KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 30, 2016

dinturtle

PMO Terima Surat Pak Arab @ ABC Sebagai Bukti Dana Dari Pak Arab ! Biar Betul.....

Mkini

Antara komen awal cai Najib terhadap pendedahan surat sokongan Pak Arab yang didedahkan oleh Four Corners ABC adalah - Surat itu bukti yang menyokong kenyataan Najib bahawa dana itu datangnya dari negara Arab dan bukannya dari 1MDB.

Mulanya saya tak nak layan hujah yang saya anggap sebegitu dangkal, macam hujah budak sekolah kerana ia jelas bersifat selektif, yakni hanya mengambil sebahagian dari dakwaan ABC asal ianya menyokong bos mereka, sementara dakwaan2 yang tidak menyokong Najib tidak pula mereka ambil.

Dan lagi, mereka tidak sedar akan implikasi keseluruhannya bila mereka nyatakan sokongan kepada dakwaan oleh pihak ABC !

Rupa2nya Sokongan secara Selektif itu turut disuarakan oleh Putrajaya / Pejabat Perdana Menteri (PMO) !  Biar betul ...... 

Adakah ini bermakna PMO akur dan setuju bahawa surat itu adalah surat yang asli yang dikirimkan oleh penderma ( kononnya ) kepada badan penyiasat untuk menyokong dana yang diterima Najib ?


"Seperti yang dinyatakan oleh surat yang bocor dari Arab Saudi, sumbangan itu adalah hadiah kepada perdana menteri untuk mempromosikan Islam moderat dan kepimpinan beliau dalam memerangi keganasan dan ekstremisme - seperti dengan melancarkan Pergerakan Global Iinisiatif Kesederhanaan.

"Surat itu menjelaskan hadiah berkenaan adalah untuk digunakan seperti mana perdana menteri fikirkan patut; akan dipindahkan secara langsung atau melalui syarikat-syarikat penderma; dan tanpa sebarang jangkaan untuk mendapatkan manfaat sebagai balasan," kata jurucakap itu.


JANGAN SALAH FAHAM ya. Persoalan samada surat itu adalah yang asli merupakan satu isu berbeza dengan pengesahan isi surat.

Kita perlu sahkan terlebih dahulu adakah itu surat yang sama dengan yang didakwa dikirimkan oleh penderma. Kita tak nak berdebat panjang tentang isi surat sebelum surat itu disahkan sebagai yang asli.

Kalau mengikut kenyataan PMO di atas, bolehlah kita anggap sebagai satu pengesahan yang surat itu asli. Kalau bukan asli, masakan PMO sokong kenyataan yang terkandung dalam surat itu .... kan..Jika PMO sudah sokong ia asli, maka dengan sendirinya kes deposit yang diterima Najib ini sudah berkembang menjadi BESAR ! 

Bukan lagi RM2.6 bilion tapi ditambah dengan deposit tambahan USD375 juta sebagaimana terkandung dalam surat yang bertarikh 1 November 2011 itu ! Surat itu bukan merujuk kepada kes RM2.6 bilion yang berlaku tahun 2013 tapi merujuk kepada deposit LAIN.

Seperti dinyatakan sebelum ini ( KLiK ), surat itu turut menyebut ayat " ... additional sum..." atau boleh diterjemahkan sebagai "tambahan kepada sumbangan sebelumnya" .

WOIT, BERAPA BANYAK JUMLAH WANG YANG NAJIB TERIMA MASUK AKAUN-AKAUN PERIBADINYA ? ? ?

Dan KESEMUANYA dilakukan secara SENYAP2 tanpa pengetahuan siapapun !


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menyebut berhubung pemberian AS$375 juta daripada seorang putera Arab Saudi sebelum ini. ( Mkini )

"Kita tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Ini boleh menjadi tuduhan liar oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib,"


Itu kata Tajuddin.... TAPI PMO pula sahkan surat dan kandungannya . Apa nak dihairankan, bukannya Najib tak pernah terima deposit secara senyap2. Bukan saja Najib tak pernah nak beritahu sesiapa yang dia terima duit bilion2 dalam akaun peribadi, sampaikan siapa yang masukkan duit puluhan juta dalam akaunnya pun Najib tak peduli nak ambil tahu ( kes SRC ) !

