KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 1, 2016

dinturtle

DULU Umno... Bersama Rakan Seperjuangan, KINI Umno ..... Bersama Rakan SePerdosaan ! ?

Berikut adalah reaksi GKCM kepada tindakan Tun Mahathir keluar parti Najib. Apa yang menariknya kenyataan GKCM ini adalah dakwaan bahawa Parti Najib kini dibarisi oleh Rakan2 SePerdosaan  ( bukan seperjuangan ! ) .... adeeeeh ....  yang buat dosa sebagaimana ditulis itu pasti tak tidur lena.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, jika anda merasakan kehadiran anda di dalam Umno dapat menyumbangkan kepada perjuangan menentang kemungkaran, maka teruskanlah.

Tapi kepada mereka yang hanya senyap membisu walaupun mengaku Umno itu sudah rosak teruk, anda juga dikira bersyubahat sama. Mungkin banyak manafaat yang anda dapat dari Umno kot hingga nak bersuara pun takut..... wallahualam.

                                ******************



Keadaan UMNO semakin gawat. 

UMNO kini merupakan sebuah parti politik yang sedang sakit tenat yang diurustadbir oleh pemimpin-pemimpin yang sakit kurap korup. 


Setelah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan UMNO, akhirnya Tun mengambil keputusan utk meninggalkan UMNO kerana beliau mendapati bahawa UMNO dibarisi pemimpin yang mempunyai jiwa yang sudah sakit.

Ramai di kalangan ahli dan masyarakat yang bertanya kepada GKCM mengapa tiada suara dari kalangan pemimpin yang mahu bersuara diatas salahlaku presiden yang semakin lama semakin membukit. Mengapa? 

Kita tidak perlu mempunyai otak Einstein utk mendapatkan jawapannya. 

Mana mungkin ada di kalangan MT yang berani bersuara menentang presiden kerana semua yang ada dianggap sebagai RAKAN SEPERDOSAAN diantara satu sama lain. 

Jika kita amati barisan kepimpinan termasuk MT yang sewenang wenangnya menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden, kita pasti akan mendapat jawapannya. 

Mereka semua mempunyai rahsia hitam yang hendak dirahsiakan sesama mereka sendiri. Mereka tahu bahawa rahsia ini akan digunakan ke atas mereka jika mereka berpaling tadah. 

Dari sudut sejarah pemimpin Melayu sering dikaitkan dengan masalah politik wang rasuah, seks haram dan salahguna kuasa. Apakah pemimpin UMNO yang ada pada hari ini masih dibelenggu oleh masalah ini? 

Apakah mereka takut rahsia ini akan terbongkar dan mereka akan kehilangan kuasa? 

Apakah akan terjadi dengan keputusan Tun Mahathir meninggalkan UMNO?  Sudah pasti ahli dan masyarakat umum akan rasa sedih dan kecewa.

Namun Rakan-Rakan Seperdosaan dalam barisan kepimpinan UMNO tidak langsung terkesan dengan tindakan Tun itu. Malahan mereka lebih selesa selagi dosa mereka tidak diketahui umum atau tindakan diambil terhadap mereka.

1 - Siapa yang meninggalkan isteri untuk bersama gadis yang selalu menemani ketika kesunyian? 

2 - Berapa jumlah yang ada dalam akaun? 

3 - Siapa yang membeli 4 buah rumah sekali gus dalam perumahan yang sama ketika rakyat miskin hanya mampu melihat semua rumah tidak mampu dimiliki? 

4 - Siapa yang dapat kontrak menyalakan PWTC setiap malam hari? 

5 - Siapa yang anak-anak remaja mereka hidup dalam serba kemewahan dan berpoya poya? 

6 - Siapa yang sentiasa meminta komisen setiap kali ada yang memohon sesuatu? 

7 - Siapa yang membeli hartanah di Australia yang melebihi harga pasaran semasa? 

8 - Siapa yang menguruskan pembelian hotel di London dan apa habuannya? 

9 - Siapa yang dapat apa dengan pembelian hotel di PD? 

10 - Siapa yang menguruskan GLC seperti syarikat miliknya? 

11 - Siapa yang mempunyai hubungan baik dengan lembu yang menelan belanja ratusan juta? 

12 - Siapa yang kontraknya akan tamat dan mengharapkan ia disambung? 

13 - Siapa yang mempunyai anak yang mempunyai salahlaku jenayah? 

14 - Siapa yang pasangannya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu dan ini? 

15 - Siapa yang anaknya atau adik beradiknya mempunyai hubungan dengan towkay itu? 

16 - Siapa yang selalu tidak pulang kerana ada 'meeting' di tempat rahsia dengan alasan ada urusan yang tak dapat dielakkan? 

17 - Siapa yang kalah pilihanraya dan diberi nyawa semula untuk menjadi samseng kampung yang dibayar oleh UMNO? 

Apa reaksi GKCM ekoran keluarnya Tun dari UMNO? 

Kami akan melihat perkembangan terkini dalam negara. Buat masa ini kami akan terus menjadi lidah kebenaran yang berani bersuara dalam UMNO yang kini dipelopori oleh Majlis Rakan Seperdosaan. 

Kami akan menyokong tindakan dan langkah yg diambil oleh Tun walaupun kami masih berada di dalam. Tidak tahu berapa lama kami akan berada dalam UMNO. 

Hanya masa yang akan menentukan.


Presiden GKCM
KENYATAAN AKHBAR
SELASA 1HB MAC 2016

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 1, 2016 at 4:53 PM delete

Saudara, dedahkanlah satu persatu "skeleton in the closet" mereka-mereka itu. Cabarlah mereka saman jika tiada kebenaran. Kalau mereka menyahut cabaran itu dengan menunggu hari selasa baru nak saman, semya orang boleh faham sendiri

Reply
avatar
arthagraha
AUTHOR
March 8, 2016 at 3:57 PM delete

http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-03-08/ex-goldman-banker-to-malaysia-fund-said-subpoenaed-in-u-s-probe

latest ... hari ini

Reply
avatar