KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, April 5, 2016

dinturtle

Akaun 1MDB Tangguh 6 Bulan Lagi. - Sikit Tak Heran ....

Mkini

Akaun 1MDB berakhir  31 Mac 2015 di tunda lagi 6 bulan sehingga 30 September 2016.  Nak kata terkejut sangat ... tak juga sebab kalau bab 1MDB ni memang dah tak hairan dah kalau banyak perkara pelik dibiarkan berlaku.

"1MDB dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TRX City Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama-sama dengan anak syarikatnya Edra Global Energy Berhad, telah mengadakan AGM untuk meluluskan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"AGM telah diadakan dalam tempoh tarikh akhir yang diberikan sebelum ini iaitu pada 31 Mac 2016 dan penyata kewangan yang diaudit telah difailkan dengan SSM.

"Kedua-dua syarikat itu membentuk sebahagian besar aset dan mewakili semua aktiviti perniagaan yang beroperasi 1MDB," katanya.

Akaun pusatnya di mana keputusan2 utama di buat yang masih belum siap. Tak terkejut tapi mengecewakan ......  dan tidak membantu dalam menyelesaikan kemelut 1MDB dengan cepat.

Hmmmm ...... saya tak pasti sejauhmana impaknya kepada usaha memberi pencerahan kepada rakyat terutamanya bila PAC dikatakan akan cuba siapkan laporannya untuk dibentangkan di Parlimen pada hari Khamis ini. ( Malaymailonline )


Yang saya tahu, selagi akaun tidak diserahkan kepada SSM, rakyat tidak boleh akses atau lihat. 

Jadi apasaja laporan PAC atau Ketua Audit Negara berkaitan transaksi yang berlaku dari 1/4/2014 - 31/3/2015, kita tak boleh nak cek lah ? 

Pendek kata - Kita kena terima sajalah apasaja yang dibentangkan nanti ? Kita hanya boleh komen bersandarkan apa yang dilaporkan media setakat ini ..... 

Mungkin saya salah, harap sesiapa dapat berikan pandangan professional di sini.

Oya, kalau 1MDB buat keputusan nak tukar juruodit luarnya iaitu Delloitte sebelum tarikh baru berakhir, apakah ada penangguhan lagi ?  Dengan 1MDB segalanya mungkin ....

Apapun, kita tunggu jer bentangan PAC .....

                                **********************

Ni ada satu lagi berita mengenai 1MDB yang agak menarik ....

Mkini
Sebelum ini kita baca luahan dari Arul kanda yang berbunyi - 

"Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan."


... kali ini Menteri Abdul Wahid Omar juga keluarkan kenyataan yang hampir sama iaitu "Model yang mereka ambil adalah modal rendah dan pinjaman yang besar, dan saya fikir kerana mereka tahu, ia bukan satu model mampan."

Hai... musim 1MDB ber apologetik ? Kenapa baru sekarang berlumba2 keluarkan kenyataan yang 1MDB berhutang terlalu banyak ? Sebelum ni punyalah pertahankan apasaja berkaitan 1MDB ..... dan mereka yang sebut perkara hutang terlalu banyak itu yang kena serang konon tak fahamlah, pro pembangkanglah bla bla bla.

Something fishy la .....

Sejak tahun bila yang Wahid ni sedar model yang dilabelkan oleh Najib sebagai too idealistic ini sebenarnya hampeh ? Kalau dah tahu dari awal lagi, kenapa Wahid dan yang lain2 tidak menegur sebelum hutang 1MDB menggunung hingga tak mampu nak tanggung dah ?

Itu namanya tidak bertanggungjawab dalam memikul amanah rakyat ! Sepatutnya dari awal lagi bila dah nampak 1MDB ini akan terjerumus ke lembah hutang, Wahid kena tegur dan bertindak menyelamatkan keadaan.

Atau ........ sememangnya benar apa yang Muhyiddin katakan selama ini bahawa kabinet hanya tahu mengenai 1MDB awal tahun lepas, iaitu selepas nasi dah jadi bubur ! ?

Takper .... kita perhati jer perkembangan 1MDB ni. Semua kenyataan2 mereka kita ada rekodkan. Kita tidak mudah lupa.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2016 at 6:01 AM delete

Tangguh,tunda...tunda,tangguh. Berapa lama mau tangguh ? Rakyat masih terpinga-pinga dgn kemelut 1MDB.Lebih baik tangguh saja selepas PRU14

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2016 at 9:05 AM delete

Terbaik DT... tuan dan bloger2 lain tolong rekodkan semua kenyataan Penasihat, PM, menteri kew, semua menteri2 yang terlibat a.k.a penjilat Najib/1MDB kita nak tahu sejauh mana mereka nak berbohong dan memperbodohkan rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2016 at 9:46 PM delete

Semua talibarut2 Ni baru dapat Q Dari penasihat2....sudut approach yg refreshed & memperakui kesilapan 1MDB & menjustifikasikan langkah2 masa hadapan. Mgkn dr kes study penasihat2 rakyat akan lebih faham.
Kalau Arul & Nazri sebut ikhtibar, tak berani sebut pasal hukuman yg perlu disertakan. Talibarut yg ini pulak komen lah pasal simptom, saya Mau tanya lah pulak pasal penyebab nya...steady la wahid...blind spot banyak...Jho low mana?

Reply
avatar