KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 9, 2016

dinturtle

Kepada Ahli Umno Yang Menyerang Tun Mahathir, Anda Dah Baca Ke Belum Deklarasi Rakyat ?

Sejak hari Deklarasi Rakyat ditandatangani oleh Tun Mahathir dan segelintir wakil2 Ngo dan parti2 politik, tak putus2 cai2 Najib menyemakkan laman sosial dengan serangan2 terhadap Tun Mahathir, pemimpin2 Umno yang telah menandatangani Deklarasi itu.

( Saya masih memanggil Tun Mahathir, Sanusi, Muhyiddin, Shafie Apdal, Mukhriz sebagai pemimpin. Untuk bergelar sebagai seorang pemimpin, seseorang itu harus memiliki ciri2 kepimpinan dan ini mereka masih miliki. Jawatan sekadar platform untuk mereka berkhidmat kepada rakyat )

Melawakkan bila kita lihat perangai cai2 Najib yang seolah2 dikerah untuk menyerang bebas semau hati terhadap pemimpin2 ini.

Setelah beberapa hari berlalu, kita boleh perasan satu trend dalam serangan mereka iaitu mereka hanya menumpukan serangan kepada apa yang mereka gelar sebagai persekongkolan antara Tun Mahathir dan pemimpin lain dengan pemimpin2 dari parti pembangkang khususnya dari Dap.


Sebelum ini pun Tun Mahathir sudah lama menuntut pengunduran Najib dari kerusi PM tapi tak lah sehebat ini serangan balas yang diterima. Tapi hanya kerana Tun Mahathir dan beberapa pemimpin2 Umno lain sanggup bekerjasama dengan Dap untuk menuntut perkara yang sama, dunia macam nak kiamat buat cai2 Najib !

Berebut2 grup2 dalam Umno tampil untuk menyerang Tun Mahathir dan rakan2. Masing2 cuba menonjolkan diri sebagai yang paling berani dan yang paling sanggup ke depan bagi mempertahankan Najib dengan jawatannya. Sekuat hati mereka melalak untuk menarik perhatian Najib kepada 'perjuangan' mereka demi Najib.

Namun tidak ada seorang pun yang mahu beri perhatian kepada apa yang tersurat dalam Deklarasi Rakyat itu !

Perhatian rakyat dan ahli Umno khasnya cuba dialihkan daripada isu2 yang dibangkitkan sebagai alasan utama tuntutan Deklarasi supaya Najib disingkirkan dari jawatan PM.

Secara logiknyalah, bila beberapa alasan dikemukakan bagi menyokong tuntutan Najib disingkirkan, maka mereka yang beria2 tampil mahu mempertahankan Najib dari disingkirkan seharusnya tampil dengan jawapan2 balas bagi mematahkan alasan2 yang dikemukakan.

Ada mana2 pihak berbuat demikian ? TIDAK ADA !

Pendek kata - mereka sendiri tidak punya jawapan ! Yang mereka tahu sebut, Najib harus dipertahankan jawatannya sebagai PM.  Kenapa ? 
Adakah cai2 Najib itu setuju dengan isu2 1MDB dan berasa bangga dengan pencapaian 1MDB yang menjual harta negara semata2 untuk bayar hutang ? 
Apakah cai2 Najib merasakan Najib harus diadili dengan satu set undang2 yang diwujudkan khas untuk dirinya seorang yang mana undang2 negara sedia ada tidak boleh digunapakai untuk mengadili kes yang membabitkan Najib ?
Kalau penjawat awam lain akan dihadapkan ke mahkamah jika menerima wang derma yang tidak diisytiharkan tapi bila Najib yang buat, undang2 sama tidak boleh digunakan ?
Apa hebatnya Jho Low di mata cai2 Najib bilamana Tun Mahathir duduk bersama Lim Kit Siang di satu majlis dikecam hebat tapi bila Najib sekeluarga bercuti beberapa hari di kapal mewah Tatooish bersama Jho Low tidak pula ada yang nak komen ? Jangan lupa, hasil percutian itulah tercetusnya isu2 1MDB !

