KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, March 5, 2016

dinturtle

Laporan Akhir 1MDB Di RAHSIAkan .... Nak Sorok Apa ? ?

Sejak semalam tumpuan media adalah kepada Deklarasi Rakyat Turunkan Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir. Saya ada rakam dan muatnaikkan ucapan Tun di SINI.

Buat masa ini saya lebih suka memerhati cai2 Najib melompat2 beri komen dalam usaha mereka memperlekeh dan memperkecilkan usaha Tun Mahathir itu. Tanpa mereka sedari, keterujaan dalam mengkritik Deklarasi itu sendiri telah mendedahkan kerisauan mereka akan impaknya kepada senario politik negara. Apatah lagi bila disebut bukan Najib saja bakal berdepan dengan rakyat tapi mereka yang taksub mempertahankan Najib.


TMI
Ada satu lagi perkembangan penting yang dilihat tenggelam dalam kesibukan melayan Deklarasi semalam iaitu keputusan mengOSAkan ( Akta Rahsia Rasmi ) laporan akhir siasatan 1MDB oleh Ketua Audit Negara.

Huh ? ? ! ? ! !

Satu tahun menunggu ....... TUNGGU AUDIT!  TUNGGU AUDIT!  adalah jawapan yang sering diberikan oleh cai2 Najib satu ketika dulu setiap kali kita bertanya mengenai 1MDB, akhirnya kita diberitahu laporan itu adalah rahsia ! ?

Masa diserahkan laporan interim tahun lepas dan dikategorikan sebagai rahsia, saya sudah bertanya apakah laporan akhir kelak juga akan dirahsiakan .... ternyata benar.

Serius beb ..... APA YANG RAHSIA SANGAT DENGAN 1MDB NI  ? ? ?  Nak jaga kepentingan siapa ?

Cai2 Najib beria2 kata 1MDB takde masalah, semua urusan 1MDB dijalankan mengikut prosedur, jangan berspekulasi, tunggu jerlah audit di mana semua akan diperjelaskan bla bla bla .... akhirnya ia dirahsiakan juga. 

Masih nak kata 1MDB tidak ada masalah ? Kalau tidak ada masalah kenapa ia dirahsiakan ?

Pengerusi PAC berkata -

Keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan jawatankuasa ini sendiri. - TMI.


Huh ? Bukankah dengan mendedahkan keseluruhan laporan itu dengan sendirinya akan menggagalkan sebarang laporan negatif yang bersandarkan kebocoran berpilih ?

( contohnya ... bila saya sering siarkan secara penuh rakaman video mana2 majlis Tun Mahathir, tujuannya adalah supaya anda dapat menilai sepenuhnya apa yang disebut oleh Tun daripada hanya bergantung kepada laporan2 pendek yang dipotong2 mengikut isu2 tertentu sepertimana yang sering kita baca di media. Ia boleh dijadikan sumber rujukan sekiranya timbul perdebatan mengenai apa yang Tun maksudkan melalui laporan2 pendek itu )

Saya tidak dapat menerima logik alasan Hasan di atas. Yang pasti, kita rahsiakan sesuatu jika kita tidak mahu orang tahu tentangnya.

Jika alasan diberikan adalah mahu mengelakkan kebocoran berpilih, kita juga boleh kata, ada kemungkinan ia dirahsiakan supaya dapat dilakukan penyebaran berpilih ! Di mana hanya maklumat2 yang berpihak kepada 1MDB dan mungkin Najib, saja yang dikeluarkan sementara maklumat2 yang bersifat negatif akan dirahsiakan.

Spekulasi lagi .......

Makanya jalan terbaik untuk mengelak spekulasi adalah pendedahan sepenuhnya laporan itu !


Hasan turut memberi jaminan PAC akan meneliti laporan audit hari ini bagi melengkapkan laporan mereka berkenaan 1MDB yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti

Beliau turut menyeru rakyat agar meyakini laporan itu kelak yang dirumuskan daripada panel disertai pemimpin pembangkang dan Barisan Nasional (BN).



Maknanya kita hanya akan tahu mengenai laporan akhir siasatan 1MDB oleh Ketua Audit Negara selepas ianya ditapis terlebih dahulu oleh PAC yang diketuai oleh Hasan Cari Makan ?

Dan kita diminta supaya terima dan yakin apa saja yang sudah ditapis itu ?

Bagaimana kalau ada persoalan tentang apa yang bakal didedahkan itu ( selepas ditapis oleh PAC ) ? Apakah PAC akan jawab sepenuhnya atau akan dijawab dengan jawapan - oh, itu rahsia kerajaan.

