan adalah penerima wang ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 4, 2016 at 11:20 AM delete

Wassalam. Syabas anak muda you have lead the way. It high time that we think of our future. I may not be able to see all this but I do hope and pray that my generation will benefit. These hypocrites must go those who blindly support him must never be elected ,particularly those Sabahan ministers.My suggestion " why not have the election in six months time rather than in 2018?

Reply
avatar