KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 22, 2016

dinturtle

Luahan Akar Umbi Umno Johor - Timb Ketua Bahagian Pagoh

Semalam Mukhriz mengadakan lawatan ke beberapa bahagian di Johor dalam program Santai Bersama Mukhriz anjuran GKCM Johor. 



Suka saya kongsikan sedutan ucapan YB Hj Ismail Mohamed, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh yang juga Exco Pertanian Johor. Bagi saya ucapan beliau mewakili ahli2 akar umbi Umno di Johor. Dan tampaknya beliau ikhlas ...



 
KLiK untuk ke Youtube.

- .... pelbagai perkara berlaku disebabkan oleh Presiden Umno itu sendiri, menyebabkan Umno hari ini gusar dan risau dengan keadaan .... disebabkan isu peribadi beliau.... 

Kalau dulu kita mudah, sokongan orang Melayu ni tidak menjadi masalah. Kita dalam Umno kita bersatu padu untuk menyelesaikan isu2.

Malangnya kali ini kita tak boleh nak menjawab isu. Seperti yang saya maklumkan baru ini, kerana isu peribadi, kita tak boleh nak menjawab. Kalau saya turun ke cawangan di kawasan kita, saya pun tak boleh nak menjawab pasal 1MDB. 

Kerana isu itu ... ditutup sana ditutup sini .. akhirnya kita jadi masalah. Rakyat nak tahu sebenarnya apa sebabnya. Dimaklumkan 6 bulan nak diselesaikan, malangnya tak selesai juga, menjadi tandatanya.

Orang di luar terus menggasak kita dengan isu2 ini menyebabkan kita rasa ... susah nak menjawab. Kita sayangkan Umno sebenarnya, .. Umno ni kalau di Johor khususnya.... takkan kita nak biarkan Umno di Johor kalah ?  Kita dah nampak tanda2nya.

Kalau dulu kita bermasalah dengan orang di atas pagar, dan kini kita bermasalah nak dapatkan sokongan orang Umno sendiri. Orang Umno itu sendiri mempertikaikan apa yang berlaku hari ini. Ini cabaran kita.

 Kalau dulu kita menang undi popular dengan 48%, itu di tahap dengan sokongan padu Umno. Kali ini disebabkan isu Perdana Menteri sendiri, menyebabkan kita berhadapan masalah dengan ahli Umno sendiri. Kita nak yakinkan ahli kita.

Ahli kita mempertikaikan pelbagai isu2. Itu yang menyebabkan hari ini kita berkumpul kerana rasa tanggungjawab kita, nak selamatkan negara kita, nak selamatkan Umno.

Jadi saya harap tuan2 puan2 jangan rasa gusar, jangan rasakan perjuangan kita ni tak betul, jangan rasakan was-was. Kita bertekad, kita kena yakin bahawa perjuangan kita ini betul. Perjuangan kita nak menyelamatkan negara kita, perjuangan kita nak menyelamatkan Umno.

Kita kena bersatu hati. Macam2 cabaran dan dugaan tentunya kita akan tempuh. Macam datuk Mukhriz kita, cabaran dia lagi hebat. Macam saya pun, menanti lah.... tapi saya yakin kita berada di pihak yang benar. Saya yakin apa yang kita lakukan ini untuk kebaikan orang Melayu khususnya dan juga Umno. Kita kena pertahankan.

Kita jangan risau dari segi jawatan. Seperti Datuk Mukhriz kata, jawatan ini di dunia. Tapi kalau kita yakin perjuangan kita untuk agama bangsa dan negara, insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita.


Ni ada satu lagi video yang memaparkan seorang hadirin, Pak Wahab yang begitu bersemangat dengan komennya ketika sesi soal jawab. Kalau anda perasan,  Muhyiddin ada sebut nama Pak Wahab ni dalam ucapannya malam tadi.




KLiK untuk ke Youtube


- Saya tidak berapa suka kalau kita sebut kita nak menyelamatkan Umno. Saya lebih suka disebut nak menyelamatkan agama, bangsa dan negara ! 


- Orang Benci Najib, Sayangkan Umno !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 22, 2016 at 2:21 PM delete

Apa pun Bro Din si Ah Jib Gor is planning ahead for the country. Sebelum negara ni jatuh ke tangan Cina DAP didalam PRU14 nanti,awal awal dia dah jual syarikat dan tanah kita kepada Negara Cina.

alfie

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 4:03 AM delete

Kesian Ketua-ketua cawangan dan bahagian yang terpaksa berdepan dengan ahli dan orang ramai untuk menjawab isu yang mereka sendiri tidak berapa tahu kepala ekornya.Bukan saja di Pagoh malah dimana-mana saja.

Reply
avatar