Hidup Najib ! ? ? ? Bila bergema sorakan itu, kita segera tertanya2 apakah ahli2 Umno akur dan sanggup bersekongkol dengan segala kemungkaran yang dikaitkan dengan Najib ?

Paling tidak pun, kenapa tidak bersuara meminta Najib diadili di mahkamah bagi membuktikan bahawa orang yang dipuja2 itu sememangnya tidak bersalah ?

So .... apakata kepada anda yang melalak menentang Deklarasi Rakyat itu tanpa mengetahui satu habuk pun apa yang tersurat kecuali menuntut Najib turun, supaya baca perlahan2 apa yang tercatat dalam Deklarasi itu.

Kemudian jawap satu2 persatu pertuduhan yang sebutkan itu. Sekurang2nya anda akan berasa puas dan lebih yakin dengan sorakan anda sekiranya anda juga tahu KENAPA anda bersorak.


DEKLARASI RAKYAT

1.       Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

2.       Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.

3.       Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4.       Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-“Cash is King”.

5.           Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

6.       Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
7.       Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan.Sebaliknya Dana Hutang Negara. 
8.          1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion,melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga  RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11.          1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar,  International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

12.          1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13.          1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura.Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset.Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan “unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus.Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia.Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14.          Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis.Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.

15.          Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan.Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17.          Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan.Tetapi jumlahnya kecil.

18.     Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19.          Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya.  Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

20.          Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

21.          Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara.Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1MDB.Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

22. Najib  kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadanganBank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23.          Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24.          Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM.Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

25. Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.

26.          Penolakanini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27.          Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing.Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29.     Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaanpunakandilindung daripada pengetahuan awam.

30.          Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.

31.          Rakyat juga semakin menderita.
32.     GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain.Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran. 

33.          Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

34.     Hari ini imej Malaysiaamat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik.Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan.Akta MajlisKeselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan.Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.

36.     Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong;

a) penyingkiran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagaiPerdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang amandan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan

d) pemulihan integriti insititusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

35. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 9, 2016 at 5:32 AM delete

Dari awal lagi aku dah katakan...mereka semua tu dah kalut dan kecut dan takut nak mampus.

Time tun keluar umno, punyalah takbur. Kononnya takde makna lah...tak heran lah...lebih baik bagi umno lah....bla bla bla

Tapi...hari2 pulak siar cerita pasal tun m. Dia bukan ahli umno pun..so apakejadahnya blongang2 najib nak cakap pasal dia lagi?

Dengan orang tua 91tahun pun takut sangat..betul2 pondan macam najip jugak. Hehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 9, 2016 at 7:14 AM delete

Pak Din, tak ada gunanya tuang air diatas daun keladi sikit pun tak berkesan.Semuanya dah kena mandram dengan duit ringgit/jawatan.Bila berangas dah lekat pada sesatu tiang yang boleh dihilangkan hanya cabut dan kikis saja.

Reply
avatar
jamil
AUTHOR
March 9, 2016 at 9:40 AM delete

Kepada penyokong penyokong UMNO, anda ada 2 pilihan
1. Hidup Najib maka akan berkubor lah UMNO.
2. Hidup UMNO naka negara akan selamat.
Buat lah pilihan yang bijak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 9, 2016 at 10:07 AM delete

Ada geng2 Najib ketua bahagian mencadangkan supaya pecat yang sokong dan tandatangan deklarasi rakyat, saya sokong dan tandatangan deklarasi rakyat tersebut, tolong pecat saya. Malaslah nak tulis Surat berhenti jadi ahli, tolong pecatkan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 9, 2016 at 8:22 PM delete

Respons2 talibarut ni sudah dijangkalah. Perasan hebat tapi makin hina & 'bangsat' (spt kata ketuanya lah).
Apa yg boleh dikatakan, bila agama digadai, nak cari makan punya pasal!

Reply
avatar