KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 1, 2016

dinturtle

BOM Baru Dari WSJ ? Sebenarnya 1MDB Mampu Kantoikan Segala Dakwaan WSJ .... Najib Pun Tak Perlu Saman WSJ !

Hari ini pendedahan oleh WSJ sekali lagi menggegar masyarakat dunia bila mendakwa Najib sebenarnya menerima lebih dari US$1 bilion, bukan US$681 juta sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

WSJ

Dan WSJ dakwa kesemua wang itu asalnya dari 1MDB.

Relaks .... jangan gelabah pula bila tengok artikel panjang dari WSJ itu. Sebenarnya WSJ cuma tambah sikit je lagi info dari apa yang sudah dilaporkan sebelum ini.

Masihkah anda ingat dakwaan WSJ pada pertengahan Disember tahun lalu di mana dikatakan 1MDB telah bayar US$850 juta kepada syarikat yang namanya mirip syarikat kepunyaan IPIC ( KLiK ) ? DAN satu lagi dakwaan WSJ pada pertengahan September tahun lalu di mana WSJ dakwa sebanyak US$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC untuk menebus Option ke atas saham Edra sebenarnya tidak diterima oleh IPIC ( KLiK ) ?

So, tambahan dakwaan dari WSJ kali ini cuma - kedua2 bayaran yang dibuat oleh 1MDB yang tidak diterima oleh IPIC telah dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited, yakni syarikat yang namanya mirip syarikat milik IPIC dan dari situ sejumlah wang yang tidak disebut secara spesifik, telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.






Angka US$2.4 bilion itu adalah jumlah deposit yang kononnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC kerana menjadi penjamin kepada pinjaman Goldman Sachs sebanyak US$1.4 bilion DAN US$993 juta yang kononnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC bagi menebus Option.

Pendek kata - WSJ dakwa, dari syarikat yang namanya milik syarikat IPIC itulah datangnya wang yang masuk ke akaun Najib.

Yang didedahkan sebelum ini dan kemudiannya Najib mengaku terima adalah US$681 juta. Tapi wang yang disalurkan ke syarikat palsu itu hampir US$2.4 bilion. Sebab itu WSJ kata, mungkin lebih dari US$1 bilion telah disalurkan ke dalam akaun Najib.

Faham ? Mudah jer kan .....

Artikel WSJ itu turut disebarkan akhbar berpengaruh di England The Guardian .....glamer lagi Najib !

TheGuardian
                                        ********************************************                 

Penafian dari 1MDB - "1MDB secara konsisten menegaskan bahawa ia tidak membayar apa-apa wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri,"

"Justifikasi mengenai serangan berterusan mereka adalah maklumat itu diperolehi daripada sumber yang tidak dinamakan dan tanpa nama.


"Bersandar kepada sumber tanpa nama, yang belum tentu wujud, pihak Wall Street Journal mengkhianati piawaiaan kewartawanan asas dan tersasar daripada membuat laporan yang seimbang," kata 1MDB. - Mkini.


Adooooi ... boringlah jawapan cliche dari 1MDB ni. Sebelum 1MDB jawab pun kita dah boleh agak apa respon 1MDB.


Kalau ikutkan dakwaan WSJ di atas, WSJ tidak pun sebut yang 1MDB bayar wang ke dalam akaun Najib. WSJ sebut wang itu BERASAL ( originated ) dari 1MDB. Adalah entiti atau syarikat di tengah2 yang menjadi pengantara.

Secara teknikalnya, memanglah 1MDB tidak bayar terus ke dalam akaun Najib. Tapi ada atau tidak 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd ?

Betul ke 1MDB bayar hampir US$2.4 bilion kepada IPIC dan IPIC terima sebanyak itu ? 

Kenapa tidak dapatkan bukti bertulis ( surat umpamanya ) dari IPIC yang mengesahkan IPIC ada menerima wang itu ?

Kan senang ...... ? Tak perlu nak bertaichi jawap, tak perlu nak ikut sama melemparkan pelbagai tuduhan macamlah 1MDB ini entiti politik, Dan paling penting ...... Najib tak perlu menunggu hari Selasa yang tepat untuk menyaman WSJ bagi membuktikan dakwaan WSJ itu palsu !

Nampak tak ? Jawapannya ada di tangan 1MDB ! 1MDB mampu menangkis kesemua dakwaan WSJ tanpa mengeluarkan kos pun. 1MDB juga mampu menyelamatkan maruah Najib yang sememangnya BLUR dalam semua hal ini. 1MDB juga mampu menyelamatkan maruah rakyat dan nama negara dari ditertawakan masyarakat dunia !

APA YANG SUSAH SANGAT 1MDB NAK JAWAB ?

Kesemua dakwaan WSJ itu ada kaitannya dengan perjanjian pinjaman Goldman Sachs yang mana IPIC menjadi penjamin. Sebagai balasan menjadi penjamin ..... ( haaaa ini yang jadi pertikaian ) 1MDB kena bayar deposit US$1.4 bilion kepada IPIC dan 1MDB beri Option untuk memilik 49% saham Edra. Bila 1MDB nak hapuskan Option Edra itu, 1MDB terpaksa bayar pampasan kepada IPIC.

