KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, March 23, 2016

dinturtle

Tun Mahathir SAMAN Najib - Bila Doktor Buat Keputusan Untuk Potong .....



GEMPAK tengahari ni bila Tun Mahathir bersama dua lagi bertindak memfailkan saman ke atas PM Najib ! 

Dakwaan atas salahlaku sebagai seorang penjawat awam - Amalan Korup dan Menghalang Siasatan Berkaitan Isu 1MDB dan RM2.6 Bilion ( Baca Kenyataan Media di bawah ).

Najib di dakwa telah menghapuskan ke tahap hampir tidak boleh diperbaiki kedaulata undang2 dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang kita junjung sebagai rakyat Malaysia.

Paling menarik sekali, tindakan Tun itu dibuat ketika Tun masih berada di Arab Saudi ! ( Saman tadi difailkan oleh peguam Tun tanpa kehadiran Tun ) Tun ke sana hari Isnin dan dijangka pulang malam esok.



Apakah ada kaitan ? Wallahualam ..... tapi secara logiknyalah, mustahil tidak ada perbincangan mengenai RM2.6 bilion, kan  ....  

Tun bukan jenis yang bertindak sembrono ..... sudah pasti beliau akan tanya mereka yang berkenaan di pihak Arab sebelum bertindak menyaman Najib berkaitan isu derma itu.... kan ? Takkanlah Tun nak saman Najib kalau Tun dapati memang wujud 'penderma' itu ..... kan ? Logik lah .....

Saya cuba dapatkan pandangan dari Tan Sri Sanusi mengenai tindakan Tun Mahathir ini, beliau mengulangi apa yang pernah saya rakam tahun lepas  ( KLiK ) .... Tun Mahathir umpama seorang doktor yang merawat pesakit yang pastinya akan membuat pemeriksaan rapi dan menyeluruh sebelum bertindak memotong anggota pesakit ! 

Bagi saya, pesakit di sini adalah negara tercinta kita Malaysia ..... dan cancer yang perlu dibuang itu adalah  ..... Najib !

Apapun, kita tunggu perkembangan selanjutnya ....



dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Nenekghuffran
AUTHOR
March 23, 2016 at 5:00 PM delete

Salam En Din...

Marilah kita semua mendoakan agar tindakan TDM ini diberkati Allah SWT dan semoga dipermudahkan segala urusan yg berkaitan dgn tindakan saman ini..aamiin...

Najib sepatutnya berundur...saya yakin majoriti rakyat Malaysia bukan saja tidak menyokong beliau malah benci dan meluat dgn beliau.

Nampaknya memang TDM lah harapan kita semua kerana beliaulah sebenarnya pemimpin anugerah Allah kpd rakyat Malaysia. Hanya mereka yg kurang akal saja yg tidak dapat menerimanya...insaflah.

p/s Majlis Ulama yg kita harapkan pun telah dibisukan oleh fatwa "Cash Is King" oleh Ketua Kabilah Najib AlMunafik...

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 23, 2016 at 5:36 PM delete

Cukup mengejutkan. Aku jangka ini langkah terakhir kerana banyak lagi usaha boleh dibuat utk beri tekanan kepada Mohd Najib dan UMNO.

Jika di kira secara khusus konfrontasi TDM berhadapan dgn Mohd Najib ini, baru masuk dua fasa.
Fasa 1 - Pengisytiharan perang - Deklarasi Rakyat
Fasa 2 - Usik dan asak - Referendum - cuma sekadar mengusik, ada dua tiga langkah lagi yg boleh dibuat TDM. termasuklah 'menunjuk perasaan rakyat'.
Fasa 3 - barulah ada saman di mahkamah ini, ataupun mohon perkenan dan penglibatan DYMM Agong dan Raja2.

Mungkin TDM tak mau Malaysia huruhara, mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin. Tapi mana mungkin selesai sebegitu mudah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 5:37 PM delete

Salam Din

Tun Dr M sememangnya akan memikir sedalam...dalamnya apa segala perkara yang timbul...dan sedar risiko yang akan dihadapi...antaranya CEMUHAN..PENGHINAAN...