So Tajuddin tak payah nak buat2 terkejut la ....


Pertanyaan kepada PMO lagi, apakah PMO juga akur dengan JUMLAH deposit yang diterima oleh Najib sepertimana rajah di bawah ?  Ia adalah jumlah dari kes2 yang kita tahu sebelum ini di campur dengan jumlah baru yang didedahkan oleh ABC -




Dan SIAPA Putera Saud Abdulaziz Majid AL Saud ?



Dan kepada dakwaan bahawa surat itu mengesahkan dana adalah dari Arab dan bukannya dari 1MDB ....... well, seperti yang saya katakan, pengesahan surat itu sebagai yang asli yang diterima oleh badan penyiasat adalah satu isu yang berbeza dengan pengesahan kandungan isi surat.

Apa jua kandungannya perlu disahkan kebenarannya. Dan kita juga tidak menolak kemungkinan surat itu dipalsukan oleh cai Najib. Maknakata, dakwaan konon surat itu berasal dari Arab pun boleh kita pertikaikan, begitu juga kewujudan penderma itu sendiri !

Hanya kerana ada surat, maka kita harus terima semuanya sebagai benar ? Bagaimana kalau surat itu direka hanya selepas isu RM2.6 bilion meletup dan ditulis semata2 untuk dijadikan alasan dana itu adalah derma ? 

Makanya perlu pengesahan dalam pelbagai bentuk contohnya, pengesahan dari si penderma itu sendiri dan juga bukti2 pemindahan dana.


                                           ***********************************


Sebelum ini cai2 Najib turut menyokong kenyataan Menteri Luar Arab kononnya ia bukti dana itu dari Arab dan bukannya dari 1MDB ...... apakah itu juga satu bentuk SOKONGAN SELEKTIF ?

Sebab Menteri Arab itu turut menyatakan yang dana itu mustahil satu bentuk derma tapi kemungkinan besar satu pelaburan .... adakah kenyataan itu juga disokong oleh cai Najib ?

Hanya kerana kesemua dana2 itu dipercayai berasal dari Arab TIDAK MENOLAK kemungkinan semuanya berasal dari 1MDB. Jangan lupa, kerjasama 1MDB-Petrosaudi turut melibatkan putera raja Arab. Dan semua masih ingat gambar percutian keluarga Najib bersama putera raja Arab di atas kapal mewah Tatooish sambil ditemani wakil keluarga diraja Arab Saudi - Jho Low. 



Percutian boleh disifatkan sebagai permulaan segalanya ..... kerana selepas dari itu bermulalah kaitan 1MDB dengan pak Arab.

Makanya pembuktian seterusnya diperlukan sebelum kita boleh terima apajua alasan dangkal yang diberikan. Bukan semua rakyat akan terima buta jer seperti kebanyakan ahli Umno. Kita masih punya akal untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara itu boleh diterima akal atau tidak.




Mungkin secara kebetulan jer yang KEDUA-DUA isu derma dan kewujudan 1MDB berlaku pada waktu yang sama .... Derma2 ini hanya timbul selepas 1MDB ditubuhkan..... Kebetulan.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 9:28 PM delete

