KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, March 27, 2016

dinturtle

Ibrahim Ali Dan Mukhriz - Permatang Pauh Panas Semalam !


Semalam Perkasa Pulau Pinang menganjurkan satu majlis ceramah di Permatang Pauh dengan tajuk Politik Selepas PRU14 - DiManakah Melayu, dihadiri Presidennya Ibrahim Ali dan tetamu khasnya Mukhriz.

Mengikut kiraan pihak 'berkuasa', hadirin sekitar 700 orang, ramai tuh ! Disebalik usaha2 sabotaj last minit bertujuan menghalang ahli2 Umno sekitar kawasan dari hadir, ternyata perasaan ingin tahu cerita sebenar dari Mukhriz di kalangan rakyat, amat tinggi dan mereka hadir untuk bersama Perkasa semalam.

Secara directnya, disebabkan perasaan marah dan tidak puashati rakyat pada Najib dan Umno di bawah Najib. Kalau semuanya OK, saya tidak nampak keperluan mereka untuk menyusahkan diri hadir semalam. 

Saya kongsikan beberapa sedutan video dari ketiga2 penceramah semalam. Ketiga2nya begitu bersemangat berucap dan penonton memberikan respon positif sehingga tamat majlis. TAHNIAH dan TERIMAKASH !





KLiK untuk ke Youtube.

YDP Perkasa Pulau Pinang Tuan Haji Marzuki membuka pentas dengan ucapan yang pendek tapi padat. Beliau telah memulakan rentak dengan mempamerkan semangat perjuangan bangsanya yang kental dan menggesa orang Melayu supaya Berani Bersuara Demi Kebenaran .... demi mempertahankan apa yang kita ada.

Ternyata Marzuki yang pernah menjadi Exco Pemuda Pusat ini seorang pemimpin yang punya potensi besar .... Beliau juga seorang Ketua Cawangan Umno , so .... GKCM, cepat2lah melamar !




KLiK untuk ke Youtube

Tok Him berucap hampir sejam dengan penuh semangat sekali. Bermula dengan huraian panjang pengalamannya dan sejarah Perkasa dalam memperjuangkan agama dan bangsa yang isu2 yang tidak dihiraukan oleh Umno, Tok Him mempertahankan maruah dan kewibawaan Perkasa  dan dirinya dalam berdepan dengan serangan dan kritikan hebat yang diterima ekoran insiden beliau bersalam dengan Lim Kit Siang semasa Deklarasi Rakyat.

Tok Him menyatakan Perkasa tidak menandatangani Deklarasi itu kerana apa yang terkandung merupakan perjuangan Perkasa selama ini. Mungkin juga playsafe memandangkan ramai ahli Umno dalam Perkasa .... dan mereka bebas untuk menyokong Tun Mahathir atau Najib.

Itu baginya adalah pendirian politik masing2, cuma diharap mereka yang berbalah itu boleh terus bersatu dalam Perkasa.

Tok Him melepaskan geramnya kepada beberapa ahli Perkasa yang telah keluar dari Perkasa baru2 ini hanya kerana insiden bersalam dengan Kit Siang. Cukup marah Tok Him ! 

KENA TONTON !




KLiK untuk ke Youtube


Ini sesuatu yang baru dari Mukhriz ! Satu lontaran persoalan dari Mukhriz - sekiranya pemimpin2 yang ada ketika ini semuanya hampeh, tiada lagi integriti ... baik dari Umno mahupun dari parti2 Melayu lain - Apakah perlu sebuah parti politik yang BARU ditubuhkan ?

Siapa kata orang Melayu wajib menyokong Umno dan Pas saja ?






KLiK untuk ke Youtube
  
Bermula dengan menjelaskan apa yang beliau percaya dan pegang melalui perjuangannya, dan menyeru hadirin supaya Berani Kerana Benar, diakhiri dengan satu ledakan semangat yang pertamakali saya lihat dari pemimpin yang sebelum ini begitu tenang setiap kali berucap - Mukhriz hentak meja ! Membujur lalu Melintang patah tetap kita perjuangkan !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 27, 2016 at 4:51 PM delete

Pak Din , agak-agak tidur mereka lenakah dengan apa yang sedang berlaku ini?.Takut yang amat sangat sehingga nak buat perjumpaan dalam dewan pun nak suruh polis pantau.Adakah chili yang mereka telan sudah terasa panas dalam perut,kemungkinan sekarang ini takut terkincit dalam seluar/kain.Harapan koreklah lubang biar jangan bersipah.

Reply
avatar