KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, March 10, 2016

dinturtle

SRC Tidak Ada Maklumat Isu RM42juta - Kenyataan Najib Yang Langsung Tidak Masuk Akal !



Kenyataan bertulis parlimen Menteri Kewangan yang menyatakan SRC tidak mempunyai maklumat mengenai RM42 juta yang dipindah masuk ke akaun peribadi Najib adalah satu berita yang ...... PELIK dan TIDAK MASUK AKAL !

Dari SINAR -

KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.



Selain dari flowchart yang ditunjukkan oleh AG  ( KLiK ), rakyat tertanya2 apakebendanya yang SPRM duk siasat selama berbulan lamanya berkaitan ISU SRC kalau semuanya hanya khabar angin sebuah portal ?

Kalau SRC tidak punya apa2 maklumat pun tentang isu ini, kenapa SPRM dari awal lagi tidak keluarkan kenyataan bahawa isu SRC sebenarnya TIDAK WUJUD ?

SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan.


Itu adakah kenyataan akhbar Dato' Azam Baki, Pengarah Siasatan SPRM pada 22 Oktober 2015 ketika menempelak SRC yang yang memandai2 mengeluarkan kenyataan palsu kononnya SPRM sudah mengesahkan bahawa flowchart yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah palsu. ( KLiK )


Apa yang SPRM siasat jika kes itu tidak wujud ?

Juga dalam kenyataan sama, Dato' Azam meminta kerjasama SRC untuk mengarahkan Nik Faisal Kamil dan Suboh Md Yassin tampil hadir di SPRM untuk beri keterangan.

Untuk beri keterangan tentang apa kalau kes hanya mainan sebuah portal ? Dan kenapa mereka berdua LARI ?


SPRM melalui Dato' Azam sekali lagi mengeluarkan kenyataan pada 5 November ( KLiK )

Oleh itu, siasatan SPRM ke atas SRC International tetap akan diteruskan walaupun terdapat siasatan yang khusus berkaitan dengan isu kebocoran maklumat yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. Isu kebocoran maklumat tiada kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Isu kebocoran maklumat adalah perkara yang berbeza.


Huh ? Macamana Najib boleh kata SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta. ?



Apa yang SPRM duk siasat selama ni ? Dan kenapa kertas siasatan SPRM dikembalikan oleh AG ?

Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.


Jika benar lah SPRM tidak mendapati sebarang kesalahan baik dalam isu RM2.6 bilion dan SRC RM42 juta, kenapa AG perlukan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM ?

Apakah benar SPRM ada mengesyorkan TIDAK ADA KES sepertimana didakwa oleh AG dan kerajaan Najib ? 

Mengikut logik, dalam laporan awalnya yang dikembalikan oleh AG, beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM adalah TUTUP KES! dan itu diminta penjelasan oleh AG ?

TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG ! !


Samalah tidak masuk langsung bila Najib kata dana cayman dimasukkan di BSI Singapura kerana peraturan Bank Negara yang menyusahkan.... akhirnya memang tidak ada pun duit itu di sana.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 10:01 AM delete

Assalam,Itu adalah alasan orang bersalah ...........................

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 11:33 AM delete

bro din, jangan spin macam cai makan dedak ok. ag kata pm tak tahu, so pm jawab tak ada maklumat berkaitan rm42juta tu, sebab ag dah kasi tahu dunia, pm tak tahu duit src masuk akaun dia. tu pasal ag tak ambil tindakan. dia belanja duit tu pasal dia ingat salah guna duit derma pak arab rm2.6billion. dia juga mungkin tak tahu, duit derma tu dah dipulangkan balik. nak pi us berholiday, kena guna duit banyak untuk bershopping tanpa had. nasib baik dia minta kat kementerian kewangan, boleh la menteri kewangan guna duit syarikat bawah mof untuk beri belanja. kalu dia minta kat perbendaharaan, lagi kacau bilau negara dibuatnya. so, bro, ni dah kali keberapa parlimen kena tipu oleh pm.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 12:38 PM delete

Salam Din dan Pembaca...

Isu SRC ini Jelas...memetik hujah2 Saudara Abu Bakar..

Pihak SRC International dan Kementerian Kewangan sebagai induk SRC International perlu memberikan penjelasan rasmi kepada rakyat mengapakah tetiba saja wang RM 42 juta milik SRC International boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. 

Pihak SRC International dan Kementerian Kewangan perlu menjelaskan apakah mereka tahu atau tidak wang sebanyak RM 42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Jika mereka tahu, apakah tujuan kemasukkan wang tersebut? 

Jika SRC International dan Kementerian Kewangan tahu wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib itu, adakah mereka memaklumkan kepada Najib atau tidak? 

