KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, March 19, 2016

dinturtle

Bersama Muhyiddin Dan Mukhriz Di Kota Tinggi Johor - Gerenti Tak Lari Punya ! Boleh Tanya Soalan.....



Mesej kepada rakyat Johor yang ingin mendapatkan Kebenaran atau Cerita Sebenar dari tuanpunya badan, bolehlah bertemu sendiri dengan Muhyiddin dan Mukhriz di Kota Tinggi jam 9 malam hari Isnin.

Di jamin Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan LARI dari bertemu rakyat dan mereka juga tidak akan ELAK dari menjawab apajua persoalan dari rakyat. Mereka tidak akan lari ikut pintu belakang dewan !



Program Santai Bersama Muhyiddin dan  Mukhriz - Polemik Politik Masa Kini, Ke Manakah Arah Kita ?

Isnin, 21hb Mac 2016
Jam 9 malam
Tempat : Dewan Sri Teratai, Kampung Batu 4. Kota Tinggi, Johor.

Mukhriz pula pada hari yang sama iaitu Isnin 21 hb Mac akan bersama rakyat Johor di :

Pagoh jam 8-10 pagi
Tempat : Pekembar

Pontian jam 12-2 petang
Tempat : Restoran Zainab Bandar Pontian

Johor Baru jam 4-6 petang
Tempat : Restoran Cairo Nasi Arab Plaza Sentosa



Ucapan Muhyiddin di Perasmian Berkelompok Umno Cawangan2 Pagoh semalam -

1. Terima kasih atas ucapan YB Timbalan Ketua Bahagian.

Situasi mencabar ini menuntut keberanian yang luar biasa. Berani menyatakan yang hak bukan yang batil.

2. Kembali kepada pokok perjuangan dalam UMNO. Iaitu untuk membela agama bangsa dan negara. Menuntut kebenaran kerana dengan itu dapat memimpin orang Melayu ke jalan yang benar.

3. Ketika kita menghadapi cabaran yang getir hanya mereka yang berani sahaja akan berjaya.
Hari ini saya hadir sebagai Ketua Bahagian sahaja. Jawatan Timbalan Presiden telah digantung. Tetapi sebelum inipun telah digantung. Hadir perhimpunan agung pun jadi tunggul.

4. Saya melaksanakan satu amanah. Setelah dilantik ke pelbagai jawatan tentunya saya pikul amanah. Apabila ada kemungkaran saya bersuara dan bercakap di dalam kabinet dan di dalam parti. Tetapi apa yang jadi saya dihukum.

5. Saya bukan dilantik tetapi dipilih.

6. Seharusnya dengan sebab ada amanah yang diberikan kepada saya, saya bertanggungjawab melaksanakan amanah. 

7. Tugas membantu Presiden boleh ditafsir dengan begitu luas. Memberikan pandangan kalau ada perkara yang berlaku yang menyentuh urusan negara dan parti tidak boleh bincang seorang diri. Perlu bincang sama-sama untuk beri pandangan menegur dan mengkritik secara membina untuk menyelamatkan parti dan negara.

8. Tetapi antara sebab saya digantung ialah kononnya kerana saya tidak menjalankan tugas. Sebenarnya sebelum digantung jawatan pun saya telah digantung tugas dahulu. 

9. Saya disekat daripada menjalankan tugas. Bukan saya tak boleh bekerja. Mereka tak beri saya buat kerja. 

10. Apakah Presiden UMNO takut sangat dengan apa yang saya nak katakan dalam perhimpunan agung sehingga saya tidak dibenarkan berucap.

11. Presiden masih diselaputi pelbagai perkara yang memalukan kita sebagai ahli Umno. Di Parlimen diberitahu jangan bincang isu 1MDB. Parlimen institusi tertinggi negara takkan tidak boleh bincang isu besar negara. Tentu ada sesuatu perkara besar yang hendak diselindung.

12. Kerana keadaan sebegini rupa orang tidak percaya kepada pemimpin Umno.Tentu ada sebab musabab masalah yang berlaku negara menanggung beban. 

13. Saya jumpa dengan pekebun getah. Harga getah jatuh. Pendapatan bulanan RM200-300 sahaja. Di bawah paras kemuskinan. Mereka kata masalah rakyat berkait dgn masalah kepimpinan.

Saya memikirkan perkara ini bersama Tun Mahathir dan lain-lain. Sekiranya permasalahan besar berterusan, bila tiba pilihanraya rakyat akan buat pilihan. Dulu tak perlu buat pilihan. Terus saja undi BN. Sekarang ketua umno cawangan Pagoh pun tanya saya mereka nak undi siapa dalam pilihanraya. Ini dilema.

14. Punca permasalah besar Umno ialah kepimpinan Najib. Banyak isu yang berlegar di sekitar beliau yang dia tak jawab. Dia suruh DS Zahid jawab di Parlimen. Tapi tak boleh soal jawab di Parlimen. Sedangkan yang tahu ialah Najib. Kenapa dia tak jawab?

15. Jadi keputusan kami ialah desak Najib letak jawatan. Saya bukan nak jatuhkan kerajaan.
Saya bukan pengkhianat UMNO. Saya nak menyelamatkan UMNO.

16. Pemimpin lain bersepakat dalam isu sebesar ini. Kita perlu ketepikan fahaman politik. Pemimpin UMNO, PAS, DAP, AMANAH, PKR, NGO2 semua duduk bersama kerana matlamat kita nak menyelamatkan Malaysia bukan nak menjatuhkan negara. Anwar Ibrahim pun sokong kerana negara.

17. Dalam situasi nak menyelamatkan negara kita mesti bersatu. Ahli UMNO terlebih dahulu mesti bersatu. Ahli Umno Pagoh yang paling awal mesti bersatu. Takkan mereka nak gantung semua 20 ribu ahli Umno Pagoh. Kalau semua ahli UMNO bangkit di 191 bahagian, takkan mereka nak gantung semua.

18. Saya telah lama berkhidmat dalam UMNO dan kerajaan. Saya ada pilihan. Saya boleh bersara dan berehat. Tetapi ramai yang mengharapkan saya melakukan sesuatu. Jadi saya tak boleh berhenti. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Hussin S
AUTHOR
March 19, 2016 at 12:34 PM delete

Ya, benar dulu tak payah nak fikir apa-apa. Pergi aje ngundi. Pilihan tetap BN. Sekarang nak keluar ngundi pun dah terasa bebannya.

Masih belum terlambat ahli Umno buang segala beban yg menghalang kami dari mengundi BN. Kalau beban tu ada beratlah nak pergi mengundi.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 19, 2016 at 3:47 PM delete

Betul tu, kesetiaan sudah perlu dipertimbangkan. Dah tak jadi otomatik. Dan banyak pula risikonya jika tersalah pilih. Antaranya... menjadi musuh agama Islam, pengkhianat bangsa Melayu dan petualang negara.

Hebat UMNO...

Reply
avatar