KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, March 17, 2016

dinturtle

Peguam Negara Malaysia POWER GILER ! ? ?

Themalaymailonline

Agak mengejutkan bila baca kenyataan peguam kanan TS Shafee Abdullah yang menempelak Majlis Peguam sebagai busybody atau menyibuk dalam hal yang tidak ada kaitan dengan mereka bila merujuk kepada tindakan Majlis Peguam menfailkan semakan kehakiman ke atas keputusan AG membersihkan Najib isu RM2.6 bilion.

SINAR juga melaporkan perkara ini - KLiK. Alasan yang diberikan :

1 - Majlis Peguam tidak ada hak ( locus standi ) untuk berbuat demikian. Mereka bukan mangsa.

2 - Majlis Peguam tidak punya fakta penuh kes kerana laporan SPRM hanya diberikan kepada AG


"Mahkamah boleh mengatakan apa sahaja permohonan yang mereka mahu, mangsa mesti memulakan, di mahkamah mestilah mangsa. Majlis Peguam bukan mangsa, jadi mereka tiada locus standi,"

"Jika mereka tidak mempunyai fakta penuh, bagaimana mereka akan memujuk mahkamah menyemak semula keputusan Peguam Negara? Ia hanya mustahil.



Kita bukan nak pertahankan Majlis Peguam tapi kalau Majlis Peguam sendiri dinafikan hak untuk melakukan sesuatu, apa lagi rakyat biasa. Jadi kita berbicara dalam konteks rakyat.

Apakah rakyat langsung tidak punya kuasa apapun terhadap apajua keputusan AG ? Dalam kes RM2.6 bilion, bukankah rakyat punya hak untuk memastikan PM merupakan seorang yang punya integriti, telus dan amanah ? 

Bukankah rakyat punya hak untuk melihat ketelusan dalam keputusan AG mengadili laporan yang membabitkan isu integriti PM ?

Rakyat cuma mahu ketelusan. Kalau AG mampu berikan penjelasan yang tuntas kenapa beliau merasakan Najib tidak bersalah, rakyat boleh terima dengan senang hati. 

Tapi kalau penjelasan itu longgar, dangkal serta memperlekehkan pemikiran, apakah rakyat TERPAKSA terima buta saja dan langsung tidak punya ruang untuk bertanya meminta penjelasan lanjut ?

This is outrageous ! POWER GILER AG kita ....

Point 2 - Jika tidak punya fakta penuh dijadikan alasan, maknanya, TIDAK ADA SESIAPA PUN boleh cabar keputusan AG !

WOW ! Memang POWER GILER AG kita !

Saya malas nak berdebat panjang, cuma satu soalan yang bermain di fikiran ketika ini - Apakah tidak ada KUASA lain mengikut Perlembagaan yang boleh cabar keputusan AG ?


Ini satu pelajaran baru buat saya ..... AG adalah orang PALING BERKUASA DI MALAYSIA !

Hakim hanya adili kes yang dibawa ke mahkamah, tapi jika AG kata tidak ada kes, hakim tidak ada kes untuk diadili.

Hmmm ......  bagaimana ya ... kalau BN kalah dan parti lain jadi kerajaan ? Apakah AG tetap memiliki POWER GILER yang sama ? 

Fikir2kan lah .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 18, 2016 at 1:23 AM delete

For his brilliance in getting Anwar Ibrahim to be locked up the second time around is indeed plausible.

But, for the same guy to be seen as colluding with the deceits and despicable acts of....,

- accepting donation in secret
- receiving monies that is entirely not yours ie. SRC transfers
- and spending the monies that is not yours in the first place paying into credit cards payment for purchases (shopping spree) of 6 years a PM's salary....

by the one trouble PM, the respect TS Shafie earned, is now lost! No wonder LAWYERS are seen as condescending and cunning! As a good lawyer as he is, TS Shafie must know damn well the simple facts that CORRUPTION did occurred in Najib's case.

Apparently the Book of CASH seemed superseded the Book of Revelation ie. The QURAN from what we can gather with TS Shafie's latest action.....a presumption, not a fitnah!

MLN

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 18, 2016 at 9:32 AM delete

...alahai shafei...apabila hati sudah terpesong, akal kamu tidak ada manafaatnya lagi. Malang sungguh! Cemerlang sungguh Malaysia & khususnya melayu dgn talibarut2...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 18, 2016 at 10:04 AM delete

Ni bodoh punya kenyataan dari lawyer Umno. Dia agak ni kes sivil ke????. Kalau nak kira busybody, Rani Kulop lagi busybody. Tapi sebab apa polis tak bolih ckp dia busybody, sebab yg dia lapor adalah kes2 kesalahan jenayah & polis nak maklumat tentang kesalahan tu.

Najib terima rasuah. Sesiapa pun bolih pi lapor kat SPRM. Apa yg SPRM mahu hanyalah maklumat2 mengenai perbuatan rasuah tu. Ade ke SPRM ckp kau busybody dan tak payah lapor. SPRM akan jalankan siasatan apabila terima maklumat dari sesiapa pun. Lepas sisatan dan cukup bukti, Najib mesti didakwa. Kalau tak dakwa, sesiapa pun ada hak pi Mahkamah utk cabar keputusan mengapa tak dakwa. yg Najib terima rasuah tu kes jenayah. Apatah lagi dia balun duit rakyat..melalui SCRI dan 1MDB.
Dalam giat membodek, nampak sangat kebodohan lawyer ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 18, 2016 at 12:28 PM delete

Harap ada seseorang yang boleh tanya bekas AG Ghani Patail tentang had dan kuasa sebenar AG.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 18, 2016 at 10:31 PM delete

Macam telur dan ayam....saya bukan pakar perundangan dan perlembagaan...tetapi saya berpendapat YDPA dan MRR mempunyai "kuasa" dalam hal ini.
Perlantikan AG perlukan perkenan YDPA setelah menerima nasihat daripada PM. Ini bermakna PM telah meyakinkan YDPA bahawa Pandi merupakan AG yg layak dan akan bertindak mengikut bidang kuasanya berdasarkan semangat perlembagaan negara.
YDPA sebagai ketua pemerintah yg tertinggi di dalam persekutuan seperti yg dinyatakan di dalam perlembagaan negara telah melakukan tugas baginda dengan "menegur" dan menitah kerajaan dan penjawat awam tentang cara bagaimana isu 1MDB ini harus ditangani melalui Kenyataan Raja-Raja Melayu bertarikh 6 Oktober 2015.
Tidak bolehkah Majlis Peguam melihat dari sudut "ketidak-taatan" badan-badan penjawat awam (SPRM,PDRM,AG,BNM dll) terhadap titah ini dan seterusnya mencari platform yg sesuai mahkahmah/parlimen/majlis raja-raja untuk membetulkan keadaan????
Baginda sekalian menegaskan perlunya
1. Pihak Kerajaan menyelesaikan dengan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan.
2. Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
3. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan.
4. Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.

Sila rujuk Kenyataan Penuh MRR ke 239.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 19, 2016 at 7:20 PM delete

satu kena admire spesis ni...yg convert laa...

mrk pandai spin....
tabung hj dia ada...
perbendaharaan pun dia....
ketua setiausaha negara pun dia....

mungkin mrk hilang sifat2 malu....tak kisah apa orang kata...tak tau dosa n pahala...

yg boleh di admire ialah sikap bodek tu...

Reply
avatar