KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, April 19, 2016

dinturtle

1MDB Kencing IPIC ? Sudah2lah 1MDB Dan Najib oooi ... Cukup2lah Malukan Nama Negara !

Mkini

Banyak la pulak berita perkembangan 1MDB semalam .... kebetulan pula saya on the road beberapa hari ni, jadi agak terlewat nak kemaskini blog dengan perkembangan2 terkini yang panas semalam.

Yang paling panas sudah pastinya berita mengenai keputusan IPIC menamatkan perjanjian Asset Swap dengan 1MDB. Ini berita yang penting untuk kita ikuti kerana ia bakal merungkai beberapa isu penting mengenai urusniaga 1MDB yang selama ini cuba disorokkan oleh 1MDB dari pengetahuan umum.

Kenapa pula IPIC secara tetiba atau semudah itu mahu tamatkan salah satu ciri penting dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB iaitu Aset Swap dengan IPIC ?

Ia bukan saja berkaitan mengenai 1MDB tapi bakal memberi impak kepada hubungan antara kedua kerajaan kerana kedua IPIC dan 1MDB adalah mewakili syarikat milik penuh kerajaan masing2. Dan satu dunia sudah tahu 1MDB ini begitu sinonim dengan nama PM Najib.

Anda pasti biasa dengar ayat dari cai2 Najib yang berbunyi - kalau 1MDB hampeh, kalau 1MDB tak boleh dipercayai, kenapa IPIC masih mahu terus berurusan dengan 1MDB ?

Jawapan yang saya berikan pula - Kalau ia satu bentuk urusniaga yang menguntungkan IPIC, kenapa tidak ? Kita pun bukannya tahu secara terperinci mengenai perjanjian antara 1MDB dengan IPIC, jadi susahlah nak komen lebih lanjut.

Nah, kini IPIC sudah pun keluarkan kenyataan di London Stock Exchange mengenai penamatan perjanjian dengan 1MDB. Maknanya keputusan itu bukan satu gertakan atau fitnah atau main2 tapi satu keputusan muktamad.

Kalau menguntungkan, kenapa IPIC batalkan ? Sebab risiko terlalu tinggi kalau terus berurusan dengan kaki kencing !

Jangan lupa wang IPIC sudah banyak dipertaruhkan atas nama 1MDB sebelum ini, maknanya IPIC sudah tidak berani lagi untuk tambahkan risiko mereka. Kenapa saya katakan 1MDB kaki kencing ? Baca kenyataan IPIC itu - ( klik untuk besarkan imej )


KLiK
IPIC has performed all of its obligations to date under the Binding Term Sheet. 1MDB and MOF have failed to perform certain payment and other obligations owed by them to the IPIC group pursuant to the terms of the Binding Term Sheet, including the obligation to pay to IPIC U.S.$1,102,725,000 plus interest accruing under the terms of the Binding Term Sheet.

As a result, 1MDB and MOF are in default pursuant to the terms of the Binding Term Sheet and IPIC's and Aabar's obligations under the Binding Term Sheet have terminated. 

IPIC sudah tunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana perjanjian tapi 1MDB dan Kementerian Kewangan kita pula yang gagal. Maknanya 1MDB dan kerajaan kita dituduh sudah kencing sama IPIC !

HAVE FAILED .... bermakna SUDAH GAGAL ....

Bab ini saya agak mushykil sikit .... bukankah tarikh akhirnya adalah pada penghujung Jun, kenapa pula 1MDB dikatakan SUDAH GAGAL ? 

Itu menunjukkan ada perkara yang kita tidak didedahkan mengenai perjanjian itu. Ni yang payah ni kalau jenia suka berahsia dengan rakyat sendiri  ! 

1MDB kena bayar IPIC US$1.102 bil .... kemungkinan besar itu adalah pinjaman Deustch Bank yang IPIC tolong jelaskan tahun lepas bagi pihak 1MDB selepas 1MDB dah sengkek tak boleh nak bayar. Tapi dari kenyataan di atas, disebut - including the obligation to pay to IPIC U.S.$1,102,725,000 plus interest accruing under the terms of the Binding Term Sheet.

Kewajipan untuk bayar kepada IPIC .... ? Bukankah semuanya bakal disettlekan melalui pertukaran aset sepertimana disebut oleh Arul dan juga Najib ?  Ini perlukan penjelasan dari 1MDB.