Alasan PAC turut dianggotai oleh ahli pembangkang tidak menyakinkan. Sebagai contoh, selepas laporan interim 1MDB diserahkan kepada PAC tahun lepas, Tony Pua berkata -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada cara yang mudah untuk menghentikan segala kekeliruan dan konflik akibat daripada dakwaan dan spekulasi mengenai pihak mana yang benar, siapa yang mengubah suai dan memalsukan dokumen 1MDB. 

"Najib hanya perlu beri arahan Ketua Audit Negara mendedahkan laporan interim kepada umum," - TMI 23 Julai 2015.


Adakah laporan itu didedahkan kepada umum ? Tidak..... dan rakyat pun terus berspekulasi.

Kini laporan akhir juga dirahsiakan ...... 

Bagaimana pula dengan titah Majlis Raja2 yang meminta supaya siasatan 1MDB dipercepatkan dan didedahkan kepada umum secara telus ?

Kenapa perlu laporan akhir itu dirahsiakan ? ? Nak sorok apa ? ?

Kenapa ada perkara tentang 1MDB yang perlu dirahsiakan ? Kalau dulu kita sering diminta TUNGGU AUDIT!, sekarang kita diminta supaya PERCAYALAH HASAN CARI MAKAN!



PS - Baca juga artikel dari JMD mengenai isu sama - KLiK.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

24 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 2:46 PM delete

Saya rasa, nanti ada pihak yg akan meyaring dan meminda laporan tersebut .... taktik menyorok laporan hanyalah satu teknik reverse psikologi...

Reply
avatar
March 5, 2016 at 2:56 PM delete

Bro, sorry lari topik sikit. Cuma nak minta tolong pohon pihak sekretariat deklarasi rakyat semalam tu utk segera prepare online form utk setiap rakyat yg berminat utk sama-sama menandatangani. Nak tunggu jelajah lambat la bro. Tq

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 2:59 PM delete

1MDB ni bukan bangkai gajah tapi bangkai ikan paus! Mana boleh sorok Hassan Cari Makan ooi? Kerajaan Najib ni semakin merepek. Rakyat semakin meluat.

Reply
avatar
Joe Harry
AUTHOR
March 5, 2016 at 3:54 PM delete

Salam bro din,
Ibarat seseorang (ali) nak nak buat satu projek tetapi tak cukup modal. Maka ali pun berjumpalah dengan seoarang jutawan. Dibentang kertas kerja pada jutawan tu dan jutawan tu pun sudi keluarkan modal atas dasar percaya pada ali.
Setelah ali mulakan projek, tiba2 jutawan itu mendapat berita yang projek ali kendalikan dalam masalah dan banyak hutang.
Kesimpulannya, jika ali seorang yang amanah san bertanggungjawap sudah tentu ali akan berjumpa dengan bosnya dan mengeluarkan buku555 (catatan ringkas) untuk pengetahuan jutawan tersebut. Segala maklumat terperinci akan diberitahu secepat mungkin setelah siasatan selesai.
Maka bergegas lah ali mencari orang yang beliau pertanggungjawapkan untuk melaksanakan projek tersebut. Dari pejabat sampailah kerumah. Jika ada yang meragukan, sedah tentu ali akan arahkan pegawai yang jalankan tugas itu tdak dibenarkan masuk kepejabat untuk buat siasatan. Apabila ada bukti salah takbir urus, tentu ali akan pecat pegawai tersebut. Jika ada jenayah, ali akan buat laporan polis.
Ini adalah maruah dan air muka beliau. Hanya buat kertas kerja, atas dasar percaya, maka modal dibagi. Sesen pun tak guna duit poket dia.
Tapi berbeza dengan kes 1mdb yang najib (pm) tubuhkan. Dialah yang merancang, dialah yang menubuhkan, dialah penasihat, dialah menteri kewangan. Semua ini gunakan duit negara (duit rakyat) tanpa ambik sesen pun duit najib. Bila rakyat desak untuk membuktikan kebenaran disebalik laporan wsj dan sarawak report, sepatutnya najib tidak melawan arus. Apa yang nak disembunyikan dari rakyat sekiranya 1mdb rugi atas faktor perniagaan. Tidak nampak usahanya sendiri bagi membersihkan tuduhan salah urus 1mdb. Apa yang berjalan (siasatan) setakat ini semuanya kerana desakan rakyat. Dari parti pemerintah atau pembangkang. Sebaliknya pula najib pula yang melawan arus dengan menganggu pihak2 yang membuat siasatan. Menangkap orang yang membuat laporan. Ini lah punca runtuhnya tahap kepercayaan terhadap najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 4:07 PM delete

Lihatla dunia... betapa durjana nya sistem kerajaan yg ade skrg... semua ini kerja2 lahanat bilamana mereka2 yg berkuasa adalah ahli2 yg keparat yg hanya berajakan wang semata-mata... ada wang semua kerja menjadi... tunggu la PRU nnt... semua yg celaka2 ini akan dihumbankan ke dlm jel termasuk mereka yg bersekongkol menipu dan terus terusan memperdayakan rakyat demi wang dan kuasa...

