KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, March 4, 2016

dinturtle

Najib Yang Banyak Kesalahan Tidak Pula DiAmbil Tindakan ? - Muhyiddin


Ramai yang dah baca komen2 mengenai sidang media Muhyiddin semalam. Selain dari menyatakan pendirian akan terus kekal berjuang dari dalam Umno, isu2 yang MASIH menjadi tumpuan adalah isu RM2.6 bilion, SRC RM42 juta dan 1MDB.

Nah.... kalau benar rakyat sudah boleh terima keputusan AG bahawa semuanya sudah selesai, kenapa isu2 ini masih lagi hangat diperkatakan ? Setakat beberapa orang yang duk mainkan isu tapi kalau rakyat tak layan, tak jadi juga. Isu2 masih panas sebab rakyat sendiri yang masih tidak puashati.

Rakan blogger Minag Jinggo ada muatnaik video penuh sesi PC itu di SINI.

Saya potong beberapa segmen yang ingin dihighlitekan. Yang pertama adalah ketika Muhyiddin menjawab soalan wartawan - Apakah beliau akur dan terima keputusan AG yang telah membersihkan nama Najib serta mengarah tutup kes RM2.6 bilion dan kes SRC RM42 juta ?

Muhyiddin jawab - walaupun mengakui kuasa penuh AG untuk dakwa atau tidak sesuatu kes, secara PERIBADI Muhyiddin menyatakan yang AG tidak seharusnya mengambil semudah itu kes sebesar itu, dan telah bertindak tergesa2 / terlalu awal ( premature ) kerana laporan PPO yang mengatakan mereka ada bukti yang jelas dan meminta kes dibuka semula. Siasatan belum lengkap sepenuhnya.

Bila ditanya kepada mereka yang hadir, tidak ada seorang pun yang berani berkata yang mereka bersetuju dengan keputusan AG !

So ......apakah kerajaan mendengar suara rakyat ? Apakah pihak AG ada melakukan sesuatu bagi menjelaskan dengan lebih terperinci supaya rakyat faham dan dapat terima keputusannya tempohari ? Tidak ada ! Malahan rakyat pula yang dimarahi .....

Beginikah caranya untuk memenangi hati rakyat ?



KLiK untuk ke Youtube.


Segmen di bawah adalah cantuman 3 segmen yang saya potong dari video penuh.

- Kalau setiap dakwaan ke atas PM dikatakan satu Konspirasi, bermakna PM ini tidak boleh didakwa ? Immune ? Kebal dari apajua kesalahan ?

Bagaimana kalau ternyata kes itu BENAR ?

- Saya tahu ada bukti2 jelas yang mengaitkan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC, tapi bukti ini tidak boleh didedah secara umum .... kerana kes tidak dibawa ke mahkamah.

Maknanya ..... kalau AG bawa kes ke mahkamah untuk diadili, segala bukti2 itu akan didedahkan !




KLiK untuk ke Youtube.

- Umno sebelum ini tidak pernah terpalit dengan sebegini teruk dengan skandal2 jelek seperti ini. Bukan angkara Muhyiddin atau mana2 pemimpin lain tapi perbuatan seorang manusia yang bernama Presiden Umno.

Kenapa saya dibawa ke Majlis Tertinggi untuk dihukum, (sedangkan) Presiden Parti yang telah melakukan banyak kesalahan tidak dihadapkan ke muka pengadilan ?  Tidak dibawa ke Lembaga Disiplin ? Kenapa Majlis Tertinggi berdiam diri ? 

Siapa lebih banyak dosa ? Minta maaflah .... siapa yang melakukan kesalahan ? 

Saya tidak akan berdiam diri. Kami akan terus berbicara, menyuarakan perkara yang betul, bukan tohmah bukan tuduhan. ( Kami ) Bercakap yang Hak, Bercakap yang Benar !



PS - Laporan dari Mkini mengenai PC yang sama -

Muhyiddin: Saya kekal Umno, Umno tak salah
  
Muhyiddin ulangi bekas AG ada bukti terhadap Najib

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 4, 2016 at 2:39 PM delete

Salam, dah najib rasuah abis semua ketua yg pandai cakap, kemudian cekik telur. Kelu lidah. Kasi jawatan, kasi naik gaji, kasi habuan, dah terima kenapa tak sokong kata najib. Cai pun byk makan dedak. Dedak mahal pulak, sampai beku otak nak pikir. Kita tunggu dan lihat. Nak buka blog cai pun malas kerana sampah banyak. Tak boleh menjana fikiran. Bukan semua tdm cakap kita ikut, tapi bkn semuanya salah. Tapi najib langsung tak jawab.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2016 at 1:02 PM delete

Najib & talibarut2 sentiasa utk memusingkan kesalahan & jenayah. Walau mana2 arah yg cuba dipusing, elemen2 jenayah itu tetap mengunjur pada Najib. Maka talibarut2 itu hanya semakin hari membuktikan secara langsung telah terlibat sama dgn jenayah ini! Tunggulah harinya, ia pasti tiba!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 6, 2016 at 11:44 PM delete

Aku heran, aku heran satu kenyang, seribu kelaparan
Aku heran, aku heran kesererakahan diagungkan, aku heran, aku heran yang benar disingkirkan.. seterusnya lihat di sini.. https://www.youtube.com/watch?v=l31zohtpeKw

Reply
avatar