Tetapi percaya laa.. Tun tahu tindakannya...demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA

#PerjuanganYangBelumSelesai #RejectMyPM #SuspectMyPM

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
March 23, 2016 at 7:21 PM delete

moga Allah beri keberkatan atas segala usaha Tun. menitik aku dgn segala yg Tun lakukan dlm usia begini. tergamak kamu yg mrncaci dan menghina

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 7:57 PM delete

Buat lah apa saja TUN asalkan MALAYSIA TERSELAMAT. Pemakan dedak terlalu ramai sekarang ini hingga lupa peranan mereka kepada agama,bangsa dan negara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 9:30 PM delete

Sifat mulia Tun ni lah yang telah meletakkan Malaysia di peta dunia dan dihormati semua negara. Sifat mulia ini juga telah berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan ramai rakyat Malaysia yang yakin dengan kebolehan sendiri sama taraf dengan orang lain termasuk penjajah2 kita dahulu. Semiga perjuangan murni Tun dirahmati Allah swt. Kita sokong dan berdoa disamping solat hajat agar perjuangan menentang kerakusan kuasa Najib ini dipermudahkan urusannya.Amin..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2016 at 10:08 PM delete

Ada berani tangkap tiga wira negara dari Qadaha (Kedah, arguably the oldest civilization on this side of the globe).

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
March 23, 2016 at 11:39 PM delete

Din,

Aku sememangnya terkejut dgn tindakan TDM memfail saman ke atas Mohd Najib di mahkamah. Bagi aku tindakan ini dah masuk dalam Fasa 3 dalam komen ringkas aku awal tadi. Fasa 1 baru dua minggu tiba2 dah masuk fasa akhir. Memang bengong bagi aku kerana di Fasa 2 lah sepatutnya akan berlaku berbagai2 tindakan yg menguat dan kukuhkan lagi demand ‘Deklarasi Rakyat’ dan di masa yg sama melemahkan pertahanan Mohd Najib. Tapi aku tahu TDM seorang strategis yg hebat, bukan otak pekasam macam aku ni…

Mungkin juga aku kecewa kerana TDM tak pakai proposal aku di Fasa 2 itu. Ntahlah, mungkin tak sampai ke tangan dia kot. Almaklumlah minta tolong orang sampaikan. Mungkin kerana orang tu jadi penapis, dia yg tapis dulu idea aku ni dan putuskan tak layak dipanjangkan ke atas. Atau mungkin juga sebab aku tak siapkan proposal yg proper. Memang idea aku tu bentuk komen saja, cetusan idea spontan. Sebagai orang terpelajar aku yakin dia faham apa yg aku cuba sampaikan. Tapi sedihnya dia tak bagi feedback walau sepatah dua kata. Berapa banyak mungkin daaa…

Aku lepaskan keluhan aku di sini sajalahhh...
Jika ikutkan idea aku tu…
1. Zaid tak perlu buat kutipan RM10. Kalau setakat 2-3 juta, TDM dan anak2 dia boleh hulur.
2. Semua penyokong Deklarasi Rakyat (DR) tak perlu buat demonstrasi jalanan. Tak perlu berkumpul / berhimpun di mana2 tempat, buang masa, tenaga dan wang ringgit. Tak ada siapa sakit badan atau sakit hati. Tak perlu nak fikir tentang bangsa atau agama. Semua bersatu demi DR.
3. Polis pun tak perlu check pistol dan senapang, atau gulung dawai kerawat, Kalau setakat nak stand-by no problem.
4. Mohd Najib tak ada peluang nak isytihar darurat. TDM boleh jemput KPN dan polis hadir sama semasa pelancaran kempen, boleh terus heret ke lokap jika mendatangkan huruhara kepada negara
5. Bukan saja orang Malaysia, tetapi dunia dapat lihat manifestasi sokongan rakyat jelata kepada DR. Mohd Najib dan menteri2nya tak boleh cakap DR adalah agenda peribadi lagi.
6. Dan bersama sokongan padu rakyat itulah TDM bergerak ke Fasa 3. Mahkamah mana nak tolak kehendak majoriti rakyat.

Tapi bila TDM dah fail saman ni, aku pun dah tak tau nak cakap camne. Cuma teringat akan perkataan prejudice, subjudice dan autajudice tu saja. Dalam apa keadaan sekali pun kita patut asah otak kita utk cuba atasi masalah semasa. Itu kelebihan kita sebagai manusia jika dibandingkan dgn anjing pemakan dedak yg selalu dapat rezeki di lantai.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 8:47 AM delete

Mmg Tun tak perfect, diakui mmg beliau tak semua betul tapi pada sy dia bnyk la yg betul.. besides siapa lg yg layak nak leading untuk hal mcm ni. Keadaan Malaysia dah parah abis. Kejatuhan sesebuah negara tu salah satu adalah bila Politik dan Ekonomi tak stabil atau teruk macam ni la. Wajar di ambil tindakan drastik macam ni. Dia bukan jenis main wayang.. menyalak tanpa bertindak! Doa dan harapan pada Allah moga dia makbulkan permintaan kita nih. Amienn!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2016 at 1:43 PM delete

kita ada lebeh kurang 25 bulan sebelum PRU14. Dgn tindakan TUN,sy agak tempoh masa itu agak sesuai untuk menidakkan PM Najib daripada post dia sekarang.

Reply
avatar