KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, March 29, 2016

dinturtle

PANAZZZZ ! Surat Putera Saud .... Dan Dakwaan Baru Deposit Bilion2 Dari ABC


Hangat hari ini adalah apa yang dikatakan sebagai surat sokongan dari siPenderma dari Arab. Laporan Mkini -


Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.

Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.


Banyak persoalan yang kita nak tanya jika benarlah surat itu adalah surat sokongan yang ori sepertimana yang ada pada SPRM. 

Apakah Najib tahu dan boleh sahkan surat itu ? Duit masuk akaun sendiri pun dia tak tahu dari siapa, apalagi surat sokongan ....... so mungkin Pejabat Perdana Menteri atau Bank Negara boleh sahkan.

Surat itu bertarikh 1 November 2011 bukan 2013 ! Dan disebut -

... I hereby grant you an additional sum of up to United States Dollars Three Hundred and Seventy Five Million ( USD375,000,000 ) Only ( "Gift" ) .......

Juga disebut nama syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners Limited sebagai salah satu syarikat milik putera raja Arab itu dan kemungkinan dana itu akan disalurkan melaluinya.


2011 ! ?  US$375 juta atau RM1.3 Bilion ( kalau kali 3.5 ) ! ? Itu BUKAN surat berkaitan RM2.6 bilion .... bermakna, stesen TV ABC Australia membuat tuduhan bahawa ADA LAGI BILION2 yang masuk akaun Najib selain dari RM2.6 bilion dan ia berlaku dari tahun 2011 lagi !

Dalam surat itu juga sebut ...... an additional sum ... atau terjemahannya - TAMBAHAN SUMBANGAN.   Wooooooh .... serius giler nih.

Dan soalan cepumas adalah - Siapa Prince Saud Abdulaziz Majid AL Saud ?

Adakah orang di bawah ini yang baru tahun lepas dituduh sepertimana laporan dailymail UK sebagai pemabuk, penagih dadah kokain dan pengamal seks bebas biseksual ?


dailymail.co.uk

Apakah komen cai2 Najib ? Apakah dan Bilakah nak saman ABC Australia ? ABC adalah stesen TV rasmi Australia macam RTM kita. Ni berita terbaru dari laman ABC -


KLiK

Selamba jer main tuduh2 PM kita ..... Takkan nak dibiarkan ? Satu dunia baca tuh .

                                   ****************

Dalam masa pemimpin2 @ cai2 parti Najib duk serang kem Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat, suka saya nak beritahu anda, musuh utama bukanlah Tun Mahathir atau mana2 pemimpin di belakang Deklarasi Rakyat tapi musuh utama cai2 Najib adalah KEBENARAN CERITA disebalik deposit bilion2 yang diterima oleh bos anda.

Anda boleh saja terus mencaci negarawan kita tapi cuba tanya diri anda sendiri - sejauhmana yang anda tahu mengenai deposit bilion2 itu untuk anda terus pertahankan bos anda ?

Tun Mahathir dan yang lain2 sekadar menyuarakan isu ...... yang utama perlukan perhatian anda adalah ISU nya bukan yang menyuarakan isu.

Kerana jika ISU itu meletup dan sekiranya terbukti segala dakwaan itu adalah BENAR, apakah kesannya pada parti Umno dan kerajaan ?

Yang bakal menjatuhkan Umno dan kerajaan bukannya Tun Mahathir tapi ISU DEPOSIT BILION2 NAJIB.

Makanya, adalah lebih baik anda sendiri ( cai2 Najib ) dapatkan kepastian dan Kebenaran disebalik semua dakwaan ini secepat mungkin. Mana lebih penting - Najib atau Umno ?

JANGAN JADI LEMBU ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 6:46 AM delete

Pak Din, kezaliman sekarang ini makin terserlah.Yang ditanya tidak dijawab malah bagi menepis digunakan kuasa bagi menutupnya.Yang menentang akan ditekan dengan akta hasutan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 9:13 AM delete

'additional sum' - apa maksud rangkaikata ini???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 11:41 AM delete

Ni bukan jadi lembu lagi, ni dah jadi barua a.k.a celaka dah ni...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 11:43 AM delete

Saya rasaa surat ni timbul selepas lawatan Najib ke Arab Saudi baru2 lepas... siap sempat buat umrah lagi... dia ke Arab Saudi untuk buat surat dan hantar kepada diri sendiri kat Malaysia... ala2 Happy Krismas Mr. Bean gitu...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 12:11 PM delete

Berbillion masuk, GST collection lebih dari target. Tapi masih bentang supplementary budget 5.9B utk pembayar cukai tanggung? For what? Dan kenapa menteri kota belud tu nk pakai extra budget banyak sangat?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 3:21 PM delete

Tapi 90% dari mereka memilih jadi LEMBU

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 5:49 PM delete

Maksudnya sebelum ini sudah ada duit atau dana yang pernah disalurkan ke akaun jibby.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 5:55 PM delete

Pendedahan surat yang direkacipta oleh Jibby dan sekongkolnya sendiri. Bakal menjerut leher Jibby sendiri. Dia ni dah jadi mati akal dah sampai sanggup buat apa saja kecuali resign. Kepada cai-cai padan muka hang. Elok laa lumur taik lembu kat muka hang buat bedak sejuk jadi penawar lara hahaha

Reply
avatar