Kalau surat tu ori dari kerabat Saudi, aku rasa dah lama surat tu didedah dan digunakan untuk pertahankan Najib sejak day one isu ni berbangkit. Banganglah PM Najib kalau tak guna surat tu dari awal utk tutup segala tuduhan terhadap dia, kenapa dia biarkan hingga kedudukan dan namanya serta negara terjejas teruk?. Tentunya tak wujud surat tu diawal dulu. Aku yakin surat ni baru diadakan siap menyebut dana itu diberi tanpa apa2 tuntutan oleh pihak yg kononnya menderma, aku percaya term pemberian duit derma berbilion tanpa apa2 ikatan dan tuntutan tu dan cara kabdungannya diolah bertujuan untuk menyelamatkan PM Najib semata mata. Kisah surat ni tak lebih tak kurang sama dengan kisah auta dan dolak dalih Najib diawal dulu yang tidak mengaku duit 2.6 bil dan 42 mil tu masuk ke akaun dia malah sempat pula dia pergunakan nama Harun Din utk selamatkan diri. Bagi aku, manusia yg percaya dengan Najib penyamun ni walau puluhan kali dia auta terang terang adalah manusia bermasalah kalau pun mereka tak gila babi atau sewel. Agaknya kalau boss depa rogol bini dan anak dara depa depan mata dan dalam cerah berkali kali pun, depa tetap sokong boss dan tak salahkan dia. Memang hebat depa depa ni Din, jenis manusia dan insan terpilih agaknya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 9:41 PM delete

Kalau (K-A-L-A-U) duit masyuk yang bahagian derma tu PMO kata betul mengesahkan apa yang mereka kata selama ini maka kita kena percaya, maknanya duit-duit lain yang masyuk dari tempat lain pun betullah. Bukankah sumber yang mendedahkan semua transaksi itu sumber yang sama, akaun yang sama?

Bahagian "derma" kita kena percaya, bahagian SRC dan lain-lain kita jangan percaya?

Jangan lupa Encik Wan Emdibi kita pun pernah buat bayaran kepada syarikat yang namanya ala-ala nama syarikat yang sepatutnya, kemudian kata dah bayar. Adjass..

"Mohd - I hereby grant you..."

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 30, 2016 at 11:36 PM delete

Nama Putera Arab tu hanyalah rekaan semata2. Putera DiRaja yang sebenar adalah Jho Low.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 31, 2016 at 4:57 AM delete

Inilah masanya gred dedak patut diberi perhatian khusus oleh pihak yang berkenaan. Dedak-dedak yang disediakan berkemungkinan dari gred oink oink maka didapati hasilnya juga bertaraf oink oink. Tolonglah bagi dedak gred A ke atas untuk hasil yang lebih baik.

Kalaulah dah boleh reka surat dari penderma sepatutnya bolehlah juga reka surat dari penerima. Takkan penerima yang berbudi bahasa tinggi sopan santun dan amat penyabar orangnya tidak tahu berterima kasih kepada pemberi derma. Paling tidak hantarlah surat, bukannya senyap beribu-ribu juta bahasa. Malaysiakan kaya dengan budi bahasa dan bahasa-bahasa..... heheheeee...

Errre... atau pun kalau rasa malu yang teramat sangat, hantar jelah poskad...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 31, 2016 at 8:29 AM delete

OSTB dah tulis surat ni tipu. Baca link kat bawah ni...

http://searchcollegess.com/browse.php?u=X79JK1%2BYxVCdFBRKLb6zyQR66cefSVONhou3Vg%2FTO1FDWE7d8YwnY9%2FrnkBxIAaCuEN1EUhVMXb5N2W6gOPuq7yVxRmVFeYH4b7qdNbfAmQQ&b=21

Reply
avatar
jamil
AUTHOR
March 31, 2016 at 9:08 AM delete

Sekarang Najib dah ada bukti dari pak arab. Bila lagi nak saman WSJ.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 31, 2016 at 11:14 AM delete

AWAL2 dulu...najeeb kata semua itu MENGARUT.

tapi apabila semua ini terdedah..kenapa kamu berdiam diri? jika semua itu mengarut, maka kamu bertindaklah bersihkan nama kamu dengan segera. adakah kamu memang seorang yang tiada MARUAH DIRI?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 31, 2016 at 4:09 PM delete

Apa pun juga tak sabar nak tunggu maklumbalas Najib ttg hal ABC mahupun WSJ... Nak tgu jugak ni bila nak SAMANN je diaorg klo kata fitnah... Maruah rasa terjalarrrr jd anak bangsa dah nih... malu smpi org buat video bagai...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 31, 2016 at 4:56 PM delete

akaun Fb PMO kena hack ... <-- leh agak alasan ni nanti keluar

Reply
avatar