KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, March 24, 2016

dinturtle

Mukhriz - Bersatu Untuk Kebenaran BUKAN Untuk Menegakkan Kemungkaran !


Semalam Kumpulan Melayu Berani Bersatu ( MBB ) telah mengadakan satu majlis makan malam santai bersama Mukhriz bertempat di Istana Bambu Jalan Ulu Klang. Hampir 200 orang hadir untuk mendengar ucapan dan pesanan dari pemimpin muda ini. Antara lain, Mukhriz berkata -




 
KLiK untuk ke Youtube

.... kalau adalah satu pihak yang mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan kerajaan BN ini, orang itu tak lain tak bukan Najib Tun Razak namanya. Bukan Kit Siang, bukan Azmin Ali. Sebab kita selalu sebut - Kalau kita bersatu, kita kuat ... takde siapa pun boleh sentuh kita.

Saya masih berpegang kepada kepercayaan itu. Pada waktu yang sama saya tahu bahawa perpecahan dalam Umno ini memang pada tahap yang agak teruk. Dan kita disaran supaya bersatu. Mana2 kita pergi pun, dua2 pihak mana yang tak setuju dengan Najib, mana yang setuju dengan dia pun bercakap mengenai perpaduan.

Tapi nak bersatu ni, mesti ada sebab. Sebaik2nya kita bersatu untuk Kebenaran. Kita tidak digalakkan untuk bersatu untuk menegakkan kemungkaran.

Bagi kita yang beragama Islam ini sesuatu yang kita nak kena peringat diri kita selalu. Kalau dengar orang cakap - Sudah2lah tu .... kita mesti bersatu. Kerana bila kita bersatu kita kuat. Memang bunyi ia sedap. Lagu kita pun Bersatu Bersetia Berkhidmat. Sebelum dapat bersetia dan berkhidmat, kita kena bersatu dulu. Memang kita faham bab tu.

Tapi mesti ada satu sebab yang ..... Mulia, yang menyatukan kita. Janganlah ada sesiapun yang boleh suruh kita bersatu supaya kita dapat mempertahankan seorang pemimpin yang dituduh macam2 seperti ini. Kerana kita pun sama terpalit.

Sekarang ni kalau tanya orang muda, bukan setakat dia marah pada Najib, dia marah Umno. Bukannya dia kata Najib rasuah, dia kata Umno rasuah ! Kerana apa ... kerana Presiden parti kita kata, 2.6 bilion itu duit Umno !


Umno besar, Umno kuat ! Sejak merdeka lagi Umno berdiri megah tanpa dapat dicabar secara serius oleh mana2 parti pembangkang.  Kerana orang Melayu yang menjadi tunggak kepada negara Malaysia, rata2 masih menaruh kenyakinan kepada Umno. Dan selagi kenyakinan itu kuat, selama itulah Umno kekal berkuasa. Tidak ada parti lain yang dapat menggugat penguasaan Umno dalam politik tanahair.

Kekuatan Umno datang dari kenyakinan orang Melayu kepada Umno. Tanpa kenyakinan itu, Umno lemah ...

Itulah yang sedang berlaku sekarang ..... kenyakinan orang Melayu kepada Umno sudah mula terhakis. Umno tidak lagi dilihat sebagai parti yang mampu menjaga kepentingan bangsa dan negara amnya. Umno kini dilihat lebih mendahulukan kepentingan pemimpin2nya dari kepentingan rakyat.

Bukan salah Umno. Umno cuma satu entiti yang dicorak oleh kepimpinannya. Baik pemimpin2nya maka baiklah Umno. Hampeh pemimpin2nya maka hampehlah Umno !

Dan Umno sekarang dipimpin oleh pemimpin2 yang hampeh. Umno tidak lagi meletakkan kepentingan rakyat di depan tapi menjadikan kepentingan survival politik Najib mendahului kepentingan rakyat.

Kesannya - orang Melayu sudah mula hilang kenyakinan kepada Umno. Sebenarnya yang orang benci adalah Najib tapi sebab Umno begitu galok mempertahankan Najib tanpa memperdulikan benar atau salah, baik atau buruk ... maka Umno dilihat sebagai bersekongkol dengan Najib. 

Seperti kata Tun Mahathir, Umno kini sudah menjadi Parti Najib, bukan lagi Umno yang kita kenal. Sebab Umno tidak mahu tolak Najib maka perkiraannya mudah - Tolak Umno jika mahu Tolak Najib !

