KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, March 11, 2016

dinturtle

Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati Orang ! - TS Sanusi Junid (video)


Semalam saya berkesempatan berbual dengan Tan Sri Sanusi Junid dan banyaklah isu2 semasa yang dibincangkan. Dengan izinnya, saya rakamkan dan saya upload dalam youtube sebahagian dari temubual itu yang berkaitan dengan isu Deklarasi Rakyat yang ketika ini cuba di alihkan perhatian oleh macai2 Najib sebagai satu persekongkolan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menjatuhkan kerajaan Melayu.

Sama2lah kita sebarkan video di bawah ini .... menarik untuk menimbulkan kesedaran di kalangan orang2 Melayu khususnya ahli2 Umno.



KLiK untuk ke Youtube.

- Itu bukan menjatuhkan kerajaan. Kerajaan itu bukan Perdana Menteri seorang. Kerajaan itu adalah Parti yang memerintah.

- Deklarasi Rakyat hanya minta PM turun, kerajaan tak runtuh. Kita dah banyak kali saksikan PM turun ....

- Ramai lagi dalam Umno yang layak jadi PM.

- Mungkin syarat pertama kalau nak jadi PM adalah - jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah ...

- Kalau ada pertanyaan daripada orang, kita tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri !

- Janganlah orang2 di atas ni duk menipu orang2 kampung dengan menakut2kan orang kampung supaya takut kat cina ni.

- Hebat sangatkah Lim Kit Siang tu ? Saya tak pernah nampak Lim Kit Siang tu hebat. Saya pun heran macamana satu parti Melayu takut kat seorang manusia cina !

- Dan manusia cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun ... tak pernah boleh duduk dalam kerajaan. Dia tak pernah bagi susah kita. Tak pernah dia suruh cadang supaya kenakan GST. Tak pernah dia cadangkan dalam parlimen supaya berhutang tak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam parlimen  buat yang bukan2.

- Tapi cina yang patut kita meluat ni, cina macam Jho Low tu ... dan penyangak2 dan kawan2 dia yang lain itu, yang itu kita patut benci ( tapi ) yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke PAC, hak dia bercakap tu kena rahsia. Tak boleh beritahu kat orang, takut nampak buruk dia.

- Perkara PM turun ni, kalau dia nak turun, turun dalam pilihanraya.. Maknanya kena kalah Barisan Nasional, barulah PM ni nak turun. Kita tak mahu macam itu ! Kita tak mahu BN kalah !

- Malahan kita rasa akan kalah BN, Umno ni akan kalah kalau PM tak turun. Itu sebab kita minta dia turun .... kerana kita sayang kepada Umno. Nak pecat, pecatlah. ... hati kita tetap ada dalam Umno.

- Bukan duduk dalam Umno tapi mengkhianati Umno. Yang itu kita kata Sayang pada Umno ?

- Sayang Pada Umno adalah membuat supaya Umno ini dihormati oleh orang ! Negara ini dihormati oleh orang. Itu makna Sayang Pada Umno !

- Sayang Pada Umno ni bukan bermakna semua pemimpin yang dah berjasa kita maki... pasal menegur kesalahan kita.

- Yang baik hanya yang memuji kita ? Kemudian kalau yang nak puji kita tu pulak, kena diupah. Sedangkan orang lain tak payah upah pun dia boleh puji orang kalau dia nampak jasa.

- Kalau orang itu bercakap, kita kena selidiklah sedikit sebanyak latar belakang. Kadang2 yang bercakap tu kerana gaji dia, kerana jawatan dia, kadang2 kerana dapat untung daripada bercakap macam tu ... sedangkan yang penting sekali bagi kita ialah - Umno, negara dan orang Melayu ni selamat.

- Kalau kita kena bekerjasama dengan siapapun lah, untuk jaga supaya negara ini jangan jadi rosak .... maka kita bekerjasamalah.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 11, 2016 at 12:16 PM delete

Sedikit sebanyak yang disampikan oleh TSSJ ini kemungkinan membuka mata pembaca lebeh lagi ahli-ahli umno ambil ucapan/nasihat itu sebagai azimat dalam perjuangan kita.Jangan kita terimanya sebagai tuang air dalam daun keladi disebabkan kerana wang ringgit.Kemusnahan umno sekarang ini kerana saekor kerbau yang membawa lumpur maka pertubuhan umno ini habis terpalit,diheretnya ahli-ahli umno untuk dijadikan pelampong supaya dia tidak tengglam.Fikir-fikirkan lah bagi kebaikan umno bukan individu sebagai mana dinasihatkan oleh TSSJ diatas.

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
March 11, 2016 at 7:01 PM delete

Mandat PM sebagai presiden UMNO dah lama tamat. Masanya sebagai presiden cuma pinjaman saja. Jadi para macainya janganlah nak besarkan Najib dipilih rakyat. Hakikatnya yg mengekalkannya cuma MT UMNO saja. Rakyat dah lama reject.

Reply
avatar
Otak geliga
AUTHOR
March 11, 2016 at 10:17 PM delete

Asssalmualaikum Bro DT,

lama dah tak komen....setuju 100% apa yg TS Sanusi cakap. Yg rakyat majoriti nak adalah PM je yg TURUN, bukan BN. Dulu masa Pak Lah turun, BN tak turun takhta pula sbg kerajaan, pelik...la ni bila mamat tu jd PM kalau dia turun, maka BN kena ikut turun sekali?....fikiran dari mana yg dibawa?...satu ja nak bg tau depa ni....rakyat Malaysia la ni bukan BODOH.

Rakyat cuma minta perosak negara turun....tu ja...thank you.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 12, 2016 at 5:12 AM delete

Biar mereka syok sendiri..tunggu ja pru.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
March 14, 2016 at 11:20 AM delete

ya, selain dari saudara QalamQabut, saudara OtakGeliga juga merupakan pengomen otai disini yang dah lama menyepi :) TerimaKasih kerana terus beri sokongan !

Reply
avatar