KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, March 17, 2016

dinturtle

RM2.6 Bil - Shahrir Kata Ia Satu Isu Etika ..... RM1 Juta Bukan Isu Etika ?

TheStar
Mengikut laporan TheStar, Shahrir Samad kata bila Najib terima derma RM2.6 bilion itu, Najib telah menghasilkan satu ISU ETIKA.

"You are right in the sense it becomes an ethical issue.

"In the case of Najib, whether it is something bad for the integrity of a leader is subject to debate," he said.

However, Shahrir said that the donation was strictly for political purposes and that Najib had returned the money to his benefactor.

Senangnya nak lepaskan Najib, kan ..... kononnya duit itu adalah derma politik dan Najib dah kembalikan baki wang itu.....

Kenapa tidak disebut bab Najib SENYAP ketika menerima, berbelanja dan memulangkan wang itu ?

Apa buktinya yang wang itu merupakan DERMA POLITIK ? Ada sesiapa kemukakan walau secebis bukti untuk menunjukkan wang itu digunakan untuk politik @ kempen PRU13 ? Apa yang kita ada setakat ini cuma CAKAP-CAKAP saja.

Hanya kerana Najib dan cai2nya kata ia merupakan satu bentuk derma politik maka kita harus terima seadanya ? Anda percaya cakap Najib ? Anda percaya cakap cai2 Najib ?

Sebut hal perbelanjaan wang itu .... bukankah Shahrir sendiri pernah mengaku ada menerima RM1 juta dari Najib ?

Tidakkah Shahrir juga SENYAP waktu menerima wang itu, waktu membelanjakan wang itu dan beliau juga tidak menyalurkan wang itu kepada akaun Umno Johor .... kan ? Ada Shahrir tunjukkan bukti yang wang itu dibelanjakan untuk tujuan politik ?

Nah ..... tidakkah perbuatan itu juga menimbulkan satu isu ETIKA ?

Najib pulangkan baki derma itu ? Apa buktinya ? Tapi jangan lupa, Najib tidak pulangkan semuanya ! Bagaimana dengan RM600 juta yang SUDAH dibelanjakan ? 

Bukankah menurut undang2, selepas menerima 'derma' tersebut, Najib dianggap sebagai bersalah dan atas Najib yang kena buktikan dirinya tidak bersalah ? Itu cara yang terpakai untuk rakyat biasa tapi kenapa dalam kes Najib, rakyat pula yang kena buktikan ? ? ?

Itu pun satu bentuk ISU ETIKA .... kenapa tidak sama layanan undang2 antara Najib dengan rakyat biasa ?

Apa yang rakyat nampak - KESELURUHAN kes RM2.6 bilion ini nampak PELIK.  Jelas terdapat usaha untuk menyembunyikan sesuatu dari rakyat. Itu yang membuatkan isu RM2.6 bilion ini masih hangat dipertikaikan rakyat disebalik arahan AG supaya kes ditutup. Masih terlalu banyak persoalan dibiarkan tergantung tidak berjawab.


Kenyataan seterusnya dari Shahrir ini saya hanya mampu menggelengkan kepala -

Beliau juga percaya bahawa skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion itu tidak akan menjadi isu pada pilihan raya akan datang. ( Mkini )


                                                           **************************

Bagaimana pula dengan dakwaan Mukhriz yang Najib mengaku telah membelanjakan RM1.5 bilion untuk PRU13 dari duit derma itu ?

Mukhriz sekali lagi menanyakan soalan itu di Puchong dua hari lepas - KLiK.

Idris Haron ada berkata yang RM1.5 bilion itu adalah perbelanjaan untuk PRU13 tapi ia bukan dari derma RM2.6 bilion ....... well, cuba bayangkan senarionya sebagaimana yang diceritakan oleh Mukhriz .... ( KLiK atau KLiK )

Mereka dipanggil dalam satu meeting khas untuk penjelasan mengenai RM2.6 bilion selepas isu itu diletupkan oleh WSJ. Soalan ditimbulkan mengenai dana itu dan jawapan yang diberikan adalah RM1.5 telah dibelanjakan untuk PRU13 ..... tapi jawapan itu adalah secara umum dan bukan merujuk kepada RM2.6 bilion ! ? ? ?

Alasan Idris itu boleh diterima sekiranya kesemua ahli MT yang hadir mesyuarat itu turut mengakui yang Najib sememangnya BLUR ..... lain yang ditanya, lain yang dijawab !

Sudah2lah berbelit ....  rakyat dah fed up dengan lakonan Najib dan cai2nya. Apa masalahnya untuk Najib tampil berdepan dengan rakyat untuk beri penjelasan dan menjawab apajua persoalan mengenai derma itu ?

Bukankah AG sudah membersihkan nama Najib ? Anggap saja sesi itu sebagai satu sesi penjelasan bertujuan menyambung mana2 persoalan yang masih tergantung.

Bukankah itu yang terbaik ? Isu diperjelaskan, nama Najib, Umno dan kerajaan juga dapat dibersihkan dan kenyakinan rakyat dapat dikembalikan.

Nothing to lose but everything to gain  ...... unless you have Something To Hide ! .... else it becomes Everything To Lose With Nothing To Gain .... then it explains why it is sooooo very damn difficult for Najib to come forward.

