KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, March 31, 2016

dinturtle

Najib Rosmah Bershopping Sakan Setengah Juta Ringgit Di Hawaii Ketika Negara DiLanda Banjir 2014 ?

Mkini
Seharian orang duk bercakap tentang perbelanjaan mewah Najib Rosmah ekoran pendedahan oleh ABC Australia dan WSJ. Terbaru negara Luxemburg ikut sama melancarkan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan wang 1MDB !
  
"The investigation aims to trace the origin of four transfers in 2012 and one in at the start of 2013 for a total of several hundreds of millions of dollars," the statement said.

Kalau tidak ada bukti yang boleh menimbulkan keraguan, takkan lah Luxembourg nak umumkan kepada media yang mereka juga nak siasat 1MDB ! Begitu juga Switzerland dan Singapura. Ia berkaitan dengan negara lain dan membabitkan hubungan dua hala antarabangsa. 

Tapi buat cai2 Najib, mereka akan kata semuanya itu adalah satu konspirasi jahat mahu menjatuhkan kerajaan Najib ...... alahai ...

Tapi berkaitan pendedahan perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah ini adalah FAKTA yang tidak pernah dinafikan oleh Najib. 

Yang ini cai2 Najib nak kata apa ? Baca ulasan JMD mengenai isu ini - KLiK.



Amat menghairankan macamana Umno boleh terima perkara sebegini berlaku kepada pemimpin utama mereka ! ? Korang takde rasa malu ke ? 

Kenapa tak tanya dari mana datangnya wang sebegitu banyak untuk dibelanjakan secara mewah untuk perkara2 peribadi itu ?

Menteri Azalina berkata di Parlimen 15 Mac baru ni - 

"Perdana Menteri tidak menerima sebarang pendapatan lain daripada syarikat-syarikat dan tidak menerima apa-apa faedah dalam bentuk kad kredit korporat," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen. - Mkini.

Nah ... ni apa ceritanya tentang pendedahanperbelanjaan melalui kad kredit AmBank atas nama Najib sebanyak US$130,625 di Hawaii, dua hari sebelum kantoi didedahkan oleh paper Hawaii sedang bermain golf bersama Obama ! ?

WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.

"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta beberapa bulan sebelum itu. - Mkini.



Masih ingatkah anda pada waktu yang sama ketika itu, negara dilanda banjir besar ..... ini gambar2 kejadian banjir yang di rakam sekitar 23-25 Disember 2014.




Pada 25 Disember, air bah mula memasuki bandar Kota Bharu ...... Sebaik saja kantoi malu besar didedahkan sedang bercuti di Hawaii, pada hari sama terus Najib keluarkan gambar di bawah melalui twitternya !



Sebelum itu pergi pun senyap2, shopping senyap2, main golf senyap2 ...... dah kantoi baru nak keluar gambar muka sedih ! 

Jangan lupa, dua hari sebelum itu mereka pergi shopping menghabiskan US$130,625 atau hampir SETENGAH JUTA RINGGIT di Hawaii .......

Kemudian Najib balik ke tanahair meninggalkan Rosmah di sana ........ berapa pulak habis ? Ramai tertanya2 kenapa Rosmah tak balik sama ? Kenapa jet kerajaan ditinggalkan di US dan Najib balik naik komersil ?

Saya harap Muhyiddin dapat sahkan apakah benar Najib sering buat panggilan talipon bertanyakan khabar banjir sepanjang bercuti itu ! 

Maaflah, saya mula tak percaya gambar itu Najib sedang bercakap dengan Muhyiddin bertanyakan hal nasib rakyat berdepan bencana banjir. Saya tak hairan kalau Najib sedang bercakap dengan pihak bank di tanahair bertanyakan kenapa kad kredit tak lepas semasa pertamakali digunakan untuk bayar bil shopping hampir setengah juta ringgit ! ( seperti dilaporkan WSJ di atas )

Kenapa tak disebarkan gambar tengah shopping itu ? Kenapa Najib sendiri tak siarkan gambar bergolf dengan Obama dalam twitternya ketika itu ?