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 5, 2016 at 4:13 PM delete

Jom pakat ramai2 sain petisyen minta AhJib Go undur di sini:
https://www.change.org/p/prime-minister-dato-seri-najib-razak-quit?recruiter=501672245&utm_source=share_petition&utm_medium=copylink

Kita guna apa juga kemudahan media yg ada.

Din, mintak email mu boleh?

Reply
avatar
March 5, 2016 at 5:05 PM delete

Makin teruk ..aku pun tak sangka mcm ni lgi teruk. Masalah pada negara jika yg sebegini kekal turun temurun.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 5:43 PM delete

Jadi..kesimpulannya tunggu audit tunggu audit selama ni hanya utk membeli masa.

Nampak sangat ada sesuatu yg disorok.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
March 5, 2016 at 8:08 PM delete

dinturtle@hotmail.com

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 8:30 PM delete

Kite tkot nti smua jel2 blai2 polis d mlysia ni njib rasuah supya njib dgn geng2 dia tlepas dr hkuman, tah2 dia arah smua blai n pnjara tgkap yg dk bt deklarasi je... huuuu.. tkotnyee...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 11:56 PM delete

Cuba dengar lagu ni Perahu Retak. Sang at sesuai suasana sekarang. Pergi YouTube.https://m.youtube.com/watch?v=l31zohtpeKw

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 6, 2016 at 4:19 AM delete

Majlis Raja-Raja titah:
2. Sesungguhnya Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni. Justeru itu, Raja-raja Melayu setelah berbincang bersama, merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan persoalan dan kontroversi yang sedang melanda negara ketika ini, iaitu isu 1MDB. Raja-raja Melayu maklum bahawa Kerajaan pada ketika ini sedang melakukan siasatan. Baginda sekalian menegaskan perlunya pihak Kerajaan menyelesaikan dengan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan. Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan.
3. Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberikan impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.
-------------------------------------------------
Tapi hasil siasatan/audit PAC dirahsiakan.....apa tur??? Nak derhaka pada titah Majlis Raja-Raja???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 6, 2016 at 4:50 AM delete

PUBLIC account Committee...

Apa sebab jadi osa?

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 6, 2016 at 11:58 AM delete

Din,

Aku rasa kita silap besar. Kita menyokong orang yg bersalah. Kita menyokong Tun Mahathir yg sekarang di dianggap ketua kepada Ketua DAP. Tun Mahathir dihina sebegitu cara seolah2 dia juga sudah jadi Ketua Paderi. Tun Mahathir sudah buang habis segala perjuangannya selama ini untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Dia dah jadi petualang nombor satu negara.

Kita silap besar kerana bukan saja menuduh tetapi juga mencaci dan memfitnah Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Aku rasa Datuk Najib tak bersalah sebiji habuk pun. Jika tidak takkan satu UMNO berdiri di belakangnya. Berapa kerat sangat yg menentangnya? TSMY, DSSA dan DSMM semuanya ada kepentingan peribadi untuk menentang DSN. Dema ni ada agenda tersembunyi, ada niat yang busuk di hati. Kita berapa kerat saja yang tak sedar, yang tertipu dengan konspirasi jahat ini.

Takkan lah satu UMNO membabi buta menyokong DSN? UMNO kan parti keramat, yg suci dan menyucikan! Merekalah yang berjuang untuk Melayu, menjulang agama Islam, yang memerintah negara ni sejak Merdeka. Takkan mereka silap? Takkan MT silap menyingkir TSMY yg berkomplot untuk jatuhkan DSN? Takkan menteri2 UMNO yang bijaksana itu silap menangkis segala tohmahan yg dilemparkan terhadap Ketua mereka. Takkan segala wanita, pemuda dan puteri UMNO silap menjadi perisai untuk menjaga keutuhan dan kebutuhan DSN?

Jika mereka berada di pihak yang benar, bermakna juga kita berada dipihak yang salah. Kita ni siapa? Rakyat jelata yang bodoh dan bangang. Berapa kerat saja rakyat yang bodoh dan bangang seperti kita ada di Malaysia ni? Dan jika dicampur dengan beberapa politikus yang nyanyuk, yang tak laku, yang berskandal, yang teringin dan tergilakan kuasa itu pun boleh dikatakan segelintir saja rakyat yang menjadi pembangkang dan pembangang.

