KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 22, 2016

dinturtle

HOT ! Ucapan Muhyiddin di Kota Tinggi ( Full Video )


Malam tadi di Kota Tinggi, rakyat Johor berpeluang menyaksikan satu lagi ucapan panas dan penuh bersemangat dari Muhyiddin. Mungkin berbekalkan sokongan padu yang diterima dari mereka yang ramai hadir dan turut di sokong oleh Mukhriz yang berucap lebih awal, Muhyiddin yang awalnya bermula perlahan menjadi semakin bersemangat.

PANAZZZZ .... sebab ada beberapa pendedahan baru yang pasti hangat dibincangkan esok ! Saksikan video penuh rakaman nya yang dibahagi kepada tiga bahagian.

Video Part 1





KLiK untuk ke Youtube

Min 11:20 Najib ni slow and steady..... kadang2 terlalu slow  :)

Muhyiddin beri contoh waktu Paklah meletak jawatan, apakah Umno dan kerajaan tumbang ?

Min 13:30 Muhyiddin bercakap tentang statistik dan trend penolakan rakyat terhadap Umno BN

Min 18:40  Muhyiddin mula bercakap tentang 1MDB

TIDAK ADA SIAPA TAHU tentang 1MDB sehinggalah timbul masalah nak bayar hutang

Kelas cara Muhyiddin terangkan isu 1MDB secara mudah faham.


Video Part 2




KLiK untuk ke Youtube

Min 1:10 hutang 1MDB mencecah RM50 bilion bermakna kalau dibandingkan dengan belanjawan tahunan negeri Johor sebanyak RM1 bilion, liabiliti 1MDB bersamaan 50 tahun belanjawan negeri Johor !

2:45  1MDB bukan Sovereign Wealth Fund tapi Sovereign DEBT Fund.

Min 3:20 Muhyiddin ditemui bekas CEO 1MDB  yang berkata - Surat perlantikan saya yang ditandatangani oleh PM diserahkan kepada saya oleh JHO LOW ! Siapa Jho Low itu ? Kalau ikut dalam rekod, dia tak ada di situ. Tapi cukup berpengaruh ! 

Beliau ( bekas CEO 1MDB ) diminta untuk cari 5 bilion melalui pinjaman yang disokong oleh kerajaan tapi beliau tidak boleh apa2 dengan duit itu. Eh, macamana you tak boleh buat apa2, you CEO ? Bukan saya yang mengaturkan, ini Jho Low yang susun ! buat itu buat ini ...

Min 5:18  Jadi bila saya lihat struktur 1MDB ni agak luar biasa, saya bertanya, apakah ia sebuah syarikat yang nak mencari keuntungan ataupun satu skim untuk menipu ?

Seorang bekas Menteri Kewangan berkata, it is a scheme to scam ! Skema untuk menipu.

Min 6:30 Najib adalah Pengerusi Eksekutif 1MDB. Najib juga PM. Jadi Najiblah orangnya yang memutuskan keputusan2 penting 1MDB

Jadi bagi saya, tanggungan berpuluh bilion yang ditanggung oleh 1MDB itu tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kegagalan Perdana Menteri menguruskan, yang menyebabkan rakyat menanggung beban sebanyak 50 bilion pada hari ini !

Min 11:50 Semasa Muhyiddin bercuti, ada kertas yang dibawa ke kabinet yang dipanggil Penstrukturan Semula 1MDB. Yang diputuskan dalam mesyuarat itu berkata kalau sesiapa yang tidak menyokong cadangan itu, sila serah surat dan boleh letak jawatan !

Min 14:28 Najib ketika nak buang Muhyiddin pun tak reti nak bercakap. Hanya angguk geleng jer kepala... Muhyiddin dipecat kerana tidak menyokong Najib. Takkan saya nak sokong benda perbuatan yang mungkar ?

Min 21:30 Saya diberikan tawaran dua perkara .... yang pertama Gabenor Pulau Pinang ( Yang DiPertua ) .... kedua, Chairman of PNB.

Min 23:00 Tidak ... saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan saya hanya kerana ada tawaran jawatan walau setinggi mana sekalipun ..



Video Part 3




 
KLiK untuk ke Youtube

Muhyiddin bercakap mengenai Deklarasi Rakyat, Bank Negara, AG, SRC dan duit yang masuk akaun peribadi Najib.


dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 22, 2016 at 7:50 AM delete

Terbaik daripada Muhyidin.. inilah baru rakyat johor
lawan dan terus lawan. Terima kasih bro din sebab upload
video terlajak laris ni...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 22, 2016 at 8:20 AM delete

Mmg best... syg x ley nak pergi..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 22, 2016 at 12:45 PM delete

BRAVO!,Pak Din diatas usaha anda buat penyebaran ini.Muga-muga Allah SWT memberi kekuatan untuk melawan genjala rasuah ini dalam berbagai bentuk.Kapada PM anda fikirkan apa yang patuh anda lakukan itu pun anda berfikiran waras.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 5:08 AM delete

Baru jelas !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 11:35 PM delete

steady mu Din. berjuang atas kebenaran. yang aku dok perati blogger2 pemakan dedak, walaupun dulu ada nama tapi sekarang nampak bangang dengan artikel merapu dan menjilat.

Reply
avatar