Nah, dari mana datangnya duit sebegitu banyak dalam akaunnya untuk dibelanjakan melalui kad kredit ? Siapa yang masukkan duit itu ? Kenapa di masukkan ?

Saya ulang balik kata Azalina -

"Perdana Menteri tidak menerima sebarang pendapatan lain daripada syarikat-syarikat dan tidak menerima apa-apa faedah dalam bentuk kad kredit korporat," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.


Halo bang, berapa banyak pendapatan Najib ? Macamana Najib menampung perbelanjaan mewah itu ? Itu baru SATU TRANSAKSI. Entah berapa banyak lagi transaksi kad kredit yang kita tak tahu.

Kalau kita tuduh pemimpin2 kerajaan dan Najib sendiri menipu, kita boleh didakwa tapi APAKAH PENJELASANNYA ? ? ?

Itu yang saya amat hairan dengan kebanyakan ahli2 Umno ni ........ apakah anda tidak merasa apa2 kesalahan ? Bagaimana anda boleh terima semua ini ?

Kata tolak pemimpin rasuah ? Kenapa tak tuntut Najib perjelaskan ? Kata pertahankan Agama Islam dalam laungan keramat demi Alif Ba Ta tapi kenapa diam seolah akur dan terima perkara sebegini ?

Rakyat memerhati semua ini OK. Jangan salahkan rakyat jika menolak Umno kerana pada pandangan rakyat, Umno turut sama bersekongkol dengan Najib bila tetap sokong Najib walaupun terdedah segala kemungkaran yang beliau lakukan.

Waktu sama, anda turut sokong cai2 Najib menyerang dan menghina dengan pelbagai fitnah terhadap negarawan Tun Mahathir yang telah begitu banyak berjasa kepada negara kita hanya kerana Tun menolak pemimpin seperti Najib.


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ


Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” 


Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”) (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar). 




PS - Jika semuanya adalah fitnah, maka Najib nafikanlah ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 31, 2016 at 11:51 PM delete

cash is king. macam mana nak berfikir secara kritis, yang keluar cash is king. buat analitikal, keluar cash is king. berbincang bagai nak rak, cash is king. pertahankan boooogeees, cash is king, bukan untuk agama, bangsa dan negara pun. sebabnya cash is king. cuba masukkan duit yang banyak dalam akaun igp dan kata itu derma. agaknya sprm siasat dan ag gugur tak tuduhan itu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 12:26 AM delete

Saudara Din, negara kita sdg ditadbir oleh jelmaan emelda & ferdinand marcos..sy risau sekiranya walaupun pasangan ini berjaya dijatuhkan suatu hari nanti,namun kerosakan yg mereka lakukan tidak mampu dibaiki oleh kerajaan yg baru.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 1:06 AM delete