Aku rasa elok kita hentikan saja perjuangan sia-sia ini. Kita tak ke mana. Kita pun memang nobody. Tak akan dapat segala kesenangan dan kekayaan maupun kekuasaan. Kita pun tak impikan itu semua. Pada kita istillah 'billion' tu hanyalah supermarket, istillah 'ketua' itu ialah peningkatan umur, semakin dekat dengan kematian yang tiada siapa pun dapat lari. Biarlah kita sedar sekarang, ubah haluan kita. Rapatkan diri kita dengan Allah yang maha agung, yang mencipta kita. Dia yang akan menanti kita di alam barzakh nanti, menghitung segala baik buruk kita. Aku tak mau dituduh bersekongkol dengan mereka yang membelakangkan Islam demi politik. Aku tidak mahu dituduh zalim di dunia ini memfitnah orang yang tidak berdosa, menyokong pula orang yang bersalah.

Elok kita bertaubat Din, kalau kita rasa bersalah. Dan jauhkan diri dari kemungkaran.

Sebenarnya aku rasa bersalah, sikit saja, bila bercakap mengenai DSN ni. Aku rasa bersalah tak dapat nak ceritakan kepada anak cucu aku mengenai kisah dongeng 2.6b ni. Aku memang tak kisah story2 lain. 1MDB ke, Kenduri anak DSN ke, Beg Berkin RM ke. Bagi aku itu semua cerita dongeng. Tak ada siapa pun yang mengaku walaupun ramai yang menuduh.

Yang aku musykil ni hanya mengenai 2.6b tu saja. Ramai yang mengaku duit tu wujud (mungkin kurang sikit), dari TPM hingga ke Peguam Negara. Tapi aku tak faham jalan ceritanya walaupun dah berpuluh kali berbagai menteri bercerita. Macam ada saja yang tak kena, selalu berubah-ubah. Katanya Putera Arab Saudi yang bagi. Lepas tu bercabang2 ceritanya pulak.

Din, tolong cari orang yang boleh tolong cerita kisah ni secara jujur dan ikhlas. Cerita ni bukan cerita semasa yang boleh berubah-ubah. Ini cerita 2013, dah jadi sejarah. Kisah 2.6b ni pun diperkOSAkan. Tak berahi langsung kalau dengar cerita dari Menteri Komunikasi, tiba2 saja sebut 'sekian wassallam'. Dan buku sejarah Malaysia pun ditutup.

Di blog Helen Ang aku dah cakap, dan di sini pun aku nak janji, kalau ada sesiapa boleh cerita kisah 2.6b tu secara terus dan terang, aku tak kutuk dah pasal AhJib Go! ni sampai bila2. Aku nak mau terkilan hingga mati tak dapat dengar cerita ni. Dan aku percaya berjuta rakyat Malaysia pun begitu juga. Ini saja 'satu ceritera klasik agung Malaysia' yang aku nanti-nanti.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 6, 2016 at 12:09 PM delete

Pembetulan:

Perenggan ke2 terakhir...
Kisah 2.6b ni pun bukan diperkOSAkan

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 6, 2016 at 12:24 PM delete

Perkembangan di Pestsyen:
Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit
https://www.change.org/p/prime-minister-dato-seri-najib-razak-quit/share?after_sign_exp=default&just_signed=true
5/3/2016 (4.00ptg) - 3,083
5/3/2016 (10.00mlm) – 8,013
6/3/2015 (9.00pg) - 12,312
6/3/2015 (12.17pg) - 15,517

Hebahkan lagi!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 6, 2016 at 6:03 PM delete

Enough is enough with this b*llsh*t gomen. This gomen under Najib Umno-BN has gone far beyond black, far from being transparent and truthful to the rakyat, full of dark secrets. We rakyat deserve a better Malaysia, a safe Malaysia for generations to come.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 6, 2016 at 10:16 PM delete

Lorong Mengundi 1:
Petisen Atas Talian Selamatkan Malaysia

Nyatakan sokongan anda untuk ‘Deklarasi Rakyat’
di sini: http://goo.gl/forms/klwIJrXZ9m


Lorong Mengundi 2:
PRU 14 jauh lagi. Apa pendirian anda mengenai isu DS Najib. Undi di sini saja buat masa ni...
https://www.change.org/petitions#most-recent

Syed Rosli Jamalullail : Petisen menyokong penuh kepimpinan YAB PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia
at 22.00 : 6/3/2016 - 18 supporters

