KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 8, 2016

dinturtle

PANAZZZZ ! Rekod RM2.6 Bilion Najib DiPecahkan ..... oleh Najib ! Pendedahan Panas Dari Mukhriz


MENGEJUTKAN! pendedahan terbaru dari Mukhriz ketika bercakap dalam satu majlis bersama Ketua2 Cawangan dan ahli2 Umno sekitar Kota Bharu semalam.

Selama ini kita disajikan dengan cerita RM2.6 bilion dan Najib kononnya telah pulangkan RM2.03 bilion kepada penderma, maknanya Najib hanya belanja sekitar RM600 juta je.

Semuanya bersandarkan kepada angka 2.6 bilion. Itulah yang telah diterima oleh Najib ... tak lebih dan tak kurang.

Pernah tak terfikir yang Najib mungkin ada terima LEBIH DARIPADA 2.6 BILION ?

Woooooo...... ni dah jadi cerita lain ni ! Tapi kemungkinan itu tetap ada kan ? Yalah ... selama ini pun Najib tidak pernah tunjuk apa2 bukti pun, contohnya penyata bank yang menunjukkan baki dan transaksi2 dalam akaunnya. 

Dan WSJ pula hanya dedahkan apa yang mereka tahu dan yang menurut mereka, ada buktinya. Itu pun baru ini, angka asal sudah dinaikkan bersandarkan bukti baru yang mereka terima. Dari angka asal US$681 juta kini dah jadi US$1 bilion ! Mungkin saja angka itu bakal berubah jika ada penemuan baru lagi ? 

Segalanya mungkin .... sebab Najib tidak pernah mahu berterus terang ! Najib hanya mengaku jika sudah terkantoi.

Sekali lagi, siapa saja yang tahu berapa sebenarnya jumlah deposit yang masuk ke dalam akaun Najib ? 

Kalau yang RM2.6 bilion itu pun Najib pandai buat senyap, siapa berani kata yang tidak ada lagi deposit lain ?


Tonton dan baca dulu transkrip di bawah -



KLiK untuk ke Youtube.

Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan Pengerusi2 Umno Negeri dengan Presiden Parti. Saya hadir sama dan semua Pengerusi Perhubungan pun ada sama. Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agong Ku Nan pula yang menyampok ( bila ) Presiden tak jawab, dia kata -

Sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, dia kata .... kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

Tiba2 Presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya pada PRU13, kita telah belanja 1.5 Bilion Ringgit !

1.5 Bilion Ringgit !

Saya terkejut bila saya dengar Presiden kata begitu, sebab saya kata .. 1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi Parlimen !? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12... zaman Pak Lah dulu. 

Dan Ku Nan ni berkata,  You tahu apa, you orang muda lagi... dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah. Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah.

Saya duk fikir balik ..... 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu ? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu2 kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang 2/3.

Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan .... 2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab ... kalau tolak 1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal 1.1 bilion Ringgit. Macamana dia boleh kata dia pulangkan 2.03 bilion balik kat Arab tu ?

Daripada 1.1 bilion naik jadi 2 bilion ? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham. .. yang angka2 ni semua tak betul.

Bohong punya bohong .. dah jadi bertimbun2, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebihkurang 100%  tak betul !


                                                 *******************************

1.5 bilion sudah dibelanjakan  ....... campur 2.03 bilion yang dipulangkan ... maknanya jumlah yang ada dalam akaun Najib adalah - RM3.53 bilion !

eh, bukan RM2.6 bilion ke ? 

Buuukaaaaaaaan .... sekarang dah jadi RM3.53 Bilion ! !

Peeeeeergh ! Tabiklah Najib ! Rekod derma paling tinggi diterima dalam sejarah peradaban manusia yang dipegang oleh Najib dipecahkan sekali lagi oleh dirinya. Apakah rekod itu bakal dipecahkan lagi ? 

Segalanya mungkin dengan Najib ..... 



PS - Bukan saja tidak pernah ada satu bukti pun yang kita nampak tentang akaun Najib ini, Najib sendiri tidak pernah mengaku ada mengembalikan semula baki wang itu walaupun ketika bercakap kepada perwakilan Umno semasa PAU baru ni. Perkara itu hanya timbul bila disebut oleh AG bulan lepas.

Duit RM42 juta yang masuk dalam akaun sendiri pun Najib tak tahu dari mana datangnya .... tapi tetap dibelanja sakan. Bila orang dakwa datang dari SRC, Najib pulak yang minta orang itu buktikan ! Takkan Najib sendiri tak tahu ?

Berapa banyak lagi yang masuk dalam akaun Najib ni ?

So .... bersandarkan gelagatnya sendiri, macamana nak percaya Najib ni ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 8, 2016 at 7:58 AM delete

42b hutang 1mdb. Cer cerita pergi mana duit tu. Dari situ dah bole agak sebanyak mana najib jo low dan geng dpt

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 8, 2016 at 9:32 AM delete

Hanya orang gila saja yang percaya kat Najib... barangkali?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 8, 2016 at 3:18 PM delete

Sudahlah Najib, kau letak jawatan sajalah secara baik. sebelum rakyat berhimpun di depan istana kau. Nanti kalau rakyat dah mengamuk barulah kau tahu. Mungkin kau dan rejim kau ingat kami ni binatang ternakan ke yang boleh kau tabur-tabur dedak lantas senyap. Kau salah Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 8, 2016 at 4:18 PM delete

Lebih baik pakat ramai2 doakan sape2 sahaja yg dah makan wang haram tu...terus jadi kanser...

