KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, March 28, 2016

dinturtle

Isu 1MDB - Arul Dan Nazir BerKOMPLOT Nak Jatuhkan Kerajaan !

Mkini

Biar betul apa yang saya baca ni ..... Arul jadikan isu 1MDB sebagai contoh yang boleh diambil iktibar supaya jangan diulangi ! ?

Kita hanya jadikan satu2 perkara itu sebagai pengajaran jika ada kesilapan .... haaa belajar dan jangan ulangi kesilapan yang sama .... yang biasa kita dengarlah.

1MDB ada kesilapan ? ?  Bukan ke 1MDB itu satu konsep yang Too Idealistic  / Terlalu Idealistik ( sempurna ) sepertimana dakwaan Najib di New York ?

Tapi Arul Kanda ( selain dari Jho Low ), CEO pujaan Najib dan cai2 nya pula berkata -

"Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan."

Kenapa tidak ada cai2 Najib yang komen kritikan dari Arul ni ? Patutlah Najib labelkan sebagai Bangang !

Meh kita tolong back up kan ......


Alo Arul .... Tidak timbul soal hutang banyak kerana dana itu digunakan untuk pembelian aset2 yang strategik. Setiap pelaburan menggunakan duit pinjaman itu sudah dikenalpasti oleh panel2 pelaburan yang professional bagi memastikan projek2 itu berdaya saing dan mampu menjana pulangan maksimum bukan saja untuk bayar kembali hutang dan interest tapi juga membawa keuntungan besar kepada 1MDB dan rakyat Malaysia.

Dan yang paling penting sekali, jumlah aset yang dimiliki 1MDB melebihi jumlah laibiliti ! So what is your problem ?

 

"Pengambilan beberapa projek yang begitu besar dan kompleks di bawah satu syarikat sahaja juga mungkin perlu dilihat kembali,"

Arul .... Arul .... Arul ........ 1MDB adalah syarikat pelaburan strategik negara yang megendalikan sovereign wealth fund negara. Syarikat yang BESAR, hutang pun BESAR maka projek pun kenalah dilihat BESAR ! Barulah BESAR !

1MDB adalah syarikat induk dan setiap projek BESAR dikendalikan oleh anak syarikat yang juga BESAR. Jadi tidak ada masalah seberapa banyak pun projek BESAR yang dikendalikan oleh 1MDB. Lagipun, 1MDB membawa nama 1Malaysia, nama Najib PM negara kita ..... jadi apa2pun kenalah BESAR.


Beliau berkata syarikat milik kerajaan seperti 1MDB harus berkomunikasi secara berterusan, telus dan terbuka serta perlu menjawab isu yang berkaitan dari awal lagi, iaitu sejak tahun 2009, bukannya mulai 2015.

Dey Arul .... apakah anda lama bertapa di bawah tempurung ?  What you talking man ? Puad Zarkashi dilaporkan Sinar berkata -

“Perdana Menteri sudah 48 kali menjawab isu 1MDB tapi orang ramai masih mainkan isu ini." 

48 kali ! Forty eight times you know ! Dan itu yang pihak JASA dah kira setakat bulan Ogos tahun lepas. Kalau dikemaskini, mungkin dah mencecah 70-80 kali !

Apakah Arul Kanda sudah mula buat Uturn ? Kita tidak boleh ada mana2 pegawai yang berkhidmat di bawah kerajaan @ GLC yang banyak komplen tentang apajua tindakan kerajaan.

Maka dengan ini, diharap pihak kerajaan dapat mengkaji semula kedudukan Arul sebagai CEO 1MDB. Kita tidak mahu ada sesiapapun yang makan gaji dengan kerajaan tapi tidak menyokong penuh Najib !

UNDURKAN ARUL KANDA ! Stupid .....

                         ***************************

Rupanya bukan Arul Kanda seorang yang komplen, adik kepada Najib iaitu Nazir Razak Pengerusi CIMB turut sama meluahkan pandangan yang sama - Belajar dari kesilapan dan jangan ulangi !

Mkini
"Masa depan ialah tentang memastikan bahawa 1MDB - tidak berlaku lagi. Dalam usaha untuk memastikan 1MDB - tidak berlaku lagi, kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar daripadanya. "

Apa ni ? Adakah Arul dan Nazir BERKOMPLOT atau BERKONSPIRASI untuk menjatuhkan kerajaan ? Bagaimana mungkin kedua mereka beri komen bersifat negatif  kepada 1MDB pada waktu yang sama .... kecuali mereka sudah berpakat.

Timingnya pula .... kenapa komen mereka dikeluarkan dalam kita menanti laporan dari PAC tidak berapa lama lagi ? Kita sudah jangkakan Hasan dari PAC akan berikan lampu hijau kepada 1MDB makanya mereka berdua cuba sabotaj.


"Supaya mereka yang bertanggungjawab untuk itu, dipertanggungjawabkan untuk itu dan tiada siapa melakukannya lagi,"


Satu dunia tahu 1MDB adalah Najib dan Najib adalah kerajaan Malaysia ! 

Diharap pihak kerajaan akan turut ambil tindakan terhadap Nazir. Kita tidak boleh berkompromi dengan sebarang fitnah terhadap 1MDB kerana jika tidak ditangani segera, kerajaan bakal tumbang.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
ay
AUTHOR
March 28, 2016 at 3:59 PM delete

Ko nak ambik iktibar ke, nak ambik ape ke, lantak lah. Rakyat dah tak ambik port. Yg penting, pru nanti kasi tukar ini kerajaan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 28, 2016 at 4:42 PM delete

Hidup Arul Kanda hahaha! Hidup Nazir Razak! Padan muka ko Najib Razak! Poad zarkashi, pi betulkan dulu diction ko tu. Hasan cari makan PAC, lepas ni ko buleh cari makan le sangat...kat PM baru pulak!

Reply
avatar
tebing tinggi
AUTHOR
March 28, 2016 at 10:30 PM delete


Kenyataan yang mungkin Najib ,tak berani pechat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 29, 2016 at 2:01 PM delete

Iktibar? Betul la tu, tapi iktibar tak boleh 1 dimensi.
Salah satunya, kena hukum lah org yg bertanggungjawab. Hukum pulak bukan yg di kambing hitam.
Iktibar perlu bersama2 perlaksanaan undang2 iaitu penegahan penyalah gunaan kuasa, integriti dan etika.
So iktibar...mau kita berbincang lanjut arul kanda?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 8:17 AM delete

aggreeed

Reply
avatar