KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, April 28, 2016

dinturtle

Come On la Arul, Kamu Tu CEO Syarikat RM50 Bil, Kenyataan Biarlah Professional

mkini
Baca tajuk pun dah bunyi pelik .... 1MDB sepatutnya bayar kepada IPIC melalui sebuah anak syarikat IPIC tapi kemudiannya disahkan oleh IPIC bahawa anak syarikat itu bukan milik IPIC walaupun namanya hampir serupa, dengan katalain 1MDB telah bayar kepada satu syarikat palsu dan kini 1MDB kata itu adalah isu dalaman untuk diselesaikan oleh IPIC ?

Ini kata Arul Kanda -

"1MDB menegaskan bahawa ia berurusan dengan eksekutif kanan, justeru urus niaga itu mengikat IPIC dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat - maka, ia adalah isu dalaman mereka untuk diselesaikan," 

Huh ? Mana punya logik yang Arul Kanda pakai ni ? Ikut undang2 mana ? Adakah itu kenyataan untuk seluruh rakyat atau hanya untuk macai ?

Bayangkan kita ada hutang dengan bank dan salah seorang pegawai bank yang namanya En Bijan kita kenal sebab dia jiran kita. Sebab kita malas nak cari parking di bank, maka kita selalunya bayar ansuran hutang itu melalui Bijan.

Selepas dua tahun duk bayar melalui Bijan, tetiba kita dapat surat amaran dari bank mengatakan hutang dah dua tahun tertunggak. Rupanya Bijan sudah songlap duit ansuran yang kita duk bayar melalui dia !

Kita semak resit yang Bijan duk bagi selama dua tahun itu,  tertera nama Maybank Enterprise. Maybank kata itu bukan nama sebenar bank. Nama sebenar bank adalah Maybank Berhad. 

Siapapun yang punya akal waras akan berkata kita sudah kena tipu dengan Bijan. Apakah kita akan tetap pertahankan yang kita sudah bayar hutang pinjaman kepada Maybank Berhad dengan alasan bahawa Bijan adalah pegawai Maybank Berhad. Soal kita kena tipu dengan Bijan itu adalah masalah dalaman Maybank !

Setakat yang kita tahu, kita dah bayar ansuran selama 2 tahun itu walaupun Maybank tidak terima duit itu dan tidak ada sebarang rekod bayaran dibuat. Well ...... Itu bukan masalah kita, itu masalah Maybank !

Boleh pakai ke alasan sebegitu ? Kerana itulah yang Arul cuba katakan .......

Dalam kes transaksi sebegini, apa yang dipegang adalah BUKTI PEMBAYARAN dari pihak yang sepatutnya menerima. 

Dan dalam kes perjanjian 1MDB dengan IPIC, apakah ada surat perjanjian itu ? Apa yang ditulis dan apa yang telah dipersetujui oleh kedua pihak ? Baca balik apa Arul kata -

"1MDB menegaskan bahawa ia berurusan dengan eksekutif kanan, justeru urus niaga itu mengikat IPIC dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat - maka, ia adalah isu dalaman mereka untuk diselesaikan,"

Apa yang mengikat 1MDB dengan IPIC adalah SURAT PERJANJIAN bukannya kerana 1MDB telah berurusan dengan eksekutif kanan IPIC !

Kenapa Arul tidak tunjukkan bukti itu atau paling tidak katakan yang surat atau kontrak perjanjian itu wujud dan 1MDB telah ikut sepertimana yang dipersetujui.

TAPI kalau dalam perjanjian sebut Aabar Investments PJS dan 1MDB duk bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd, apakah itu merupakan isu dalaman IPIC atau isu dalaman 1MDB ?

Kata tak suka orang berspekulasi atau menuduh yang bukan2, makanya bertindaklah secara professional dengan mengemukakan bukti atau bercakap berdasarkan bukti yang sahih ada. Bukannya dengan cara mengeluarkan kenyataan yang sebegitu dangkal yang tidak mencerminkan seorang CEO syarikat bernilai RM50 bilion.


PS  -  Baca artikel menarik dari JMD mengenai betapa tidak professionalnya Arul Kanda - KLiK

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 8:38 AM delete

Sedikit pembetulian... Nama En Bijan sepatutnya dieja En bijaN. Kah, kah, kah......

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 9:23 AM delete

Dia ni mamak meniaga kacang putih kot din... bijan ambik berkerja sebab senang nak perbodohkan macai dan rakyat... tengok kpd jwpannya pun, hanya nak mengelabui mata macai dan rakyat marhaen.... hanya nak melepas tengkuk je... yang bijan dah nampak semakin menjauhkan diri dari 1mdb... mungkin akn dtg, si bijan keluarkan kenyataan bhw dia tak tahu menahu tentang urusniaga 1mdb, malah katanya ini adalah kerja tun... masak kita din...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 9:52 AM delete

Ke mmg sengaja nak bayar kat syarikat palsu tu? XD..bila dh kantoi dgn real IPIC nak lepas tangan lak. Adui,payah kalo hidup bertuhankan duit ni.

-kayugolf-

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 10:50 AM delete

Well said, Bro Din! Excellent analogy...en bijan, maybank enterprise...hahaha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 11:31 AM delete

Salam Tuan Blog,

Kalau kata IPIC tak mengaku ada transactions between IPIC dan IMDB, kenapa mereka confirm
akan buat pembayaran interest jika IMDB defaulted (gagal buat bayaran).

Sila rujuk report Bloomberg seperti pautan di bawah.

http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-04-25/abu-dhabi-s-ipic-to-make-1mdb-bond-payment-in-event-of-default

Asni.