Deposit dan pampasan itu yang didakwa oleh WSJ sebagai tidak diterima oleh IPIC, sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat palsu yang kemudiannya memasukkan wang ke dalam akaun Najib.

Nah, mudahkan senarionya. Sepatutnya adalah satu perkara mudah bagi 1MDB untuk kantoikan WSJ ! Semua bukti ada pada 1MDB. Dedahkan perjanjian penjamin itu, dan segala pembayaran dan bukti penerimaan .... settle.


TAPI KENAPA SUSAH SANGAT 1MDB NAK JAWAP ? ?


Dan nak panjangkan lagi kemelut berkaitan IPIC / Aabar ni ..... JUST UNIT hasil dari pelaburan 1MDB-Petrosaudi juga dijamin nilainya oleh Aabar / IPIC !


Takde syarikat lain ke yang 1MDB ni berurusan selain dari IPIC / Aabar ? Kata international .... takkan dengan SATU je syarikat ? Balik2 IPIC ..... balik2 Aabar .....  Pelik juga kan ....

Dan kenapa susah sangat 1MDB nak jawap padahal semua bukti ada di tangan 1MDB ? Mudah sangat nak kantoikan WSJ tanpa perlu saman menyaman tapi ternyata ..... macam ada perkara yang 1MDB nak sorok ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
ANIL
AUTHOR
March 1, 2016 at 9:30 PM delete

Cer citer Mader mintak tolong Rothschild masa peristiwa SUBUH! Demi ISLAM kita kena bongkar semuanya....ada berani? Tapi kalau berkiblat kan POLITIK...ENTAH LAH...for Record Aku nyampah ngan Politik Demokrasi BN ke PR ke..dua2 tak leh pakai cume pikir tembolok sendiri. Ayat paling popular..'Demi Rakyat'...kelako betul..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2016 at 10:04 PM delete

Apa lagi yg 1MDB boleh buat Din.. Dah memang kantoi salah. WSJ takkan berani publish kalau facts dia orang tak betul. Bila PM muka seposen kita tu dah berambus, barulah 1MDB will sing a different song.. Sementara tu main rekod rosak je lah.. deny! deny! deny!

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
March 1, 2016 at 10:28 PM delete

Satu2 lah .... kita settlekan yang 1MDB ni dulu, OK ? Sebab benda ni TENGAH BERJALAN dan Najib pula MASIH PM. Lepas settle yang 'ongoing', baru kita buka cerita lama pula.... setuju ?

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 2, 2016 at 10:10 AM delete

Betul tu. Kalau nak korek, kita korek habis2, sampai lubang cacing. Tak peduli dia Tengku Abd. Rahman ke, Tun Razak ke, Mahathir ke. Tapi kena settle PM yg sedang bermaharajalela ni dulu.

Lepas kita korek semua buruk dan busuk mantan PM, masih tak puas hati jugak lagi, kita korek buruk dan busuk para artis pulak Lepas tu mak bapak kita pulak. Baru adil kan? Aku tau ramai yg geram dekat mak bapak dema sendiri, bagi kasih sayang yg tak adil. Itu belum masuk lagi dema yg kena buang dalam tong sampah. Belum termasuk anak yg kurang diajar dan terlebih ajar...

Tapi macam Din cakap kita settle hal yg menggugat negara ni dulu, kisah yg sedang berlaku. Aku sokong. Lepas tu kita heret sorang2 ke mahkamah rakyat. Kalau tak sempat kita tunggu dema di akhirat. Takleh escape nyer...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 11:12 AM delete

Semoga Allah merahmati usaha murni mu Din.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 4:36 PM delete

IPIC tu nama lain bagi Najib kot?? cer siasat tengok... tak pun syarikat dimiliki Najib ...
Menipu je kerje nye...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 4:40 PM delete

Salam bro din...laporan2 macam ni kalau tunjuk kat org2 kg yg buta internet pun boleh mudah paham macam mane Najib curik duit. Ringkas dan straight to the point.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
March 2, 2016 at 5:24 PM delete

IPIC tu memang satu syarikat yang BESAR dan berdaftar dengan London Stock Exchange. Aabar adalah anak syarikat IPIC.

Kebetulan ..... dua orang penting IPIC diberhentikan kerja tahun lepas dan kebetulan mereka berdua amat rapat dengan 1MDB .....

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 2, 2016 at 5:58 PM delete

1MDB hantar wang dekat satu syarikat Aabar Investments PJS Ltd di Virgin Island. IPIC dan Aabar cakap tak ada terima duit pun, dan tak ada syarikat dema di Virgin Island. So IMDB sebenarnya hantar $850 million melalui MH370 yg hilang ntah ke mana. Macam mana kita nak tuduh duit tu sampai ke AhJib Go?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 9:27 AM delete

Cayalah statement!...

Reply
avatar