KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, April 23, 2016

dinturtle

Arul - Jenayah Dalam 1MDB Dan Mungkin Orang Dalam Terlibat !



Sedikit penjelasan dari Arul Kanda mengenai perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC yang baru ini ditamatkan oleh IPIC kerana mendakwa 1MDB telah gagal dalam melaksanakan bahagian perjanjian iaitu membayar kembali kepada IPIC USD1.15 bilion pada 31 Disember, 2015. Sumber adalah temuramah TheEdge dengan ArulKanda ( KLiK )

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December". But he questioned why IPIC waited until now to make the announcement.

"It should have been made immediately after the default as it’s a large amount. Why wait until April to say you don’t own Aabar BVI?"

Sebenarnya 1MDB telah pun gagal menunaikan tanggungjawab dalam perjanjian sejak bulan DIsember lagi tapi Arul mempertikaikan kenapa baru sekarang IPIC nak keluarkan kenyataan ? Jumlah itu besar tapi kenapa IPIC tunggu sehingga bulan April baru nak kata yang mereka tidak memiliki Aabar BVI ?


Ok ....... memanglah kita boleh timbulkan pertanyaan itu. Tapi waktu sama, adalah lebih berat ke atas Arul dan 1MDB untuk jawab, Bagaimana mungkin kesilapan membayar kepada syarikat palsu itu boleh berlaku ? !

Bukan satu kali bayar tapi beberapa kali bayar sehingga berjumlah USD3.5 bilion ? ? Dan ia berlaku selama lebih 4 tahun sejak tahun 2012 lagi ketika 1MDB mula bayar deposit USD1.4 bil ? 

Soalan itu lebih penting di jawab terlebih dahulu daripada sibuk mengalih tanggungjawab kepada pihak lain. Kalau tidak ada yang bayar, tidak adalah orang yang terima. Apakah segala procedure sudah diikuti dan mendapat kelulusan pihak lembaga pengarah ? Siapa yang luluskan dan siapa yang sain ?

Dan jangan lupa, WSJ sudah pun dedahkan perkara mengenai kewujudan syarikat palsu ini pada bulan September tahun lepas lagi ( KLiK ).... apakah pendedahan itu tidak cukup untuk menarik perhatian pihak 1MDB atau pihak kerajaan selaku pemilik 1MDB untuk melakukan siasatan ?

Paling kelakar adalah kenyataan Menteri SKMM Said Keruak ketika itu ( tahun lepas ) di mana berkata pihak SKMM akan bertindak ke atas WSJ jika didapati laporan itu palsu !

So .... apakah hasil siasatan pihak SKMM ? 

Kita sambung lagi apa yang Arul kata -

As to the US$3.5 billion worth of payments that 1MDB made to Aabar BVI (Aabar Investments PJS Ltd), the company with the near identical name to IPIC's subsidiary Aabar Investments PJS, Arul said: "What we cannot discount is there could actually be fraud...a massive fraud...and maybe there was collaboration from our side".

Arul kata kita tidak boleh menolak kemungkinan berlaku satu PENIPUAN BESAR dalam kes ini dan mungkin ada pihak dalaman yang turut bersekongkol.

Jangan cakap saja .... SIASAT LAH ! Lagi baik, BUAT REPORT POLIS sebab ini dah kira satu bentuk jenayah.

Dokumen semua ada ...... kan ? Walaupun tidak diserahkan kepada Ketua Audit dan PAC, tapi dokumen tetap ada .... kan ?

Borang transfer, borang kelulusan, siapa yang sain, kelulusan BNM ...


Sejak pendedahan IPIC dan pendedahan PAC, KENAPA TIDAK NAMPAK SEBARANG URGENCY atau KESUNGGUHAN DI PIHAK KERAJAAN UNTUK MENANGANI PERKARA INI ?

USD3.5 bilion dah lesap, tapi masih perlu dijelaskan. Maknanya 1MDB kena cari duit lain untuk gantikan yang hilang itu. 

Lebih RM14 bilion duit rakyat HILANG tapi apa reaksi kerajaan ?

Masih duk sibuk hentam Tun Mahathir ? Halo ! Priority la .... HAKIKATNYA memang terbukti ada masalah besar dengan 1MDB dan TERNYATA sebanyak RM14 bilion dah hilang. 

Tapi ada Najib komen apa2 ? Ada pemimpin2 yang sibuk pertahankan 1MDB komen apa2 ? Ada ditubuhkan Task Force untuk siasat ? 

Tidak ada kedengaran langsung ...... APA NI ? ?

Ketika semuanya masih dalam bentuk dakwaan, mereka kata itu semua fitnah. Tapi bila sudah TERBUKTI dan diAKUI oleh Arul, oleh PAC, oleh BNM dan oleh Ketua Audit Negara .... KENAPA SENYAP ? ?

Semua ini menambahkan persoalan yang sedia terkumpul dalam fikiran rakyat ....


theedgemarkets

PS - Kita tidak pernah diberitahu tentang kewajipan 1MDB kena bayar balik IPIC duit USD1 bilion pada 31/12/2015, yang IPIC tolong bayarkan kepada Deustch Bank tahun lepas. Bukankah 1MDB yang bersungguh2 kata itu BUKAN PINJAMAN ? Ni kalau kena bayar balik CAMPUR interest, bukankah itu merupakan satu PINJAMAN ? 

