KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 2, 2016

dinturtle

Najib Di JEF2016 - Jangan Salah Tafsir Ok !

Masa mula2 Najib kata nak pi Arab kerana menghadiri  Jeddah Economic Forum, pihak Sarawak Report terus buka website rasmi JEF 2016. Memang betullah ada Forum itu tapi takde pun nama atau gambar Najib sebagai salah seorang penceramah.






Hari ni cek semula , tu dia......... dah ada dah ! 

Macamana pihak penganjur boleh tertinggal nama dan gambar Perdana Menteri kita ni ? ! Wisma Putra ke protes ! 

Dahla Najib merupakan SATU2nya pemimpin tertinggi bertaraf PM atau Ketua Negara yang hadir, takkan penganjur boleh sengaja miss ? Kecuali mereka nak sabotaj ......

Antara dif2 terhormat di Forum itu adalah Gabenor Mekah, General President of Youth Welfare, Menteri Perindustrian Arab, Gabenor Istanbul,  Peguam dari White & Case New York, Chairman Import Export Bank US, CEO Saudi Telekom ......untuk hari kedua pula baru ada nama wakil Malaysia iaitu TS Nor Mohamed Yakcop mewakili Khazanah Nasional .....anda boleh baca programnya di SINI.

Takde pun nama Najib ? Rupanya Najib berucap di majlis perasmian malam sebelum bermulanya Forum


TERBAIK ! Ucapan di majlis perasmian tuh ....

Dua lagi gambar Najib di JEF 2016 -




Tapi tetap memerlukan penjelasan dari penganjur bagaimana SATU-SATUnya Ketua Negara yang hadir tidak disebut nama dan gambarnya sebelum ini ? 

Kalangan wakil negara luar yang hadir pun takde yang setaraf  Menteri Kewangan pun. Sememangnya Najib seorang yang berjiwa besar !


Najib sempat juga mengerjakan Umrah .... gambar2 ada dalam FBnya. 

Eh, baru jer pergi kan ? Bukan ke lepas menyambut Tahun Baru di Abu Dhabi baru ni Najib dah pergi Umrah ?  Biarlah .... dah alang2 ke tanah Arab sekali lagi, apa salahnya dia buat Umrah lagi.



Suka kita mengingatkan anda, jangan fikir yang bukan2 OK.  Jangan ada yang mula memainkan persepsi konon Najib ke Arab Saudi kerana ada tujuan lain. Konon Forum itu cuma dijadikan alasan last minit.

Untuk apa lagi Najib ke Arab Saudi kalau bukan kerana tugas resmi negara bagi memajukan ekonomi negara kita ? 

Tidak ada kaitan juga dengan isu RM2.6 bilion yang kononnya dari penderma yang merupakan salah seorang putera raja Arab Saudi ! Apatah lagi dengan permohonan dari GKCM minggu lepas yang bertanyakan kepada wakil duta Arab Saudi tentang penjelasan terperinci derma dan penderma berkaitan.

Semua itu cuma satu kebetulan saja .... Bersangka baiklah kita..

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 9:37 PM delete

Terlalu obvious sangat lah sampai tiga kali ke Arab Saudi dalam beberapa bulan sejak June lepas. Baru je tahun baharu 2016 pegi, kan. Kalau dah gali lobang tutup lobang hmmm orang dah payah nak percaya beb. Nak bersangka baik dengan dia pun dah payah. Cittt lagi baik percaya sama mamat bangla yang dah beranak pinak kat dalam KL.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2016 at 10:44 PM delete

Nakal lah lu bro.....paham-paham je dah lah...Najib nak ucap apa dh sary dunia tau kelakuan dia. Syabas GKCM ..ur actions really brutal

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 3, 2016 at 1:20 PM delete

Najib khalifah yg terbaik untuk UMNO. Dan MT meletakkan 'seal of approval'nya. Yg jahat tetap Muhyiddin, tak tau nak bantu PM, tak tau nak bantu Presiden UMNO.

AhJib Go!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 6:02 PM delete

Pendapat saya ini semua antara langkah2 desperado termasuk lah menganugerahkan bapak sendiri negarawan terulung. Pada saya ini pun conflict of interest. Tapi apalah conflict of interest camni kalau kepala jenayah pun dibuat nya!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 6:51 PM delete

Dua tiga menjak ni aku tgk najib dh mcm org kurang siuman. Mgkin dlm masa tidak terlalu lg dia akan betul2 jd tidak sihat? Hadiah kerana tidak amanah dan menipu!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 3, 2016 at 8:19 PM delete

Aamiin!

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 4, 2016 at 7:31 PM delete

Din, semalam aku mimpi AhJib Go pi Saudi mintak suaka politik. Sebab tu aku buka balik entry ni, teringat kamu cakap 'SATU-SATUnya Ketua Negara yang hadir' tapi 'tidak disebut nama'. Tapi itu mimpi aku, ok. Jangan salah tafsir, ok! He he hehhh... Jangan sebab mimpi polis nak heret aku ke balai pulak, kan?

Memang besar sungguh Jiwa dia ni, sampai ramai rakyat Malaysia sakit jiwa.

Reply
avatar