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 9, 2016 at 9:57 AM delete

Ada kaitan dgn 'Bom Baru dari WSJ'. Semakin hari semakin terbelit AhJib Go! ni. Tapi sayangnya UMNO pilih utk pertahankan dia. Akibatnya UMNO sendiri yg terpalit.

Bila tengok Tun M bersembang dgn Kit Siang, pecacai UMNO marah sangat, tuduh macam2. Tapi yg dema bela biawak gabuk tu lagi menjahanamkan UMNO dan orang Melayu. Agama pun dah diletak ketepi. Membabi buta bersumpah setia dgn AhJib Go! yg kurap tu.

Tapi, tapi, tapi aku faham... AhJib Go! tak bersalah. Dia maha suci dan menyucikan. Dia mengaku terima derma Tok Arab, halal tu... Maka halal lah juga bagi orang lain menerima derma AhJib Go! Dia maha suci dan menyucikan... Kan, kan kan???

Tapi bagi aku, si AhJib Go! ni bukan saja kencingkan semua ahli UMNO, kepala bapak dia pun dia kencing. Siapa yg rajin baca baliklah amanat Tun Razak, dan tengok pula apa yg anak dia buat...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 9, 2016 at 9:29 PM delete

Kan WSJ mula2 lapur USD850 mil dipindah entah ke mana dari 1MDB. Itu pd RM4.20 : USD1 bersamaan RM3.57 bil. Pastu WSJ lapur lagi kira2 USD4 bil hilang dari 1MDB, bersamaan RM16.8. Ini yang Dr M kata hanya RM25 bil drp hutang RM42 bil 1MDB boleh dijejak. Lagi RM17 bil entah hilang ke mana.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 9:36 AM delete

Bila orang dakwa datang dari SRC, Najib pulak yang minta orang itu buktikan ! rasanya tak salah kot orang yang tuduh tu buktikan sebab taknak orang kata dia buat fitnah atau tuduhan tak berasas. ntah la....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 12:32 PM delete

kalau pihak pembangkang buat laporan kat SPR yang Barisan Nasional telah langgar syarat pilihanraya apa yang akan terjadi?Ketua Menteri Melaka dah menyesahkan dakwaan Ds Mukhriz yang Barisan Nasional guna RM 1.5 Billion utk PRU Ke 13

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 2:35 PM delete

dah penat nak follow up pasal 2.6bil, padahal kalau kita ambik duit rm10 pun kena jawab semua orang , masuk jail... jadi kita pun boleh ambik duit dan duduk diam, kalau kena soal, jawab derma BOLEH !!!! apa yang kita dapat lakukan demi kesejahteraan ekonomi dan rakyat ??? semua orang macam duduk diam aje sudah macam tiada undang2 untuk ambil tindakan mahupun menyuruh turun dari posisi sekarang. Di luar negara, orang yang menyeleweng wang sudah pun berundur, dikenakan hukuman , malah disini masih ding dong.... crap....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 4:34 PM delete

Kat Malaysia... bila rasuah cakap derma je semua kene percaya... kalau org tuduh ambik rasuah suruh diorang buktikan... jangan jawap... selagi tak buktikan makna tak salah... rasuah salah... derma tak salah... ape nak jadi Malaysia???

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 10, 2016 at 5:04 PM delete

Ketua Menteri Melaka dah mengaku BN belanja 1.5b di PRU 13.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/09/malacca-cm-yes-bn-spent-rm1-5b-on-ge13/
Agak2 ada lagi tak MB bodoh yg nak ikut mengaku.
Aku rasa dapat tangkap sekor pun dah cukup utk sahkan sebahagian dari kata2 Mukhriz tu betul.
Bagi aku ini dah boleh tunjuk betapa bodohnya UMNO yg belanja sebanyak tu tapi masih hilang 7 kerusi. Itupun sebab Mukhriz dah tokok 6 kerusi dari Kedah. Kalau Mat Bashah yg jadi MB tentu merosot lagi.
Orang macam AhJib Go! ni ke nak harap menangkan UMNO di PRU 14 nanti? Pencapaian PakLah di PRU 12 pun dia tak boleh atasi.

Fikir dalam2 dan fikir cepat2lah umat UMNO oiii... Lagi lama dibiar AhJib Go! bergayut di talian hayat UMNO, lagi pasti UMNO akan tersembam menyembah bumi di PRU 14 nanti. Turunkan AhJib Go! dan kembalikan jawatan Muhyiddin. Itu pilihan yg terbaik yg ada di masa yg makin mendesak ini. Insyaallah, biawak berlalu kiambang akan bertaut semula. Tapi jangan tunggu hingga nasi menjadi bubur. Masa tak mengizinkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 16, 2016 at 10:38 AM delete

seribu lima ratus juta dibahagi dengan 221 parlimentary seats BN maka jumlahnya ialah RM 6,787,330.32 peruntukan satu parlimen. Betulkan begitu??

Reply
avatar