KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, March 14, 2016

dinturtle

Lawak Sekejap Dengan Adnan Yang Perasan Berdarah Pahlawan Islam Acheh !


Memang lawak guling2 pecah perut beb !

Ku Nan berdarah PAHLAWAN ISLAM ACHEH ! ? ?

Hahahahaha .......

Ada hati nak tumpang nama pahlawan Islam ...... hahahahaha ......

Malas nak komen banyak, orang yang lebih layak kalau bercakap tentang salasilah orang Aceh yang berada di Malaysia ini adalah Tan Sri Sanusi Junid. Kalau Sanusi baca ni pun, rasanya mahu sakit jantung orang tua itu dek sebab gelak kuat sangat....

Apapun kisah dari Ku Nan, dan jika benar pun beliau bernama Teuku, ia tidak memberi justifikasi kenapa beliau menukar namanya dari TEUKU kepada TENGKU.

TEUKU di Acheh TIDAK SAMA dengan TENGKU di Malaysia.  Orang yang punya nama pangkal Teuku di Acheh tidak sama dengan orang yang punya pangkal nama TENGKU di Malaysia.

Jadi bagaimana si Adnan ini boleh sesuka hati menambah gelaran namanya menjadi TENGKU Adnan ? Benarkah beliau memang dilahirkan sebagai Tengku atau Teuku dan tercatit di surat beranaknya ?

Adakah ini kategori Ciplak atau Menyamar ?



"Saya kata saya bukan Tengku Malaysia, saya berketurunan dari Acheh,"

Kata Tengku Adnan, nenek moyangnya dari Aceh adalah pihak yang memainkan peranan penting membawa Islam ke Malaysia.

"Lihat kembali sejarah, yang hilang Tengku Nyak Abu. Inilah cucu dia yang perjuang Islam. Dan datuk, nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut siapakah Tengku Nyak Abu dinyatakannya itu.

Tengku Adnan juga berkata ada pihak yang bertanya mengapa beliau kuat.

"Ada yang bertanya kepada saya mengapa saya kuat? Kerana darah itulah yang mengalir dalam urat saya. (Perdana Menteri) Najib (Abdul Razak) mempunyai darah Bugis saya mempunyai darah Acheh," katanya. - ( KLiK )


FMT

PS - Saya tanya pada seorang yang berasal dari Acheh mengenai gelaran Tengku ini. Katanya, TENGKU di Acheh adalah satu gelaran yang diberikan kepada golongan ulama ( bukan pejuang atau pahlawan ) dan ia diberikan kepada individu yang layak. Gelaran itu BUKAN diwarisi.

Sementara Teuku atau Teku memang merujuk kepada golongan bangsawan. Tapi menurut rakan ini yang masih kuat hubungan dengan keluarga di Acheh, beliau tidak pernah dengar nama Ku Nan dikaitkan dengan mana2 keluarga bangsawan di Acheh.

Satu lagi, pernahkah Ku Nan dipanggil balik ke Acheh untuk bermesyuarat sesama golongan bangsawan sebagaimana lazim dilakukan mereka ?

Nama Tengku Nyak Abu juga tidak pernah beliau dengar sebelum ini. Mungkin Ku Nan dapat berikan salasilah nama keluarga bangsawan yang diwakilinya untuk dibuat pengesahan apakah benar beliau itu berdarah bangsawan.

Orang2 Acheh di sini masih kuat hubungan keluarga dengan mereka yang di kampung dan tidak menjadi masalah untuk dibuat semakan akan salasilah keluarga Adnan ni.

Dah alang2 jawab, kita selesaikan perkara. Biar jelas duduk perkara. Adnan pun pasti tidak mahu orang ramai terus memperlekehkan nama keluarganya... kan ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Hussin S
AUTHOR
March 14, 2016 at 4:16 PM delete

Cuba ingat-ingat masa tsunami tempohari, apakah sumbangan yang diberikan oleh Ku Nan ini. Kalau betul keturunan Acheh mestilah bersungguh-sungguh cari bantuan untuk di sampaikan pada mangsa tsunami.
Contoh terdekat Puan Wardina Saffiyah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2016 at 5:00 PM delete

Apa nk heran dgn gelaran nan oi..mati besok kain kapannya putih jgk.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2016 at 7:21 PM delete

Salam Din...

Kalu berbicara mengenai sisilah....saya pun sisilah dari aceh...dah 4 generasi..duduk di Malaysia...Kebanyakan orang aceh dulu..waktu Belanda...cuba takluk aceh tetapi GAGAL..dan peperangan paling lama bagi Belanda..kebanyakan mereka berhijrah ke YAN Kedah pada ketika itu...tentunya Tan Sri Sanusi maklum perkara ini...