Jika SRC International dan Kementerian Kewangan tidak tahu mengenai kemasukkan wang itu ke dalam akaun Najib, apakah pengurusan kewangan SRC International tidak pernah diaudit selama ini? Jika tidak pernah diaudit pasal apa? Kalau ada buat audit pun, adakah pihak yang mengaudit kewangan SRC International itu menipu dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengaudit yang menipu itu jika berkaitan? 

Apakah pihak SRC International selepas mengetahui skandal ini telah membuat laporan polis supaya skandal ini disiasat? 

Selama Nik Faisal sebagai CEO dan Suboh Mat Yassin melarikan diri ke luar negara, siapakah yang membuat keputusan bagi pihak SRC International, kerana keputusan penting hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh CEO. 

Mengapakah Suboh Mat Yassin dan Nik Faisal melarikan diri ke luar negara? 

Apakah tindakan SCR International dan Kementerian Kewangan selepas mendapati Suboh Mat Yassin dan Nik Faisal melarian diri ke luar negara? 

Apakah Suboh Mat Yassin masih lagi Pengarah SRC Intenational dan apakah Nik Faisal masih lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International? 

Kalau ya, mengapakah mereka tidak dipecat sedangkan mereka melarikan diri ke luar negara dan tidak hadir bertugas? 

Kalau Suboh Mat Yassin dan Nik Faisal telah dipecat, sipakah yang menggantikan mereka sebagai Pengarah SRC dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC sekarang ini? 

Persoalan-persoalan ini sekiranya tidak dijawab oleh SRC International dengan jawapan yang munasabah dan benar, maka sudah tentu ada suatu komplot jahat yang sangat keji yang sedang melanda negara kita. 

Sehubungan dengan itu, sewajarnya pihak berkuasa terutama PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengambil tindakan untuk menyiasat perkara ini, malahan laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin sebelum ini nampaknya tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa. 

Persoalan kepada kita semua sekarang ini adalah apakah pihak berkuasa juga bersubahat dalam komplot keji ini? 

Pihak PDRM, Kementerian Kewangan, serta SRC Internatioal perlu memberikan penjelasan berkenaan perkara ini kerana sangat dahsyat, sangat memalukan bagi sebuah kerajaan. 

Maka tindakan tegas perlu diambil bagi menyelesaikan masalah ini berdasarkan peraturan undang-undang negara demi mempertahankan hak negara dan hak rakyat. 

Sedarlah semua. 

Salam perjuangan A Ba Ta, 

Ikhlas daripada, 

Abu Bakar

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 3:48 PM delete

Tun M dan rakyat tinggal sebutir peluru lagi... Iaitu pilihanraya umum... Najib and the gang?. dia ada masa..dsn jika masanya dah habis dia ada akta MKN...
Yg penting jgn putus asa... yg pelik masih ada yg percaya walau jelas penipuan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 6:17 PM delete

Bro Din,kalau pembohongan boleh dijadikan sebagai fakta kebenaran,LOGIK sudah tidak wujud lagi di alam mesta ini terutama di Malaysia ini. Dunia sudah tunggang terbalik. Orang jahat sekarang menangkap dan mempenjara orang baik!!!!

alfie

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 9:03 PM delete

Tipu semua tu..

Dua orang mamat yang amat diperlukan tu mana? Saya yakin mereka masih hidup. Buktinya tiada repot yang dilakukan oleh ahli keluarga. Macamana keluarga boleh tahu? Mungkin dah contact. Jadi kenapa tak mulakan siasatan dari situ?

Nampak sangat tiada usaha untuk siasat isu ni...

bayangkan jika rakyat marhaen...jiran kampung sebelah pun disoalsiat untuk dapatkan maklumat...betul tak?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 10, 2016 at 9:04 PM delete

Confirm salah seorang atau mungkin kedua2nya MENIPU. Hehe...kantoi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 11, 2016 at 4:48 PM delete

Kalau PM Najib Razak tak dimaklumkan mengenai isu tersebut oleh big boss SRC, Najib Razak, maka big boss SRC, Najib Razak perlu dipecat kerana gagal melaporkan ehwal SRC dengan telus

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 11, 2016 at 4:54 PM delete

Saat PM sebagai ketua cabang legislatif mendakwa memindahkan wang dari Cayman ke Singapura instead of bawa balik ke Malaysia dgn alasan utk mengelak kerenah birokrasi Bank Negara, saya yakin ramai rakyat yang pada mulanya bersikap neutral mula hilang kepercayaan kepada PM.

Reply
avatar
SAM72
AUTHOR
April 17, 2016 at 6:08 PM delete

assalamualaikum. satu je saya nak tanya. ada bukti sahih ke tak? nak tengok dalam bentuk dokumen boleh tak?

Reply
avatar