Din,

RM9 juta dalam satu kad kredit Ambank atas nama Najib? Baru jadi PM dah ada RM9 juta. Tu belum kira kad kredit kad kredit lain atas nama dia dan juga bini dia. Balik balik shopping intan berlian, balik2 shopping tas mewah dan segala barang serba mewah berjenama. Ini agaknya Wasatiyah dia. Kat rakyat bukan main dia berkempen tentang Islam Wasatiyah. Depan rakyat bukan main laki bini ni berulang kali pi umrah (siap selfie lagi utk pengetahuan rakyat), malah siap berjubah putih berkopiah putih BER HA YA NA NA dengan Tok Syeh Tok Sheh Import lengkap dengan liputan media massa utama spt TV3, RTM dan sebagainya. Memang hebat lakonan laki bini dua orang ni. Tapi dibelakang rakyat, serba haram jadah, masih bershopping sakan walau pun seluruh Kelantan hampir tenggelam. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan kepala bana apa ni semua???. Aku tak gamak laa nak sebut dia ni PM haram jadah tapi memang sikap dan perangai dia tak lebih tak kurang macam tu laa Din. Aku harap SPRM teruskan siasatan dan jika boleh semua keluarga dia ikut disiasat terutamanya berkaitan transaksi bank serta kad kredit mereka. Dari dulu lagi aku tak pernah percaya muka macam Najib ni (ingat kes di PD lama dulu, Isa Samad selamatkan dia), sebab tu dia tak boleh nak tinggal Isa Samad walau pun peneroka FELDA majoriti tak suka. Yer la Din, dia terhutang budi dan kalau tak kerana Isa, tak merasa dia jadi TPM dan PM. Tapi Tun M dok gagah juga percaya kat dia (sebab terhutang budi la agaknya kat Tun Razak). Tapi last last rakyat juga yang tanggung hutang disebabkan laki bini ni perabih duit 1MDB dan SRC entah ke mana. Dia cuma sibuk cerita hutang 1MDB dah nak langsai (tu pun terpaksa gadai tanah negara) tapi dia tak pernah sebut berasaskan fakta ke mana duit 1MDB lesap yang menyebabkan syarikat tu berhutang. Sekarang ni Arul Anakonda CEO 1MDB pun dah naik pening dan tak sanggup lagi handle 1MDB. Tentu ada sebab. Aku yakin Arul dah cuba dijadikan Pak Sanggup oleh laki bini dua orang ni. Asakan Rafizi yang nekad untuk bongkarkan segalanya makin merasahkan Najib ditambah dengan pembongkaran dan siasatan 1MDB di luar negara. Percaya lah Din, akhirnya PM satu ni akan menghuni jerjak besi kalau dia tak lari dengan bantuan besannya. Tengok saja nanti Din. Aku yakin Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Aku nak tengok sangat segalam kes yang diakatakan berkaitan dengan dia dibongkar dan dibicarakan semula. Dan puak pemakan dedak dalam UMNO BN patut dinyahkan semuanya kalau mau UMNO BN terus diterima rakyat. Jika tak, bersedialah untuk membaca talkin buat parti Melayu terbesar di Malaysia ini tak lama lagi.

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
April 1, 2016 at 2:43 PM delete

Gelang emasnya tak sampai ke siku lagi. Apa nak kacau orang nak shopping.
Tang rakyat dah nazak tu pandai-pandai sendiri.
Najib dengan bininya takkan tak belajar agama. Cara hidupnya hanya Allah yang boleh menidakkan dia dari terjerumus kedalam neraka jahanam. Dia dah tahu tapi dia pilih juga jalan itu. Apa kita boleh buat. Itu pilihannya.
Kalau benar kita sayangkan PM kita; doakan saja dia diberi hidayah sebelum terlambat. Kita doakan dia, muga-muga Allah balikkan doa itu pada kita untuk kita juga menerima hidayah.

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
April 1, 2016 at 3:13 PM delete

Kes Najib berbelanja mewah ni mengingatkan kembali kes Mona Fendi. Rasanya macam cerita lama berulang kembali cuma pelakunnya lain dan skalanya lebih besar.
Kita dah maklum nasib Mona Fendy, suami dan pembantunya.
Kalaulah ada sesiapa boleh beritahu Najib tentang Mona Fendy, agar dia tak terjebak lebih jauh dalam haloba dunia ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 4:43 PM delete

takutnya...

Reply
avatar
anwar razak
AUTHOR
April 2, 2016 at 2:35 AM delete

semenjak jadi menteri sampai skrg najib tak habis2 buat hal, altantuya - scorpene - liwat saipol - 1mdb - songlap 'derma' 2.6 bilion..inilah akibat pilih pemimpin ikut status n duit bukan sbb kredibiliti, hasilnya dpt pemimpin perompak, hipokrit, penakut, penipu, takde harga diri, dan paling ketara sekali takde telor..

Reply
avatar