KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, March 12, 2016

dinturtle

GLC Yang Sepatutnya Buang Penasihat Bukan Petronas Tapi 1MDB !




Berita Tun Mahathir ditamatkan pelantikan sebagai Penasihat Petronas tersebar luas lewat petang semalam. Ada yang komen Tun Mahathir sudah lebih awal menulis surat perletakan jawatan itu pada tahun 2013 ( KLiK ) tapi ditolak oleh Najib ketika itu.

Itu menunjukkan yang Tun Mahathir tak sior pun pada jawatan itu. Takde hal pada Tun.

Berita itu langsung tidak mengejutkan kita. Malahan jika niat Najib mahu memalukan Tun Mahathir melalui tindakan itu, sebenarnya ia bakal terpercik ke muka Najib balik. Ia hanya menguatkan tanggapan rakyat betapa tidak matangnya Najib dalam soal pengurusan kerajaan !

So very the childish.... Macam budak2 ....

Petronas tidak punya sebarang masalah pengurusan ketika ini. Petronas sendiri berada dipuncak atas daya usaha dan kebijaksanaan Tun Mahathir. Petronas adalah salah satu ikon kebanggaan negara Malaysia dan kita harus berterimakasih kepada Tun Mahathir yang berjaya membawa Petronas sebagai antara sebuah syarikat paling berjaya di peringkat dunia !

Petronas adalah salah satu legasi Tun Mahathir. Setakat digugurkan dari jawatan penasihat tidak sekali2 mencacatkan jasa dan nama Tun Mahathir pada Petronas.

So .... jika Petronas tidak bermasalah, kenapa Tun Mahathir dipecat ?


KENYATAAN MEDIA

Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

‎Dengan itu, Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.


Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
11 Mac 2016

Versi omputehnya -



Oooooo.... rupa2nya sebagai tindakbalas kepada Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun.  Hahahahaha ...... memang SAH Najib ni bersifat keanak2an. Nak balas dendam rupanya ....

Sepatutnya dalam hal2 berkaitan GLC biarlah sebarang keputusan itu dibuat secara professional bukannya mengikut emosi. Kalau beginilah caranya kerajaan Najib mengurus GLC2, hancurlah jawabnya ......

Yang pasti, Najib tidak akan tercapai akalnya untuk berfikir secara professional. Sebab apa ? 

Sebab jika keputusan berkaitan GLC dibuat secara professional, GLC yang WAJIB buang penasihatnya bukanlah Petronas tetapi adalah 1MDB !

Jauh sekali membawa keuntungan kerana operasinya langsung tidak pernah untung malahan sehingga  terpaksa menjual aset2 negara kepada pihak luar semata2 nak bayar hutang ! Kemudian MEMALUKAN nama negara di seluruh dunia gara2 skandal kewangannya. Pendek kata - tidak ada satu pun hasil halal dari kewujudan 1MDB. 

Jauhnya perbandingan Petronas dengan 1MDB ni umpama langit dengan bumi ! Dan siapa penasihat 1MDB ? Nah..... kenapa kerajaan tidak lucutkan jawatan penasihat 1MDB yang tak guna satu sen pun itu ?


                                           *****************************

Saya ingin menarik perhatian kepada satu perenggan kenyataan PMO di atas -


Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

atau dalam omputeh -

The declaration aims to topple the democratically elected Government led by the Prime Minister, and is therefore against the law and the Federal Constitution.


Patutlah macai2 Najib semuanya begitu galak menyamakan usaha menjatuhkan Najib sebagai usaha menjatuhkan kerajaan ..... rupa2nya PMO pun sama !

Ni mesti ada arahan dari PMO kepada macai2 Najib sekelian ..... hahahahaha ....

Memang benarnya sangatlah kata Tan Sri Sanusi di artikel sebelum ini ( KLiK ), macam keanak2an ! ( oooops .... kenyataan 'keanak2an' itu saya potong sebab tak mahu panjang sangat videonya )

Apa kaitannya jatuhkan PM dengan jatuhkan kerajaan ? Bengong nya lah !

Najib letak jawatan, orang lain dalam Umno boleh gantikan. Status Kerajaan tak diusik langsung. Sebelum ini pun PM2 terdahulu letak jawatan juga ..... ada kerajaan Umno BN tumbang ? Malahan setiapkali jawatan PM bertukar tangan, BN akan menang besar sebab rakyat punya harapan tinggi kepada orang baru.


OK serius ..... jika benar Tun Mahathir dan rakan2 serta rakyat yang menandatangani Deklarasi itu bercadang mahu bertindak secara menyalahi undang2 sepertimana dakwaan PMO di atas secara bertulis, kenapa tidak pihak berkuasa bertindak saja ! ?