Tak habis2 nak berbelit .... 

PS - Semalam saya cover majlis Selamatkan Malaysia di Kelantan - Ketereh dan Tanah Merah yang dihadiri oleh Muhyiddin dan Mukhriz. Nantikan videonya .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 23, 2016 at 5:41 PM delete

Punca semua masalah ini tidak lain dan tidak bukan kerana Malaysia telah melantik samada SEORANG PM PALING BODOH & BANGANG DI DUNIA @ BER PM SEORANG PENYAMUN DAN PEMBELIT PALING BESAR SEANTARO ALAM @ KEDUA DUANYA SEKALI. Jika PM Malaysia bukan jenis ini, mustahil kehilangan duit negara ribuan juta RM ini boleh berlaku. Lebih menyedihkan perbuatan haram dan menyamun semega ini dan secara terang terang boleh disokong dan dimegahkan oleh hampir semua YB YB dan MP dalam UMNO BN. Dimana lagi rasionalnya utk rakyat pertahankan PM BANGANG LAGI PENYAMUN SERTA REGIM PEMBELIT yang seburuk dan sehina ini utk terus memacu mada depan negara. Anda benar2 baghal dan bengap andai terus mengizinkan regim korup sebegini bermaharaja lela dan buat sesuka hati. Andai dibiar, tdk mustahil Malaysia bisa muflis sebagaimana berlaku ke atas Greece dan waktu itu, segalanya sdh terlambat. So...ayuh sama sama dgn gerakan Deklarasi Rakyat bagi menumbangkan regim Najib Razak, regim PENYAMUN terbesar dekad ini.

Reply
avatar
kais pagi....
AUTHOR
April 23, 2016 at 6:09 PM delete

Dan masih disekat berapa banyak blog yg memberi maklumat kpd rakyat...
Kalau dikata pemerintah zolim, tak berhati perut...nak marah lagi ? Nak hantar sb lagi ? Nak rampas handset ? Laptop ? Kucar kacir rakyat dibuatnye, dah la dgn kenaikkan harga barang, sekarang ni..repair motor pon kena tangguh dulu...kena kumpul duit dulu...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 23, 2016 at 6:19 PM delete

Najib dan koncu buat money laundering guna duit rakyat dan negara. Hasil money laundering masuk balik poket Najib. Collateral ialah asset dan tanah negara ini sudah digadai oleh Najib kepada IPIC @ UAE, berkemungkinan besar juga kepada Arab Saudi.

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
April 23, 2016 at 9:01 PM delete

US3.5 Billion hilang buat macam tak tahu aje.
Sepatah Dr Mahathir bercakap dah macam salah besar.
Betul ke Najib tu PM kita. Akan datang saya pasti jika dibariskan gambar semua PM, tiba ke PM yg ke 6 dibiarkan gelap saja. Itulah zaman gelap Malaysia.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
April 23, 2016 at 10:06 PM delete

Kalau itulah pemikiran pegawai pegawai 1mdb dan YB UMNO BN makcik yang buka kedai runcit di kampong pun tak nak ambil mereka bekerja kerana tdk layak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 23, 2016 at 11:05 PM delete

1. IPIC ada sebut diorang cuba engage 1MDB/MoF secara baik utk beri peluang settle dispute secara baik. Jadi tidak timbul soal kenapa baru sekarang IPIC dedah. Sebaliknya patut berterimakasih ada grace period lagi IPIC bagi...
2. Arul bukan baru 2-3 hari pegang 1MDB. Saya musykil kalau bila IPIC point out aabar bvi bukan diorang punya baru arul tahu pasal tu. Nampak macam saja plan bila kantoi baru akan blame scapegoat

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 23, 2016 at 11:24 PM delete

Actually I am the biggest moron for working very hard days and night while the ali baba and his 40 thieves still looting the country.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2016 at 11:24 AM delete

Arul oh arul...memusing2 cakap kerana arahan penjenayah yg dsh buat 'massive fraud'. Ia hanyalah reasonable pihak pembayar yg membuat pengesahan ke atas penerima bayaran. Amoi bayar Aral, patutke Arul pulak yg salah tak beritau Amoi sbb Amoi bayar kat Aral...
Massive internal fraud-- that's what we tell you all these while & Najib us involved...period, just cut the crap! And Arul, you are already part of the criminal!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2016 at 3:19 PM delete

Arul ni berlakon. Percayalah. Semua ini telah dirancang oleh Najib dan team penyangak dia. Mereka memang dah prepared dengan contigency plan, A B C. Baca OSTB. Arul memang kerja dia memang dalam circle Abu Dhabi. Najib and gang termasuk bini dan anak tiri and best friend Riza Jho Low memang penyangak milenia. Kerja mereka memang sudah terancang. Mereka buat kekayaan dengan menggunakan duit rakyat harta negara. Modal mereka kosong tapi untung mereka meletop atas angin. Tangkap Najib dan gang. Penjara hukuman yang setimpal. Bukan sekadar buang negeri. Pengajaran kepada semua pemimpin-pemimpin akan datang, tidak kira daripada parti mana, bangsa mana. Malu kalau pemimpin hancur integriti. Hancur negara.

Reply
avatar
adzzam adzzam
AUTHOR
April 25, 2016 at 12:54 AM delete

Antara skandal terbesar dlm sejarah manusia moden...puiii

Reply
avatar