KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, March 3, 2016

dinturtle

Bila Kerajaan Terengganu Nak Iktiraf Jasa MatSaid dan Sultan Yang Telah Menyelamatkan Royalti Minyak Dari Hangus Dek TIA ( 1MDb ) ?

Ingat nak tulis mengenai sidang akhbar Muhyiddin tadi tapi rakaman video yang dibuat tadi ada masalah sound jadi saya tunggu rakan keluarkan segmen tertentu itu dulu baru saya komen. 




Sekadar satu flashback ..... mengenai cadangan Najib yang mahu mencagarkan royalti minyak Terengganu sepertimana didedahkan oleh mantan MB Terengganu MatSaid tahun lepas.

Dengan apa yang kita dapat saksikan sendiri nasib 1MDB yang terpaksa bergolok bergadai menjual segala harta benda untuk membayar kembali hutangnya yang menggunung, ditambah pula fakta bahawa dari segi operasi, 1MDB tidak pernah untung pun ..... agak2lah, apa yang rakyat Terengganu bakal hadapi ketika ini kalaulah ditakdirkan pelan mencagar hasil royalti itu berjaya dilakukan dulu ?

Sudah pasti rakyat Terengganu akan bangkit PROTES ! 

Seharusnya kerajaan negeri Terengganu mengiktiraf Mat Said dan baginda Sultan sebagai HERO TERENGGANU kerana atas sebab ketegasan mereka yang tidak mahu menggadai harta masa depan rakyat Terengganu atas nama 1MDB, maka negeri Terengganu masih tetap menerima royalti minyak tahunannya.

Serius beb ! Entah berapa puluh tahun royalti itu mahu dijadikan cagaran oleh Najib untuk mendapatkan pinjaman bagi menjana modal bagi TIA ( sebelum bertukar jadi 1MDB ).

Tanah2 yang kini dijual oleh 1MDB itu ..... apa yang rakyat dapat ?

Gantikan tanah2 itu dengan royalti minyak Terengganu selama berpuluh tahun  ....... melopong jerlah rakyat Terengganu yang hanya mampu melihat saja hasil minyak disedut keluar dan royalti yang biasa diterima itu digunakan buat bayar hutang pinjaman kerana telah dicagarkan .....

Seharusnya kerajaan dan rakyat Terengganu berterimakasih kepada Mat Said dan Sultan mereka !

Jangan kerana perkara itu tidak berlaku atau kerana berjaya dihalang maka ia harus dilupakan begitu saja. Mencegah itu jauh lebih baik dari mengubati !

Mereka berdua bukan saja berjaya mencegah perkara hina itu dari berlaku malahan mereka juga berjaya mengelak entah apa saja perkara buruk yang bakal berlaku sekiranya ia tidak dihalang dulu. 

Bukan kecik anak jasa MatSaid dan baginda Sultan kepada rakyat Terengganu !


Oya, dari TMI bertarikh 14 Ogos 2015, Mat Said ada berkata -

Banyak perkara yang mencurigakan mengenai TIA, kata Ahmad, bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkannya, mengatakan beliau menunggu masa yang sesuai untuk membongkar segalanya.

"Saya simpan dahulu buat sementara waktu, bila sampai masanya saya akan dedahkan lagi," 

Bila lagi masa yang sesuai itu, Datuk Seri ? Dah masuk 7 bulan berlalu ......

PS - Jika ada yang masih yakin 1MDB itu satu projek berjaya, apakata anda minta MB masing2 supaya hulurkan bantuan dengan melabur atau mencagar harta negeri kepada 1MDB ? Pasti banyak dapat untung nanti, kan ..... 

PS2 - Takkan kerajaan Terengganu sekadar melepaskan luahan lega ala rakyat - Fuuuuuh, nasib baik ..... kalau tidak la ..... makan bilion2 ringgit tuh !
 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
jamil
AUTHOR
March 3, 2016 at 7:49 PM delete

Mulut dah tersumbat dengan dedak jadi tak dapat nak dedahkan lagi. Tunggu dedak dah nabis telan baru ugut nak dedah lagi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 9:34 PM delete

org yg desperate mcm najib boleh lakukan apa saja
bukan sumbat dedak saja
mungkin ugutan bentuk lain
dan perlu diingatkan
dato ahmad said terkorban ketana mpertahankan harta rakyat tganu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 9:48 PM delete

Gila punya kecut dan kalut blongang2 pro umno dok kutuk tun m. Kononnya tak kisah, tak takut, takde makna tun m keluar umno.

Tapi...dah 3hari berturut2 dok cakap pasal tun m. Tau takut...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 10:13 PM delete

Lambat laun akan terburai juga bangkai yang ditutup itu.Harapan najib apabila keluar dari arab saudi teruskan perjalanan ke us dan kan dah ada banyak appt.yang dibeli,tinggal disana mungkin Rakyaat Malaysia berasa lega sikit.Lepas itu baru fikir apa yang patut dibuat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 10:22 PM delete

Ya sesungguhnya lah...kena bagi anugerah negarawan ulung.najib kena merapak sembah ni, jgn setakat angkat bakul bapak aje.
Atau Najib boleh anugerah diri sendiri...'penjenayah ulung negara'. Nanti zahid & Anuar musa & azlina & nazri aziz boleh bg statement sepatah dua bodek...salleh kruak pun boleh tumpang semangkuk!

Reply
avatar