Apa ni Pejabat Perdana Menteri pun bermain dengan persepsi macam ni ? 

PMO seharusnya tampil dengan hujah2 bagi menyokong dakwaan seserius itu. Jangan sampai rakyat pula melihat PMO sebagai menFITNAH !

Buktikan bagaimana usaha Deklarasi Rakyat itu dikatakan sebagai menyalahi Undang2 dan Perlembagaan Negara.

                            ***********************

Pendek kata lagi - mengikut kenyataan PMO itu, rakyat diminta menerima konsep Najib itu Kerajaan dan Kerajaan itu Najib.

Tolonglah jangan buat lawak .....

Apakah sikap dan cara Najib itu melambangkan cara kerajaan Malaysia ? Dan semua kabinet serta penjawat awam harus mencontohi cara kerajaan Najib ?  Aduuuuuuh ..... HANCUR ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
John Trabotak
AUTHOR
March 12, 2016 at 11:45 AM delete

Najib pasti akan melantik bahlol xguna mgantikan tempat tun m sbg pnasihat petronas..lihat shj felda,diserahnya kpd si isa samad smp lingkup. Zmn najib,yg kenyang tergolek ialah yg pura2 bengong n xkisah apa nk jadi pd bgsa sndri di ms dpn.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 12, 2016 at 12:43 PM delete

Banyak dah GLC yg tenat bawah Najib tak bermoral ini! Kenyataan bukan main 'againts the law' ...phuh...saya dah terkata apa, hanya kalau boleh la, dlm angan2 memang suka jika boleh saya sumbatkan cili dlm jubur dia & talibarut2 dia selama mana yg saya suka....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 12, 2016 at 12:43 PM delete

Ini cara najib.. sebodoh2 pemimpin jika hanya yg bodoh je yg tinggal,akan jadi pilihan najib utk personal interestnya

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 12, 2016 at 2:45 PM delete

Dari kelmarin lagi aku dah ckp kat pemakan dedak najip..penasihat 1mbodo yang hutang billion2 tu apasal tak dipecat?

Nampak tak betapa teruknya kerajaan skrg ni?

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
March 12, 2016 at 3:28 PM delete

En DT..

Ayat En Din "malahan setiap kali jawatan PM bertukar tangan, BN menang besar sebab rakyat punya harapan tinggi kepada orang baru"
Kena tambah sikit....
Kecuali bila Najib ganti Pak Lah BN menang tipis !!!
Itulah...tanda2 awal dia ditolak dah ada tapi dia ni buat tak kisah sbb dah ada niat nak jadikan cash is king sbg senjata untuk berkuasa ( 2.6 bil dah ada dlm akaun wooi...tp org belum tahu!!)

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 12, 2016 at 4:22 PM delete

Alkisah maka kita yg sehaluan ini terpaksalah terima hakikat bahawa sebenarnya kita ini adalah PEMBERONTAK.

Haram orang Islam memberontak utk jatuhkan kerajaan Islam.

Tapi bagi aku tak haram kalau kita nak halau haramjadah yg merosakkan agama, bangsa dan negara kita.

Memang semakin hari semakin jelas Perdana Menteri Malaysia yg berkuku besi ini pemimpin yang demokrataik.

Reply
avatar
Otak geliga
AUTHOR
March 12, 2016 at 4:27 PM delete

Sistem pemerintahan skrg mmg yg terbaik dan wajib diteladani sepanjang zaman di seluruh dunia. Harap2 PM kita akan diberi penghormatan untuk berkongsi cara pemerintahan di Malaysia yang mempraktikkan "SEGALA YANG ADA DI MALAYSIA ADALAH MILIK KELUARGA PM".

Terima kasih PM & I LOVE PM.....peace yo!

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 12, 2016 at 7:43 PM delete

Tolong perbetulkan: 1MDB, bukan 1mbodo.

1MDB bermakna One Malaysia Dah Bengong, tapi AhJib Go! dan UMNO (dah tukar dari United Malays National Organisation kepada Untuk Mat Najib Only) kata takde apa2 pun, releks je... Itulah padah memakan dedak, nak kena sembelih pun tak sedar2. Heh heh heh... kesian sungguh...

Reply
avatar
tebing tinggi
AUTHOR
March 12, 2016 at 9:11 PM delete


Kena redha je leaa ,apa nak buat . Berbuih mulut pon yang berkuasa tetap dengan kuasanya .

Najib suka UMNO suka ,lain orang apa dia peduli .

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 12, 2016 at 11:39 PM delete

Nek, aku rasa kita tak boleh tuduh dia dah pasang niat macam tu sejak awal2 lagi.