PS - Baca juga JMD ( KLiK )

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

11 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 11:39 AM delete

Memang najib blur banyak. Ukan sikit punya blur ni. Rasanya duit ni libat penjaga khazanah karun. Bila penjaga khazanah mati, maka terbuka pintu kerana tak ada yg jaga. Memang betul juga najib tak tahu kerana selama ini dijaga penjaga. Semuanya terbongkar luas bila penjaga khazanah mati mengejut. Tu belum cite berapa byk duit penjaga khazanah yg dah mati. Ingat yer, sblm pru13, ada citer penjaga khazanah yg mampu pilih calon pasti menang dan tapis tajuk utk dibahas di pau. Memang terbeliak la mata najib lihat duit byk tak tau mana mari dan mana pigi. Tapi atas nama dan akaun dia. Bukan fitnah yer, berdasarkan hipotesis pemerhatian dan bacaan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 11:40 AM delete

shahrir....bila nak balik jb.... aku dgn org2 jb mmg nak sgt bersemuka dgn wakil rakyat kami yg diberi dedak.

buatlah satu perjumpaan dgn penduduk parlimen jb.... byk sgt yg kami nak ajukan soalan.... perjumpaan tu x perlu bayar ... belanja makan... kasi kain pelikat...kasi duit minyak...kami org2 jb punya harga diri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 12:35 PM delete

Bila rakyat tanya, tak nak jawab directly. Pastu marah rakyat layan spekulasi. Then news outlet yg report quoting established media organizations (yg dah tak terkira berapa Selasa duk tunggu writ saman tak sampai-sampai) kena ban arbitrarily. Don't they know each and every second they are holding PUBLIC office they are answerable to the PUBLIC?

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
March 17, 2016 at 12:59 PM delete

duit tb2 ni berkait dgn menteri nahas heli plus dgn maestro bdk cina png tu. berselirat dia dok cover smpai berbelit. padahal dua2 aman damai kt dunia msg2

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 17, 2016 at 1:46 PM delete

Din, kamu sedar tak apa yg Shahril ni cakap? Aku quote tulisan kamu kat sini >>> However, Shahrir said that the donation was strictly for political purposes and that Najib had returned the money to his benefactor. <<<

Betul ke Shahril cakap duit tu dana politik atau kamu yg silap tulis. Rasanya saudarai Azalina ada cakap diparlimen baru2 ni duit tu derma peribadi.

Sampai saat ni pun aku keliru... 1MDB betulll... (One Malaysia Dah Bengong)

Siapa yg bohong ni??? Atau menteri2 ni pun dah bengong sama.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 2:00 PM delete

Din aku dah muak cerita duit derma tu dah dipulangkan.
Aku nak tengok bukti.
Aku nak tengok dokumen hitam putih.
Aku tak nak cakap-cakap mulot jer.
Setakat cakap budak sekolah pun boleh bercakap.
Bangla pun boleh cakap gak.
Din, aku nak tengok dokumen bukti hitam putih duit tu duit derma dari siapa dan bila tarikh dipulangkan dan masuk akaun siapa?
Din, aku ni bukan budak tadika, aku dah tua.
Aku bukan rakyat lepas perang Jepun. Aku ada pelajaran tinggi.
Aku dah muak Din tunggu bukti2 dokumen hitam putih ni.
Kenapa Wall Street Journal dan Sarawak Report boleh tunjuk bukti2 dokumen isu-isu berkaitan?
Kenapa bukti2 dokumen hitam putih tu tak datang dari org kita?
Din aku dah muak tunggu hitam putih dari sebelah kita.
Konpom aku dah muak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 2:24 PM delete

Bro Din,
Bila nak saman Wall Street Journal tu? Kan ke WSJ dah banyak benar menipu? Takkan nak biarkan je dia org jaja nama Malaysia bagi busuk nama Malaysia. Kalau dibiarkan WSJ ni takkan diam. Elok cari jalan saman je dia org tu.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 17, 2016 at 4:32 PM delete

Harini Zaid lancar 'If you love the country, give RM10'.
http://www.zaid.my/current/if-you-love-the-country-give-rm10/#comment-2574084989

Aku tak setuju. Dah balas komen Marge Pinot, tapi belum disiarkan lagi.

Tapi kalau korang nak derma, go ahead.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 8:59 PM delete

Din, kau jangan lupa, pahlawan bugis ni pun gagal matematik mudah, kau nak harap dia ingat apa yang dia cakap semalam?

Semalam cakap ini machiam...hari ini cakap itu machiam...besok lain machiam...memang machiam2 hal la badut tu haha

Reply
avatar
lufang
AUTHOR
March 17, 2016 at 9:06 PM delete


Itu 2.6 billion manyak besar maa aa ,bolih manyak mulut kasi tutup maa aa .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2016 at 10:35 PM delete

Baik Sharir sekalipun orang takkan ada rangsangan nak dengar atau percaya kalau dia nak cerita pasal wang derma DSN. Wartawan kalau nak tahu sumber pasal wang derma DSN dah tentu mahu DSN.
Selagi DSN tak sempurna dengan journalist atau asyik mengelak seperti tak mahu soalan wang derma.... itu mangkor namanya.Pecinta buah durian tahu mana yang elok dan mana satu yang mangkor.

Reply
avatar