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
April 28, 2016 at 11:44 AM delete

Arul boleh kata macam tu kerana mmg CEO IPIC sendiri terlibat. Tapi malangnya penasihat IMDB pun terlibat sama, masuk akaun sendiri ribu juta ringgit.
Lebih baik Arul ikut nasihat TDM untuk berterus terang dan cerita segalanya pd seluruh dunia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 11:44 AM delete

Salam Din,

Sejak pertama kali Najib berbohong menafikan duit masuk ke akaun Ambank dia, dari situ aku dah boleh buat rumusan memang ada yang tak betul dengan 1MDB ni. Lepas tu puluhan bohong dan kelentong lain menyusul dari mulut Najib dan geng pemakan nasi kangkang laki bini tu yang akhirnya semua terbukti auta dan tipu mengesahkan lagi Najib Razak memang telah buat satu kesalahan besar melalui 1MDB. Dan sampai hari ini, apa pun penjelasan dan alasan dari Najib dan regim pemakan nasi kangkang ni bagi aku hanya bertaraf longkang. Aku tetap dengan pendirian bahawa kes 1MDB ini adalah satu pakatan penipuan mega Najib dengan kerjasama china Jho Lho Penang tu (dia ni lah sebagai mastermind yang diizinkan Najib Razak dan inilah alasannya kenapa Jho Lho ini terlihat tidak boleh disentuh oleh PAC dan juga BNM). Kalau aku diberi izin untuk selesaikan kes ini. pertama sekali aku akan buru Jho Lho sampai lubang cacing dan bawa dia balik ke Malaysia. Dari situ aku akn tahu punca sebenar cerita 1MDB ni (jangan tanya macam mana cara aku nak buat dia cerita perkara sebenar a ~ z). Sebab itu jalan penyelesaian terbaik adalah dengan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Di Raja yang 100% bebas utk menangani kes ini. Andai Najib Razak dan regim pemakan nasi kangkang ini masih berdolak dalih dan enggan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk bongkar isu 1MDB, maka bertambah tambah keyakinan aku bahawa penyamun dan perancang sebenar kehilangan duit 1MDB ini tidak lain dan tidak bukan adalah orang tua bibir merah dari Pekan Pahang tu hasil idea bersama China sepet Jho Low, sahabat baik anak tiri Najib (anak kandung Rosmah) yang diketahui bebas keluar masuk Sri Perdana malah sering bercuti bersama. Ho ho...orang tua Pekan Pahang ini ingat putar belit dia tak boleh dikesan akhirnya dan hari ni dia tanpa segan silu mengaku jadi tukang tandatangan saja tanpa tahu cerita sebenar 1MDB. Akuan ni kerana dah terdesak Din. Busung dalam tubuhnya dah nak pecah memburai Din. Abis selama ni dia mentekedarah duit gaji dan elaun sebagai Menteri Kewangan, Pengerusi 1MDB, Penasihat 1MDB tu untuk kerja apa??? cuma sebagai tunggul kayu??? Memang manusia jenis haram jadda ni Din. Aku cabar Najib Razak bentuk Suruhanjaya Siasatan Di Raja dengan kadar segera jika dia yakin dia dipihak benar. Dan jika ini tak berlaku...sah lah sudah semua angkara penipuan mega ini adalah berpunca dari manusia bernama Najib Razak. Tiada keraguan lagi!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 11:45 AM delete

Saudara Din,

Secara peribadi sy berpendapat Arul Kanda dah letih menipu..sbb tu lah jwpnnya mcm org mabuk. Kerana yg betul2 arif jln crita 1mdb ni najib yg berlakon bisu tu. Tapi tugas mjawap permasalahan 1mdb diserah pd balaci.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
April 28, 2016 at 12:18 PM delete

Saya dah jawab di artikel sebelum ini.IPIC terpaksa bayar kerana ada perjanjian masa 1MDB buat pinjaman dengan Goldman Sachs dulu IPIC menjadi penjamin. Perjanjian IPIC-1MDB Aset Swap adalah perjanjian lain antara mereka berdua saja.

Lagipun perjanjian Aset Swap telah mengesahkan penglibatan kementerian kewangan atau kerajaan Malaysia sebagai penjamin kepada semua hutang 1MDB yang IPIC tolong jelaskan.

Reply
avatar
arazak
AUTHOR
April 28, 2016 at 1:58 PM delete

Ha,ha, ha. . ., example pegawai Maybank nama Bijan tu kelakar lah. Arul Kanda patut pi mandi dengan minyak bijan. . ., bila dia keluar paper dan TV berbau beb!

Reply
avatar
Tara ku cha cha
AUTHOR
April 28, 2016 at 3:08 PM delete

Tonik Kuat dari pembangkang pernah pohon kepastian dari Ulaq Anaconda c/o hulu Syarikat Kita pada bulan Dis 2015 sama ada bayaran ansuran $3.5b itu telah di buat kepada Maybank Harimau atau Maybank Pulau British Yang Masih Dara.

Nak tahu apa jawapan Ulaq Anaconda c/o Hulu Syarikat Kita beri? Bertubi-tubi jawapannya menafikan ada yang tak kena dengan bayaran tersebut, jauh sekali lah nak siasat dakwaan Tonik Kuat itu.

Pada keseluruhan jawapan Ulaq Anaconda c/o Hulu Syarikat Kita berkisar dalam ruang "aku tak main dengan desas-desus luar".

Awal-awal lagi telah diberi amaran tapi tak ambil endah dan akibatnya dia sekarang bukan main sikit tersepit.

Tak heran lah kalau banyak akan beranggapan, "Ini worang banyak woyang, banyak goyang".

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 28, 2016 at 5:05 PM delete

Ipic syarikat berdaftar dengan london stock exchange, jika ipic tak bayar bermaksud ipic akan digantung, 1mdb tak bayar takder hal sebab bukan berdaftar di LSE.

Reply
avatar