Memang aku puji dia banyak juga bawa kebaikan kepada negara. KPI dan NKRA semua tu mmg baik utk tingkatkan keberhasilan negara. TDM sendiri pun puji dia. Malangnya dia cuba nak outperform TDM. Walaupun dah ada Khazanah, dia tubuh lagi 1MDB. Di situ lubang nak dapatkan wang mula terbuka, agak aku le... Aku tak berani tuduh siapa yg sesatkan AhJib Go! ni tapi aku rasa kita masing2 dah boleh agak.

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
March 13, 2016 at 12:36 AM delete

En QalamQabut...

Nenek bukan saja2 nak tuduh..1MDB ditubuhkan 2009...pilihanraya 2013...
Ha...cuba semak bila 2.6 bil ada dlm akaun dia..
Kan dia kata dah guna utk pilihanraya 1.5 bil..tak caye tanya ngan KM Melaka...

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 13, 2016 at 9:50 AM delete

Nenekghuffran,

Tak ada masalah, kalau itu rasa hati Nenek. Aku cakap pun apa yg aku rasa jugak. Hati aku lebih rela terima pengakuan AhJib Go! yg katakan Tok Arab yg bagi dekat dia. Dia yg tahu kebenarannya, bukan aku.

KM Melaka hanya mengaku BN belanja 1.5b utk PRU 13, mengesahkan kenyataan DSMukhriz adalah benar, bukan fitnah. Tapi dia tak sebut pun wang itu datang dari mana. Tak berani aku nak tuduh itu wang dari 1MDB. Nak cakap itu wang derma dari Tok Arab pun tak boleh, tapi secara logiknya itulah sumber yg dah sahih yg kita tau.

Aku tak mau jadi macam AhJib Go! yg dah mula buat kenyataan2 yg bersifat propaganda semata2, tuduh Deklarasi Rakyat itu agenda peribadi TDM, sekejap cakap rakyat tak tau sekejap kata rakyat ditipu. Hakikatnya dia yg menipu, menipu rakyat dan menipu dirinya sendiri. Sebab tu dia makin gelabah sekarang. Dan semakin banyak tindakan2 yg berunsur kukubesi terpaksa dilakukannya demi survival pemerintahan demokrataik pimpinannya.

Biar AhJib Go! dan segala peringkat pemakan dedaknya saja yg menipu. Kita cuba elakkan walaupun sekadar membuat serkap jarang. Biar asak mereka dengan pertanyaan demi pertanyaan. Kita mahu cari pencerahan, mahu cari kebenaran, bukan membuat tuduhan melulu atau menyebar fitnah. Itu pendirian aku.

Saudara kita Din ni pun begitu, semua bersandar fakta yg sahih. Aku ingat lagi, sanggup dia ke Kelantan utk cari maklumat paling tepat bila sorang tok guru pondok difitnah hanya sebab terima derma dari kerajaan. Memang aku tabik kamu Din, sentiasa mencari kebenaran walaupun terpaksa menongkah arus dan bertukar arah.

Aku percaya perjuangan kita tak sia2. AhJib Go akan tersembam juga dalam masa terdekat ini. Tak perlu tunggu PRU 14, itu pendapat aku.

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
March 13, 2016 at 4:05 PM delete

En QalamQabut...tk,

Nenek bangga dgn pendirian awak tu...bagus...mmg kita tak sepatutnya bersikap buruk sangka. Sikap begini mmg dituntut dlm ajaran Islam. Cuma jgn sampai ianya menjadi sikap 'takape' hingga musang berbulu ayam pun kita tetap sangka itu musang...

Nenek pun tak kata 1.5 bil atau 2.6 bil tu dr mana...cuma nenek sebut 1MDB tubuh tahun 2009. Nenek cuma ikut skrip drama yg tengah pecah panggung ni..makanya En QalamQabut pun telah bersangka sesuatu dgn apa yg nenek tulis...he..he..

Ok..takpelah... berbaik sangkalah sesama kita kerana harapan kita sama iaitu AhJib Go dpt disembamkan!

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 13, 2016 at 5:03 PM delete

Takde masalah Nek. Tegur menegur tu amalan yg baik, ingat memperingati sesama kita.

Tengah tunggu kot ada berita baik di AKJ, Tapi tak taulah, approve ke tidak skrip tu...

Camne pun usaha kena teruskan supaya dema seperti Pompuan (di AKJ tu) dapat lihat situasi yg sebenar di negara kita ni. Kita boleh cuba bagi dia buka minda, tapi terpulang kat dia mana nak sokong Kita tak boleh paksa orang sokong kita.

Reply
avatar