KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, March 14, 2016

dinturtle

Kepada Puan Selvi ( Balu PI Bala ), Kalau Dah Alang2 Jual, Pastikan Harga MAHAL !


Dah tonton video permohonan maaf balu PI Bala, Puan Selvi yang dilakukan di pejabat Ramesh Rao dua hari lepas ?

Kelam kabut sidang akhbar itu bila wartawan dari Australia, Linton Besser mengajukan soalan bertali arus meminta penjelasan mengenai tujuan PC itu diadakan dan apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Puan Selvi.





Laporan mengenai PC ini ada disiarkan TMI - KLiK. Antara lain -


"Masa suami saya mati, saya rasa tension jadi saya salahkan Datin Seri Rosmah. 

"Cukup 15 haribulan ini 3 tahun suami saya tiada, tapi tak ada seorang pun datang bertanya cukupkah makan dan minum. 

"Saya minta maaf pada Datin Seri Rosmah sebab cakap dia bunuh suami saya," katanya. 

Ditanya jika beliau turut meminta maaf kepada Najib, Selvi berkata beliau hanya meminta maaf kepada Rosmah. 

"Tak. SD (akuan bersumpah) Bala adalah benar," jawabnya.


Bukan hal pengakuan yang saya nak sentuh kali ini tapi mengenai dilema yang dihadapi oleh Puan Selvi. Dilema seorang ibu yang terpaksa menanggung beban membesar dan menyekolahkan anak bila suami meninggal dunia.

Beberapa kali Selvi mengulangi yang tujuan utama beliau adalah untuk mencari duit bagi menyekolahkan anaknya. Semuanya dilakukan hanya kerana itu !

Kita dapat rasakan perasaan tension yang Selvi pendamkan sepanjang PC itu. Sedih, kecewa dan geram ..... namun diteruskan juga selagi terdaya .... demi anaknya. Tapi waktu sama, Selvi juga punya tanggungjawab menjaga kehormatan suaminya.

TABIK saya kepada Selvi !

Kita tidak tahu apa cabaran dan tekanan yang terpaksa beliau hadapi selama ini. Siapapun akan kecewa bilamana janji yag diberikan tidak dipenuhi.

Keluarga Selvi adalah MANGSA dalam kes Altantuya ini. Semua ini tidak akan berlaku jika kes Altantuya tidak berlaku.


Saya bukan hendak berdebat tentang kes Altantuya atau mengenai PC di atas, cuma mahu merakamkan peringatan kepada Puan Azizah dan mana2 pemimpin Pkr yang pernah berjanji mahu menolong keluarga Puan Selvi supaya tampil menunaikan janji anda.

Jangan hanya pandai menggunakan orang bagi tujuan politik. 

PS - Kepada Selvi, lain kali mintalah juta2 ringgit ! Serius ni ... tidak ada siapa yang akan bela nasib keluarga anda kecuali anda sendiri. Bila isu Altantuya ini dah selesai, tidak ada siapa akan pedulikan anda lagi.

Kalau dah alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Persetankan apa orang lain nak kata.

Kalau dah nak alang2 nak JUAL,... JUAL HARGA MAHAL ! Biar puas hati. Apa barang 20k ? ? ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Hussin S
AUTHOR
March 14, 2016 at 2:59 PM delete

Betul tu. Mintaklah juta-juta baru puas hati. Tapi awas kedudukkan Najib pun tak menentu sekarang ini.
Bolehkah Zahid Hamidi dipercayai untuk terus melindungi Najib. Mungkin dia tengah tunggu kesempatan nak sumbat Najib dalam penjara, dan terus naik jadi PM.
Jika ini terjadi para penyokongnya tentu akan mengutuk Najib seteruk-teruknya dan mengangkat Zahid Hamidi sebagai hero baru Malaysia. Nama Mahathir dan Muhyideen terus tenggelam.
Sampai sekarang saya masih termangu-mangu memikirkan kenapa Najib terlampau bengap membiarkan Zahid Hamidi terlalu berkuasa.

Reply
avatar
Esa Adam
AUTHOR
March 14, 2016 at 3:05 PM delete

Ha Din,

Mana org2 yg tak habis2 menuduh Najib pasal kes Altantuya. Tak nak bersoal jawab ke dgn Pn Selvi ni.

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
March 14, 2016 at 3:06 PM delete

HAHAHA.....................SETUJU.
Kalau mintak 1 atau 2 juta, tak sampai 0.000000001%
daripada Rm2.67 juta.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2016 at 7:22 PM delete

Paham English ke tak, Selvi kata dia tak nafikan kenyataan suaminya dulu. yg tak paham English tolong buka kamus ye. Selvi kata, "what my husband said is TRUE." Erti TRUE dlm Bahasa Melayu ialah BENAR. Dia cuma minta maaf sebab tuduh Rosmah terlibat dlm kematian suami dia itu je. Tapi semua kenyataan suami dia tentang kes lama dulu tu dia kata adalah BENAR.

Itu sebab penting kita beri pendidikan AGAMA dan Bahasa Inggeris ni pada anak2 supaya kita tak mudah diperdayakan, dijual dan ditipu org.

Reply
avatar