Apa yang saya tahu sedikit serba sedikit..Teuku ini ada juga dikategori keturunan raja..samaada raja kecil atau raja besar...dan ada juga gelaran kurniaan sultan pada ketika itu...

Kalu kita berbicara Teuku...tokoh dekat dengan kita adalah P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh...

Ada juga Teuku berdarah keturunan Sultan tetapi disebelah anak perempuan...contohnya jika sultan ada anak perempuan...anaknya digelar tengku...tapi waris atau cucu sultan...diberi gelar teuku..tidak boleh tengku sebab waris jatuh ke keturunan anak perempuan...

Berbalik pada Teuku Adnan...saya cuba cari Teuku Nyak Abu...belum jumpa lagi sisilahnya...tidak tahula apa benar beliau keturunan Pahlawan kerana waktu perang...Aceh juga ada tali barut belanda..pengkhianat bangsa aceh demi untuk kepentingan peribadi...diberi tanah jika bekerjasama dengan Belanda..untuk maklum...sejarah aceh amat saya kagumi waktu melawan belanda..dipimpin oleh oleh Sultan Alaiddin Mahmud Syah Ibni Sultan Alaiddin Sulaiman Ali Iskandar Syah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2016 at 7:29 PM delete

Aku hanya memertabatkan keturunan Rasulullah SAW, keturunan semua para sahabat dan para syuhada zaman Rasulullah saja.
Yg lain boleh ke laut.
Mati esok dlm kubur munkar nankir tak tanya kau keturunan apa.
Yg ditanya apa amalan semasa hidup.
Tie dan kot pun tak bawak masuk kubur pakai kain putih je tu pun tak berjahit.
Duit pun tinggal, duit berbillion billion pun kalau dibawak masuk kubur tak ada nilai, jadi makanan cacing je.
Tapi kalau ingat boleh menongkat langit saja, malaikat maut tak boleh nak cari, bolehlah teruskan berbangga-bangga.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2016 at 9:02 PM delete

Denan....dari mana anak awak dapat duit miliyar miliyar untuk beli rumah mewah?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2016 at 10:19 PM delete

Wahh...betul2 lawak lah. Bukan main bangga, yg kepala mengaku pahlawan Bugis, dpt derma raja Arab, yg talibarut pun tak Mau kalah, ada yg kata keturunan jawa, pahlawan & alim ulama Acheh! Nanti UMNO bahagian Jasin Melaka akan mengaku keturunan Hang Li Poh pulak. Yg kat Malaysia Timur pula suruh Najib kahwin org sana...last last nanti trek keturunan sangkut dengan BERUK pulak nanti...kah kah kah...
Ni betul2 kelakar lah en Din.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 15, 2016 at 7:18 AM delete

Pak Din!,TDM dah seru DSN supaya diadakan pungutan suara siapa menang akan menentukan nasib.DK pula telah menyuarakan supaya origanal surat beranak TA ditunjukan pada public betulkah tidak gelaran itu. Agak-agak ada beranikah mereka berdua ini?.Nanti dan lihat sambutan mereka.Komen sikit Pak Din untuk pembaca halaman anda.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 15, 2016 at 1:23 PM delete

yang nak mengaku darah kerabat diraja ni ramai dr puak pemakan dedak najib..

zahid .... dr keturunan hamengkubo wono niningrat ratu ayu solo riro kidul ningsih karto lojo womo nan geger ..gitu

nazri... darsh pahlawan genghiz khan ulan bator..

kj.... darah pahlawan masai bushmen tgh africa..

dan tak lupo.....

abd raheeeeeeeem abd azeeeeeeez bin abdullah..
reeeeeezal naina marican..
shafeeeeeeee bin abdullah..
ali hamsa...

..mrk ni lg bukan calang punya darah bangsawan...dr jalur mahabarstha ramayana dewata kalai modi prakash kutahe chattaraj deewalii kapoori vel vel ..... purggghhh
irwan sareeeegar bin abdullah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 9:04 PM delete

Salam Abang Din. Saya juga ada bertanyakan hal ni pada bekas pensyarah saya yang memang asal dari Acheh dan berketurunan Teuku. Bila ditanya, dia pun cakap dia tak pernah dengar nama keluarga si penguin tuh.

Reply
avatar
joetamchi
AUTHOR
March 17, 2016 at 12:49 PM delete

Tengku atau tengkiu....?

Lepas sakau ucaplah tengkiu....!

Reply
avatar