Kemudian IPIC juga sebut  -


Following such default, IPIC and Aabar have engaged with, and extended opportunities to, both 1MDB and MOF to remedy their defaults without success.  IPIC and Aabar have now reserved all of their rights under the Binding Term Sheet and are considering their options in relation to this dispute, including referring the matter to the appropriate dispute resolution forum.

IPIC dah cuba berunding dan bagi peluang kepada 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk perbetulkan kegagalan tapi hampeh juga.  So IPIC sekarang nak buat tuntutan gantirugi .... termasuk merujuk kepada forum2 tertentu bagi menyelesaikan sebarang pertikaian.

Adeh ..... MALU NYA .......  anda perasan tak, bukan saja nama 1MDB yang disebut tapi juga MOF atau Kementerian Kewangan Malaysia ! 

Kerajaan kita juga terlibat sama .... bermakna nama negara juga turut sama diheret oleh 1MDB dalam isu ini.

Antara kesan awalnya adalah, kini 1MDB terpaksa bayar faedah bon yang sepatutnya dibayar oleh IPIC jika perjanjian masih terikat  - Laporan: 1MDB hadapi risiko gagal bayar faedah AS$50 juta

Kalau tak bayar, pemiutang2 1MDB yang lain juga akan turut melompat sama dan tuntut 1MDB settle hutang mereka segera !

Katanya hari ini, so kita tunggu perkembangannya ....

Sekali lagi, untuk kesekian kalinya, 1MDB HANYA MENYUSAHKAN !


                               **********************

Berita yang ini juga kena sebut ....Laporan 1MDB oleh WSJ mengenai skandal2 Najib dan 1MDB telah disenarai pendekkan sebagai finalis Hadiah Pulitzer kategori laporan antarabangsa !

Najib dan cai2 nya pasti bangga dengan pencapaian hebat Najib ini kan ...  

Apalah nasib negara punya pemimpin sedayus Najib  ....


Mkini

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 19, 2016 at 8:22 PM delete

Tarpan betul muka orang yang mengelolakan pinjaman 1MDB dulu.Bangkai tak dapat ditudung lagi oleh cai2 beliau,mula semerbak diplusuk dunia.Apa dah jadi bertapoklah hutang dan tergadai lah tanah Melayu.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
April 19, 2016 at 10:01 PM delete

Kita tunggu apa komen dari Salleh Keluaq , Azalina , Puad Zakarshi ....????

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 20, 2016 at 12:19 AM delete

Satu dunia dia tipu. Ini skandal yang meibatkan banyak negara. Negara2 di mana laporan polis diterima, siasatan sedang dijalankan. Tapi di Malaysia, di mana orang yang terbabit dengan skandal yang menggegarkan dunia masih di puncak!

Faedah saja sudah rm50juta! Ini baru yang melibatkan faedah bon dijamin IPIC, belum masuk yang lain lagi!

Takkanlah tak ada siapa pun dari pihak berkuasa kita boleh melakukan sesuatu terhadap Najib, orang yang menyebabkan negara kita berhutang dengan begitu banyak sekali sehingga tidak masuk akal ?

Apa sudah jadi dengan Peguam Negara kita?

Ya Allah, selamatkan bumi Malaysiaku ini.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
April 20, 2016 at 1:47 AM delete

Tiada sebarang syarikat di dunia akan berurusniaga dengan 1MDB krrana 1MDB akan tandatangan dengan kamu tetapi membuat bayaran kepada syarikat lain. Itulah strategik syarikat strategik dari Malaysia.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
April 20, 2016 at 1:51 AM delete

Bro Din,kan najib kaki kenching kata Anina. Dia kenching 3 juta orang umno jadi tidak hairanlah dia kenching IPIC.

Reply
avatar
April 20, 2016 at 9:46 AM delete

Rakyat Malaysia ok, yang tak ok orang yang tak sukakan Najib, semua cite tentang juta/bilion hilang orang Najib kata tak hilang, tapi kebanyakan rakyat Malaysia tetap ok... rileks aje... t-kasih NAJIB
Hujung bulan ni dapat BRIM lagi hehehe .... duit rakyat untuk rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 9:17 AM delete

Manusia boleh lari dari hukuman di dunia tetapi manusia tidak akan lari dari hukuman di akhirat

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
April 21, 2016 at 11:08 PM delete

Yok , bukan rm 50 juta ....tapi USD50 juta ( lebih kurang 200 juta ringgit ! )

Reply
avatar