Gerakan Rakyat: Gerakan Rakyat: UndurNajib/NajibMustGO
at 22.00 : 6/3/2016 - 37 supporters

Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit
at 22.00 : 5/3/2016 - 8,013 supporters
at 22.00 : 6/3/2016 - 26,160 supporters

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 7, 2016 at 8:26 AM delete

Assalam Bro,UMNO tak salah TETAPI Najib yang bersalah.Jadi singkirkan Najib!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 7, 2016 at 9:07 AM delete

The Chief-Pirate's administration is pushing the rakyat to the wall and if you look closely its actually enticing the rakyat to really went berserk, create pandemonium and given the situation, a 100 X wrecks when even a police car weren't spared......when that happens, the claws will come out (intentionally) and curfew imposed, MKN invoked since, 'absolute' power is now in the hands of the pirate/s!

GE14 will be canned indefinitely....look, we saw in Chile, Egypt, Pakistan, much earlier in the Philippines an arrays of other dictatorial regimes! It has been done and will be done again....think America will really care? TPPA is signed, the country burns is not their business! China got the priced PP at a real bargain price which 1MDB already bought at a BLOATED price (lost a couple billions) and sell at heavily-discounted price (lost a couple billions, AGAIN).....and, we haven't scrutinised the price variations as pronounced by 1MDB to the price as notified to the HK Exchange & Securities body.

So, Malaysia with the bugis-nut's being pulled on each to the opposite ways....one ball to America and the other to China, how excruciating can it be, if you can imagine that!

So, people, keep calm and hold your nerve and just keep grinding at this 1MDB & SRC bogeys.....the TRUTH WILL PREVAIL!

I am just as frustrated 12,000 km away as much as the people in Tanah Ayer!

MLN

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 7, 2016 at 10:45 AM delete

Macam nak samanlah tak saman2 juga. Lap organ pac serupa juga, tangguh lagi tangguh.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 7, 2016 at 1:48 PM delete

Phuh bergaya sungguh Najib & talibarut2 nak buat closure. Apa2 ini setakat maklumat domestik ajelah.

Suruh tunggu audit pun Najib membohong, apa lah lagi kredibiliti yg ada padanya?

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 8, 2016 at 10:52 AM delete

Terkini…
Lorong Mengundi 2:
PRU 14 jauh lagi. Apa pendirian anda mengenai isu DS Najib. Undi di sini saja buat masa ni...
https://www.change.org/petitions#most-recent

Syed Rosli Jamalullail : Petisen menyokong penuh kepimpinan YAB PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia
at 22.00 : 6/3/2016 - 18 supporters
at 22.00 : 7/3/2016 - 18 supporters
at 10.00 : 8/3/2016 - 19 supporters

Gerakan Rakyat: Gerakan Rakyat: UndurNajib/NajibMustGO
at 22.00 : 6/3/2016 - 37 supporters
at 22.00 : 7/3/2016 - 42 supporters
at 10.00 : 8/3/2016 - 42 supporters

Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit
at 22.00 : 5/3/2016 - 8,013 supporters
at 22.00 : 6/3/2016 - 26,160 supporters
at 22.00 : 7/3/2016 - 33,662 supporters
at 10.00 : 8/3/2016 - 34,862 supporters

Maaf, aku tak tau macam mana nak dapatkan bilangan penyokong ‘Deklarasi Rakyat’. Jika ada sesiapa boleh bagitau, aku alu2kan. Aku nak bagi semangat kepada yg lain untuk beri sokongan. Jika petisyen Azrul Mohd Khalib (yang aku tak pernah kenal) yg bertajuk ‘Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit’ dapat mengumpul lebih dari 30,000 supporters, aku percaya ‘Deklarasi Rakyat’ pasti berganda lagi. Anak-anak aku sendiri ada telefon tanya dah sain ke belum. Tentu anak2 orang lain pun macam tu jugak.

Ada orang cakap perkara ni remeh (yg cakap Deklarasi Rakyat’ remeh pun ramai) tapi sekurang2nya kita tau ramai yg sokong pendirian kita. Apalah sangat 30,000+ di petisyen Prime Minister Dato' Seri Najib Razak: Quit ni jika nak dibandingkan dengan 3 juta umat UMNO yg 100 persen berdiri di belakang Presiden (setelah ditolak parasit2 yg berkepentingan peribadi). Tetapi aku percaya dlm 30,000 supporters ni tak ada pemakan dedak, tak ada pembalas budi, tak ada pembayar hutang kepada AhJib Go! maupun Tun M. Kita semua lakukan atas rasa hati kita sendiri, tanpa dipaksa dan tanpa mengharap balasan.

Reply
avatar