KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 23, 2016

dinturtle

Isu SRC Yang Paling Mudah - Siapa Yang Tipu Rakyat - Najib Atau Peguam Negara ?


Sengaja saya nak ulang semula isu SRC sementelah disebut semula oleh Muhyiddin di Majlis  semalam. Ramai yang masih tidak faham akan isu2 berkaitan 1MDB dan SRC kerana merasakannya terlalu rumit untuk difahami berbanding isu RM2.6 bilion yang terang dan jelas.

Jadi ada eloknya kita pecah2kan isu kepada persoalan paling mudah supaya ramai dapat faham kenapa SRC ini merupakan satu isu. Satu lagi, cai2 Najib suka main pukul rata menuduh fitnah secara umum kepada setiap isu yang kita bangkitkan.  Nah, kita tunjukkan salah satu paling mudah yang semua orang boleh mainkan dan waktu sama cai Najib tidak boleh menepisnya sebagai fitnah kerana bukti yang kita tunjukkan adalah dari pihak sebelah 'sana' sendiri.




Yang SRC International ini ada ditunjukkan oleh Apandi, gambar dia 'tersilap tunjuk' . Diambil media dan diperbesarkan gambar itu, menunjukkan tentang bagaimana SRC International menyalurkan wang dua kali masuk ke akaun PM ....





Gambar di atas itu adalah imej yang dibesarkan sepertimana yang ditunjukkan oleh Peguam Negara.




Jelas ditunjukkan ADA wang yang keluar dari SRC kemudian melalui dua akaun lain sebelum masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib dikatakan tidak bersalah atas alasan beliau tidak tahu wang itu datang dari SRC, kononnya Najib menyangka masih ada baki lagi wang derma padahal dikatakan kesemua baki derma sudah dipulangkan setahun lebih awal dan akaun yang wang derma itu masuk sudahpun ditutup.

Tapi Najib dah belanja wang itu. Dan sekarang dah tahu ia datang dari SRC. So GANTILAH BALIK !  

Kalaupun tak nak dakwa Najib tapi Najib dah belanja wang yang bukan miliknya. 

Kemudian timbul persoalan KENAPA SRC masukkan duit itu ke dalam akaun Najib ? Atas arahan siapa ? Kenapa persoalan ini tidak dijawab ?

Dan yang paling tak boleh blah adalah jawapan bertulis yang diberikan oleh Najib di Parlimen baru ini yang menyatakan SRC tidak punya sebarang maklumat mengenai wang itu ! ( KLiK )


Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.
"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.


Habis tu, yang ditunjukkan oleh Peguam Negara itu apa ?

Apakah Peguam Negara TIPU  atau  Najib yang TIPU ?  Salah seorang mesti menipu, tak boleh keduanya betul kerana ia bercanggah antara satu sama lain !

Najib juga menulis yang isu itu hanya mainan media ....... habis tu apakejadahnya Peguam Negara tunjukkan gambarajah flow chart / carta aliran wang itu kepada media semasa sidang akhbar membersihkan nama Najib dulu ?

Siapa yang TIPU ..... Najib atau Peguam Negara ?

Fitnah ? Siapa yang fitnah ..... Najib atau Peguam Negara ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
QalamQabut
AUTHOR
March 23, 2016 at 11:11 AM delete

Aku masih ragu mengenai SRC ni. Kalau TSMY kata Apandi Ali 'tersilap tunjuk', Apandi juga boleh kata TSMY 'tersilap faham'. Kecualilah SPRM mahu buat ulasan mengenai rajah itu. Aku cuba cari klip sidang media Apandi Ali tapi tak jumpa yg dia tunjukkan kedua rajah itu. Bagi aku isu yg paling senang difaham oleh pakcik dan makcik Felda ialah mengenai 2.6b. Dah terbelit lidah Mohd Najib dan para menterinya. Zahid cakap dana politik, Apandi cakap derma peribadi. Ada klip aku rasa.

Walau ke arah mana pun perginya cerita 2.6b ini ianya memang salah dari segi peruntukan SPRM. APANDI ALI YANG JADI BATU PENGHALANG. Apandi Ali yg durhaka kepada Agong dan negara Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 1:36 PM delete

Ya. Semua itu FAKTA. AG mengesahkannya tanpa dia SEDAR cubaannya utk menutup belang Najib sebenarnya telah MENELANJANGKAN siapa Najib sebenarnya dengan kehendak Allah jua. Najib dan prmakan dedaknya berhempas pulas cuba pertahankan Najib tapi dengan AUTA AUTA yang langsung tiada asasnya. Anda rakyat Malaysia nak percaya FAKTA atau nak percaya AUTA? Kemana lesapnya duit yang banyak itu yg jelas telah dimasukkan ke akaun2 Ambank atas nama Mohd Najib Bin Abd Razak? Tuan punya badan sendiri tak menjawab malah pemalan dedak beliau sunyi srpi tak berani jawab. KENAPA?. Yang depa tahu jawab kononnya FITNAH. Fitnah kepala bapak apa kalau AG sendiri terdefahkan FAKTANYA?. Tapi kalau anda siasat dan selidik gaya hidup Najib lski bini serta anak pinaknya dan isu2 yg banyak dibangkitkan oleh portal2 diinternet tentang betapa mewah dan luxuri nya famili Najib laki bini dan ansk beranak ini, maka tidak sukar untuk menelah ke mana duit2 SRC dan 1MDB yg pandai2 sendiri maduk ke akaunnya itu hilang ke mana.

Sekarang ini bila isu raduah RM100 juta fi KBS terdedah dan ditelanjangkan SPRM, Najilib macsm terkejut beruk minta disiasat segera. Abis kalau yang RM100 juta sikit tu dia boleh kalut minta siasat segera; yang RM2.6 bil dan RM42 juta tu kenapa didiamkan?. Anda nampak kenapa ini berlaku? Sebabnya ialah kerana BAPAK KETAM perasan dia jalan betul dan salahkan ANAK KETAM jslan tak betul. Kalau dah yang memimoin tu sah jenis DAJAL, tidaklah pelik kalau ysng dipimpin tu berperangai IBLIS dan SYAITAN kerana memang spesis spesis DAJAL,IBLIS dan SYAITAN ini adalah musuh Islam. Jadi anda selaku rakyat Malaysia yang berakal fikir dan renungkanlah sendiri samada Najib ni layak sebagai pemimpin anda atau tidak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 1:56 PM delete

Orang yang hendak melepaskan tengkok dari terjeratlah yang selalu membuat kerja-kerja bagini.penyabarkah atau penipukah?.Anda jawablah dengan sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 1:36 PM delete

kredit untuk SPRM. Maknanya SPRM mmg buat kerja mereka iaitu
menyiasat dan menyediakan kes.

Reply
avatar