Ketika ini nama Najib adalah sinonim dengan ..... "Kemungkaran". Rakyat sudah tolak Najib. Terserah kepada Umno samada mahu ikut sama ditolak oleh rakyat atau Umno bertindak bijak dengan menolak Najib terlebih dahulu.  

Pilihan di tangan Umno kerana rakyat sudah buat pilihan. 

Kita akan bersatu untuk mempertahankan Kebenaran, bukannya bersatu menyokong Kemungkaran !

                                 *****************

Ini contoh yang diberikan oleh Mukhriz semalam ..... kenapa diheret rakyat, dalam kes ini rakyat di Air Hitam Kedah kawasan Mukhriz, dalam kemelut politik Umno ? 

Kalau pun dah tak suka pada Mukhriz, kenapa rakyat yang menjadi mangsa bila diketepikan dari peruntukan pembangunan yang menjadi hak rakyat ?




KLiK untuk ke Youtube.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 4:10 PM delete

Saya ni dah menjangkau umur setengah abad, sokong UMNO.
Apa yg boleh saya katakan, sehingga kini belum nampak sorang pun pemimpin UMNO khususnya & pemimpin politik amnya yg saya pernah jumpa dan bersapa dalam aktiviti2 setempat melainkan musim pilihanraya...
Apalah agaknya guna pemimpin2 ini???
K

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 7:01 PM delete

Dah tak ada guna, tuan 4:10
Sekarang dah terpaksa bakar kelambu nak halau nyamuk
Kan ke bebal sebebal bebal punya kes
Orang orang yang mengaku pemimpin dalam umno ni cermin la diri sikit..kalau nampak penyangak tu bukan salah cermin ye

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 24, 2016 at 10:09 PM delete

Aku lihat Mukhriz masih lagi sayangkan UMNO. Aku percaya TDM pun begitu. Dua2 berusaha sedaya upaya utk betulkan kembali UMNO ke jalan yg benar. Masih menaruh harapan walaupun semakin tipis peluangnya bila setiap hari baru menjelang.

Aku pulak bukan ahli UMNO. Nak kata DAP pun boleh (Dok Atas Pagar). Tok nenek aku, tok nenek sebelah bini aku memang UMNO totok, cukup bangga dgn Tengku dan Tun M. Aku dan bini, dan anak2 aku pun masih sokong UMNO (hingga pertengahan tahun lepas), tapi tak ada seorang pun jadi ahli sebab kami merantau. Dan kami meluat dgn pemimpin2 UMNO yg kami kenal, yg lebih mengutamakan jawatan dan kroni. Namun kami tetap pangkah UMNI/BN.

Tapi aku yakin UMNO/BN akan hilang hampir 200 undi keluarga aku pada PRU14 nanti. Kami dah hilang kepercayaan pada UMNO. Mohd Najib dan MT yg bunuh kepercayaan dan harapan kami.

Namun aku masih mahu menyokong TDM dan DSMM, DSM, DSSA sekiranya mereka berjaya menyucikan UMNO.

Tetapi ikhlas aku nyatakan di sini, kumpulan ini bagaikan tak teratur. Betul, aku pandang dari jauh saja, tak kenal sesiapa pun di dalam kumpulan itu, tetapi memang tak terlihat organisasinya. Tak tau nak cari mana. Perlu diingat kita ingin mendapat sokongan rakyat, bukan setakat katakan rakyat, kita mau katakan 1 juta, 2 juta atau 5 juta. Dan kita mahu tunjukkan kepada dunia kita punya sokongan sebanyak itu. Kita juga perlu tunjukkan kepada penyokong ianya semakin bertambah setiap hari. Biar semangat kita sentiasa kuat, sentiasa berkobar, semakin yakin perjuangan kita akan capai kejayaan walaupun akan mengambil masa. Itu juga 'bersatu'. Tetapi organisasi kita longgar. Aktiviti kita terhad. Malah langkah dan strategi kita juga seperti tidak tersusun.

Aku bukan nak kritik sesiapa, aku cuma komen apa yg aku lihat, dari jauh. Banyak yg boleh dibuat memandangkan ramai bijak pandai di dalam kumpulan ini, tetapi tak terlihat dgn jelas. Ada satu kumpulan kecil yg sedang bertindak, dan ada satu kumpulan besar penyokong. Tetapi ada jurang yg jauh antara keduanya.

Aku sedih jika kita gagal sampai ke matlamat yg suci, utk selamatkan negara kita dari Mohd Najib hanya kerana kelemahan kita sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 25, 2016 at 2:38 PM delete

UMNO akan berkubur PRU14.Masing-masing sedang mengaut apa yang sempat.

Reply
avatar