KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, March 28, 2016

dinturtle

Halangan Utama Deklarasi Rakyat - Rakyat Masih Takut Untuk Bersuara Secara Terbuka


Ramai yang bercakap mengenai majlis Kongres Rakyat yang berlangsung semalam. Ramai pemidato/penceramah yang memberikan pandangan, meluahkan kegeraman dan cuba memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa pentingnya Najib diturunkan dari takhta Perdana Menteri seberapa segera mungkin.

Seperti biasa, bukan pengisian ucapan yang akan dikomen oleh cai2 Najib yang sedaya upaya mencari kelemahan Kongres itu untuk diperlekehkan dalam penulisan mereka. Paling utama strategi mereka adalah dengan bermain dengan bilangan yang hadir, konon tak ramai.

Saya hadir di Kongres Rakyat dan saya lihat dewan penuh dengan hadirin rata2 tidak berganjak dari tempat duduk sepanjang 5 jam kongres berlangsung ! Itu menunjukkan betapa setiap mereka yang berdiri di rostrum berjaya menarik minat hadirin kepada ucapan yang disampaikan.

Di luar dewan juga ramai yang berlegar dan ada yang menonton menerusi TV yang disediakan di luar memandangkan hanya mereka yang diberikan pas saja boleh masuk dewan.

Tatkala Tun Mahathir berucap selaku penceramah terakhir, dewan penuh sesak dan kelihatan ramai yang berdiri memenuhi ruang belakang dewan. Ternyata usaha cai2 Najib selama ini untuk mencemar nama baik dan kredibiliti Tun tidak berjaya.

Bilangan kakitangan media juga begitu ramai ...... ini adalah lebih penting daripada bilangan penyokong yang hadir. Kerana liputan dan sebaran berita mengenai Kongres Rakyat melalu media tidak akan terkira berapa ramai yang mengikuti !

Bukan berapa banyak kepala yang hadir yang penting tapi berapa ramai yang bakal menerima mesej yang disampaikan yang lebih utama.

Jika majlis dibuat dalam bilik kecil tanpa seorang pun penyokong tapi diberi liputan meluas oleh media, itu pun sudah dikira berjaya mencapai sasaran.

Bagi saya, Kongres Rakyat semalam berjaya dalam mencapai matlamatnya dalam menambahkan semangar kepada para penyokong sedia ada dan menarik minat rakyat secara keseluruhannya untuk memahami mesej misi yang diperjuangkan.

Faktor penyokong yang banyak membantu gerakan ini tidak dan tidak bukan adalah ketidakpuasanhati rakyat sendiri terhadap Najib. Gerakan ini menjadi saluran untuk rakyat meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini secara terbuka.

Cuma masalah utama adalah KETAKUTAN rakyat untuk ke depan bersuara. Hakikat ini begitu ketara sekali saya temui di mana2 tempat yang saya kunjungi selama ini. Bukan saja ahli Umno malah rakyat biasa juga begitu takut untuk menonjolkan diri mereka sebagai penentang Najib walaupun mereka begitu gah bersuara dalam lingkungan kehidupan masing2 - sesama rakan dan keluarga dan dalam dunia watsapp.

Makanya dalam banyak2 kenyataan/luahan para penceramah di Kongres Rakyat semalam, saya pilih yang ini untuk dihighlitekan -

Mkini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat tanpa takut akan akibatnya.

Katanya, apa yang diperlukan deklarasi itu pada masa ini adalah untuk mengumpulkan mereka yang berani menandatanganinya kerana terdapat keperluan menjadikannya sebagai sebuah gerakan rakyat.

Sambil mengakui bahawa beliau memahami bagaimana seseorang yang ketakutan, Mahathir berkata ia disebabkan kerajaan kini mengancam rakyat.

"Jadi rakyat takut dengan kerajaan ini, sukar untuk dapatkan orang ramai tandatang deklarasi itu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata ada yang keberatan memberi nombor kad pengenalan mereka kerana takut tindakan akan diambil terhadap mereka.

Mahathir, bagaimanapun menyatakan kerajaan tidak mungkin menangkap sejuta orang.


BERANI KERANA BENAR - Itulah juga mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat di mana saja gerakan ini pergi.

Hakikatnya, rakyat Malaysia rata2 masih takut untuk bersuara secara terbuka walaupun sekadar menulis nombor mykad di atas Deklarasi Rakyat. 

Namun dalam dunia watsapp, Kita lah Watsapp Warrior !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 28, 2016 at 12:55 PM delete

Bro Din,
Saya antara mereka yang awal menandatangani Deklarasi Rakyat iaitu pada malam hari pertama Deklarasi Rakyat dibuka. Saya juga seperti kebanyakan ahli UMNO yang merasakan UMNO kini telah menyimpang dari tujuan asal perjuangan. Moga usaha murni Tun dan semua yang hadir semalam akan berjaya menurunkan DS Najib dari singgahsana PM.
Wassalam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 28, 2016 at 1:25 PM delete

Saya telah laksanakan! Najib pun dah mengaku dia bukan 'crook!!'.
Tapi maklumlah, org macam Najib ni mmg sentiasa menggunakan talibarut2...dan dia mmg seolah2 ...ahh tak payah la saya teruskan, memang 'rampant' org2 begini dlm Malaysia ni..termasuk dlm glc glc...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 28, 2016 at 1:35 PM delete

Sy pulak dah tndatangan pd mggu pertama :)

Reply
avatar