KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 16, 2016

dinturtle

Jawapan diParlimen 1MDB Akan DiTeruskan - Kementerian Kewangan BLUR Macam Menterinya Jugakah ?

Mkini

Jawapan bertulis Parlimen Kementerian Kewangan kepada soalan samada 1MDB akan ditutup agak menarik untuk dikomen.

Kata Kementerian Kewangan di bawah Najib selaku Menterinya, 1MDB akan tetap diteruskan. Projek TRX dan Bandar Malaysia masih diteruskan, banyak untung kat situ woooo .... 

"Antara pelaburan yang dijalankan 1MDB adalah Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan sektor tenaga," 

Tapi bila sebut bab sektor tenaga, kenapa agak melucukan jawapan dari team Najib ?

Menurut Kementerian Kewangan, sektor tenaga pula merupakan satu daripada sektor fokus 1MDB menerusi anak syarikatnya Edra Energy. 1MDB merupakan pengeluar tenaga bebas antarabangsa terkemuka di Asia Tenggara dengan portfolio loji janakuasa dan penyahgaraman di lima negara.

Huh ? ? Apakah Kementerian Kewangan sedang bernostalgia ? Atau Kementerian Kewangan pun ikut sama BLUR macam Menterinya juga ?

Bukan ke Edra sudah dijual sepenuhnya 100% kepada syarikat dari negara China ?

Perlu diingat jawapan di atas adalah satu jawapan bertulis Parlimen, bukannya jawapan spontan yang diberi ketika ditanya ahli Parlimen atau wartawan. Cukup masa diberi untuk dibuat kajian dan menyemak dengan 1MDB sendiri untuk mendapatkan jawapan paling tepat kepada wakil2 rakyat dalam Parlimen. 

Jawapan pula direkod dalam hansard dan boleh dianggap sebagai jawapan resmi buat rakyat kepada sebarang permasalahan yang dikemukakan.

Dan Kementerian Kewangan beri jawapan umpama seorang yang masih diulit mimpi indah kenangan silam sedangkan hakikatnya pasangannya sudah lama lari meninggalkannya untuk bersama teman baru nun jauh di negara China !

Apa Edra, Edra lagi ? Apakah 1MDB masih mengeluarkan tenaga bebas antarabangsa terkemuka di Asia Tenggara dengan portfolio loji janakuasa dan penyahgaraman di lima negara ? ?

Betul lah macam cerita Pak Kaduk !

Ni macam jawapan Kementerian Kewangan tahun lepas mengenai wang tunai di BSI Singapura yang mana akhirnya diakui sebagai satu jawapan bertulis PALSU.

Come on lah, bertanggungjawablah sedikit kalau menjawab kepada rakyat ! Apakah pegawai2 di Kementerian Kewangan ini hidup dalam tempurung, tak tahu apa2 perkembangan pun di luar tempurung mereka ?

Tak baca Utusan ke ? Tak tengok TV3 ke ?

Sebagai rakyat, saya ingin cadangkan .... kalaupun 1MDB ingin diteruskan, pastikan seluruh team pengurusannya serta ahli2 lembaga pengarahnya ditukarkan dengan orang baru ! Dan pastikan ada check and balance ... contohnya jangan jadikan semua peringkat kelulusan diletakkan di bawah orang yang sama contohnya Pengerusi Lembaga Penasihat dan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri , ketiga2nya orang yang SAMA ! 

Apa barang ? Ko yang buat keputusan, ko juga yang luluskan dan akhirnya ko juga yang sain ? Mana check and balancenya ?

Paling penting, letakkan 1MDB di bawah pengawasan yang lebih telus dan terbuka .... setiap keputusan dibawa berbincang dalam kabinet dan jangan lagi berahsia bila membabitkan duit atau komitmen kewangan oleh rakyat !

1MDB cuma sebuah syarikat .... orang yang buat keputusan bagi pihak 1MDB yang harus dipertanggungjawabkan atas apa2 keputusan yang dibuat.

Kalau tubuhkan 2MDB atau 3MDB atau 4MDB tapi orang2 yang sama dikekalkan, tidak akan ada bezanya dengan 1MDB. Entah apa lagi harta negara akan digadaikan kepada negara luar pula nanti ... 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
jamil
AUTHOR
March 16, 2016 at 12:16 PM delete

Rujuk saja ke jawatankuada Parlimen kerana menipu dalam dewan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 12:37 PM delete

Jawapan untuk kencing rakyat. Hanya cai dan pembodek saja yg terima tanpa soal kerana akai kat lutut. Masihkah ahli parlimen terima jawapan bertulis yg penuh dgn fakta yg salah. Tu pasal menteri tak dtg ke parlimen. Takut kena jawab cara lisan.

Reply
avatar
Joe Harry
AUTHOR
March 16, 2016 at 12:58 PM delete

Bilalah nak ada pru ni..
Kali ni umno WAJIB disingkirkan dari kerajaan. Siapa yang nak jadi kerajaan selepas itu biar masa dan keadaan yang menentukan janji bukan umno najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 2:53 PM delete

Jawapan bertulis di parlimen adalah salinan dari buku '1MDB siapa kata tidak dijawab'.
Nanti ada siri,ke 2 buku 1MDB janji jawab...& seterusnya lah... itulah kisah perdana menteri Malaysia paling tersohor keturunan Bugis dgn talibarut2 yg berketurunan jawa, acheh & beruk!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 1:47 PM delete

Terlampau putar belit akhirnya terbelit tengkuk leher sendiri.

Jilid ajelah apa saja......yg pasti dari awal lagi dah nampak misteri kepincangan dan percanggahannya. Hanya yg buta hati je tak nampak.

Rakyat Malaysia gunakan peluang akhir dlm PRU akan datang, jangan silap lagi. PRU akan datang tu ialah talian hayat Malaysia.

Reply
avatar